Bab 39

5.5K 231 10
                                    

Arayyan dan Aryan melepak dekat ruang tamu, manakala Arzen dan Azren berada di dapur.

Mata Aryan ralit memandang kearah Tv sambil menguynyah snacks dia.

Arayyan pula? Terlelap sudah, ngantuk sangat.

Aryan menoleh sebelahnya, Arayyan tidur dengan mulut ternganga nya tu.

Aryan memasukkan snacks dia dalam mulut Arayyan.

"UHUK UHUK! PUIHH" Arayyan tersedak, terkejut dia ingatkan binatang apa dalam mulut dia.

"Eh kau kenapa" kata Arayyan dengan nada marah, orang nak tidur pun susah.

Aryan hanya diam dan tahan ketawa dia.

Arayyan jeling, tengok aje aku balas balik nanti.

TOK TOK TOKKK

Dengan pantas Aryan dan Arayyan memandang kearah pintu, siapa pula ni?

"Kau buka pintu" kata Aryan.

"Aku pulak! Kau lah" kata Arayyan balik dan dia sambung tidur.

Aryan mendengus geram, dia pun bangun dari sofa dan menuju kearah pintu.

Aryan buka dan, ada Haura di depan pintu itu.

"Eh? Akak.." kata Aryan dengan perlahan.

Haura hanya tersenyum nipis, dia menghulurkan sebuah kad.

Aryan ambil kad itu dan muka dia terkejut.

Kad perkahwinan?!

MUHD FAYYADH FATHI & HAURA AMEENA

"A-apa ni kak?" Tanya Aryan dengan nada terkejut.

"Kau nampak sendiri kan...so ya" kata Haura dengan nada tenang.

Aryan terdiam, dia taktau nak cakap apa.

"Bagi dekat Adrean ya, akak nak pergi dulu" kata Haura dan dia pun pergi dari situ.

Aryan masih lagi terstunned dekat pintu, dia rasa nak koyak kan je kad tu tapi tak boleh.

Aryan hanya geleng kepala, apa dosa Adrean sampai tak ada satu perempuan pun yang bertahan?

Zafri yang baru sahaja keluar dari kereta dia terkejut tengok Haura dengan anak Dato Fakhir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Zafri yang baru sahaja keluar dari kereta dia terkejut tengok Haura dengan anak Dato Fakhir.

Zafri menggosokkan matanya banyak kali, takut dia yang buta je.

Banyak kali dia gosok, masih muka Fayyadh.

Zafri mengedipkan matanya banyak kali, Haura siap peganh tangan dengan Fayyadh.

"Aik? Dia curang ke?" Gumam Zafri.

Zafri perlahan lahan menuju kearah mereka berdua, tak malu ye buat apa nak malu?

"Ehem.."

Haura dan Fayyadh pandang kearah Zafri.

"Oh, Hi zaf. Kau buat apa dekat sini?" Tanya Haura dengan nada ceria.

The sweetest husband: Tengku Ghibran Adrean -C-Where stories live. Discover now