Aryan keluar dari kelas, pergi berehat macam biasa, seorangan diri.
Kalau dulu Arayyan selalu teman dia, tetapi sekarang? Dia dengan Arayyan sudah tak berkomunikasi sejak kejadian.
Tapi apa Aryan peduli? Siapa suruh Arayyan yang menguji kesabaran dia.
Aryan menghela nafas, dia tak ada selera untuk makan. Aryan hanya termenung tengok budak-budak yang lain.
Arzen dan Azren selalu rehat dekat perpustakaan sekolah, jarang betul nak berehat dekat Kantin.
"Hai"
Terhinjut bahu Aryan bila sahaja kene sergah dengan murid yang dia tak kenal.
"Sorang ke weh" tanya murid itu, dia duduk disebelah Aryan.
Aryan hanya senyum segaris dan angguk.
"Emmm..nama kau siapa? Nama aku Muhd Iman Faris, panggil Iman je" ujar Iman sambil senyum kearah Aryan yang muka dingin itu.
"Hmm..nama aku Firash Aryan..kau dari kelas mana?" Tanya Aryan.
"Kelas 6 Amanah, kau dari kelas 6 Bijak kan?"
"Haah..mana kau tau?" Tanya Aryan, famous sangat ke dia ni?
"Alaahh, semua orang kenal dengan kau, kau tu famous nak mampus kat sekolah ni" kata Iman sambil tergelak kecil.
"Hahaha yela, hmm, kenapa kau tiba-tiba nak kenal dengan aku ?"
"Sebab aku perasan kau dari haritu je sorang je kalau rehat, aku ni pun seorang je weh hehe" kata Iman, dia pun kalau rehat selalu seorangan.
"Aku minat do dengan kau, aku suka bentuk muka kau, dan jugak suara kau, garau!" Kata Iman.
Aryan hanya tersenyum, malu la pulak, eh-
"Thanks, tapi tak ada yang istimewa pun dengan diri aku ni Man" ujar Aryan, walaupun ramai yang memuji fizik dia, tetapi dia hanyalah manusia biasa.
"Tapi pemikiran kau tu matang tau weh, tak macam aku ni, sekejap nangis sekejap merajuk ahahahahah" pecah ketawa Iman bila dia teringat yang dia ni jenis merajuk kuat, cengeng pun ada.
Aryan turut gelak, dia boleh rasa Iman ni ada aura positive. Ceh.
Arayyan tersenyum tengok Arabella yang sedang makan, tengah makan pun cantik hm.
"Kenapa tenung saya macamtu?" Tanya Arabella, daritadi Arayyan tenung dia macam nak terkam pun ada.
"Tak ada...aku suka dengan mata kau" ujar Arayyan, dia sangat suka tenung mata green forest Arabella, sangat unik!
"Suka mata je ke?"
"Tak, aku suka semua dari badan kau" usik Arayyan, amboi?
"Eh eh, tendang kang" kata Arabella sambil menjeling tajam kearah Arayyan.
YOU ARE READING
The sweetest husband: Tengku Ghibran Adrean -C-
Romance(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean bin Abdullah, dia adalah anak angkat Tengku Han Darwish. Tengkh Ghibran Adrean ialah Seorang CEO te...