Haura menoleh kesebelahnya, nampak yang Adrean sudah tidur.
Adrean sudah tidur lepas solat isyak, makanala dia tak boleh tidur langsung. Perut dia rasa lapar.
Tiba-tiba sahaja dia craving nak pergi gunung everest lepas dia tengok documentary tentang gunung Everest, dia nak merasakan sejuknya dan pemandangan indah.
"Awak..." Haura membangunkan Adrean, dia betul-betul craving.
Adrean mencelikkan matanya.
"Hm, kau nak apa..." kata Adrean dengan nada mengantuk.
"Saya..saya craving"
"Hm, craving apa" dengan pantas Adrean bangun, nak bersiap sedia untuk masakkan makanan.
"Saya..craving nak naik gunung Everest"
Langkah Adrean terhenti bila dia dengar jawapan Haura, ni dia salah dengar ke apa?
"Hah? Kau cakap apa tadi?" Tanya Adrean, dia takut dia yang pekak je sekarang ni.
"Saya nak mendaki gunung Everest" ujar Haura dengan muka serious dia.
Tiba-tiba sahaja Adrean ketawa dengan kuat, muka Haura langsung berubah jadi masam.
"Saya betul-betul ni" kata Haura sambil memuncungkan bibirnya, ketawa Adrean masih lagi kuat.
"HAHAHAHAHhaha, kau biar betul?" Kata Adrean, ternguncap-uncap dia sebab ketawa tak ingat dunia.
Haura langsung menjeling tajam kearah Adrean, dia baringkan badannya, merajuk dengan Adrean.
"Eh, jangan la macamtu, kau taktau ke bahaya naik gunung Everest tu" kata Adrean dengan lembut, dia mengelus rambut Haura.
"Tau lah, tapi saya tetap nak pergi"
"Nakal betul kau ni eh, kandungan baru 1 minggu, ni kalau 6 bulan ni boleh mampus aku"
Haura menjeling tajam, itupun susah ke nak bagi!
"Ok apa kata kita pergi iceland nanti?" Ujar Adrean.
Haura menggeleng. Tak sama ye iceland dengan gunung everest.
Adrean mengeluh, habislah dia ni nanti.
"Aku taknak ajak kau pergi naik gunung, nanti boleh membahayakan baby kita" kata Adrean sambil mengelus perut kempis Haura.
"Tapi aku janji bawa kau pergi jalan-jalan nanti, okay? Dahlah jangan merajuk, nanti anak aku jadi manja"
Haura mencubit lengan Adrean.
"Auch, sakitlah sayang" mengadu Adrean, boleh tahan sakit cubitan Haura ni.
-PAGI HARI-
"Uwekk, uwekkk" kedengaran suara Adrean yang sedang menuntahkan isi perut dia, entah kenapa bangun je pagi tadi, kepala dia pening, pastu rasa nak muntah.
Haura yang berada diluar bilik air itu jadi risau, alahan kene dekat Adrean ke?
Adrean keluar dari bilik air dengan muka pucat dia, bibir pink Adrean berubah jadi pucat menunjukkan dia betul-betul tengah tak sihat.
"Awak ok tak?" Tanya Haura, muka dia nampak risau.
"Hah, err aku ok" kata Adrean, dia memegang kepalanya, terasa berdenyut-denyut.
"Awak takpayah la pergi kerja, saya risau lah.."
Adrean hanya angguk, dia rebahkan dirinya di tilam, penat berulang alik pergi tandas tadi.
YOU ARE READING
The sweetest husband: Tengku Ghibran Adrean -C-
Romance(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean bin Abdullah, dia adalah anak angkat Tengku Han Darwish. Tengkh Ghibran Adrean ialah Seorang CEO te...