Bab 76 : Dating, Not marriage

2.6K 38 2
                                        


Mina berdecit. Dia berdiri seperti tunggul melihat bekas ibu mertuanya bersama Izreen sibuk membuat kek.

"Mak..nak tolong boleh?" Wajah ditebalkan. Mina meminta.

"Nah kacau aising ni." Izreen memberi senduk. Perut saratnya membatasi pergerakan.

"Yey." Mina menyambut lalu menggaul aising putih itu.

Aising itu dimasukkan ke dalam mulut.

"Lambat bangun Khairi? Dah pukul satu petang ni." Teguran bekas ibu mertuanya mengejutkan Mina.

Mina yang sibuk mencicip aising mula tersedak

Foto malam semalam kembali menampar minda. Wajahnya merah semula. Bibir digigit malu.

Khairi melintasi belakang Mina. Peti sejuk dibuka. Cawan yang berisi air putih diteguk. Melihat Mina yang malu-malu anjing membuatkan dia ingin mengusik.

"Ye lah sibuk bersembang semalam." Pinggang Mina dicuit. Mina tersentak.

"Evening girlfriend." Khairi membisik ke telinga Mina.

Mina berpura tidak peduli dan fokus menggaul aising. Riak wajah dikawal.

Khairi tergelak kecil. Telefon pintar dibuka.

"Cantik tak wallpaper aku?" Telefon disua ke Mina.

Mina menjeling sekilas. Kelihatan gambar panas selfienya hanya berbaju dalam sambil menjelir lidah ke kamera bersama wajah ghairah dijadikan wallpaper lockscreen.

"Sial la. Tukar sekarang!" Mina bernada perlahan.

"Taknak." Khairi gelak mengejek.

"Okay fine." Mina mengeluarkan telefon lalu berbuat sesuatu.

"Nah ambik kau." Mina menyua pula telefonnya.

Gambar memalukan yang dihantar lelaki itu bersama botol Evian diletakkan sebagai profile picture Whatsapp.

"Mina..orang nampak nanti!!" Lengan Mina dicubit kuat.

"Kau tukar dulu!" Mina mengugut.

"Kalau tak?" Khairi menguji pula.

"Ni makan dia." Aising dicalit ke lubang hidung lelaki itu.

"Ohh main cream pulak eh." Khairi mencalit pula aising itu ke dahi Mina. Tiga garis aising putih di calit ke dahi Mina.

"Hahaha macam tambi." Khairi mula membuka kamera lalu menangkap gambar Mina.

Mina menghembus kuat rambut depan. Kedua belah telapak tangan dimasukkan ke dalam aising.

"Haa kau nak buat apa? Nak tekap kat muka aku?" Khairi sengaja membuat muka serius.

"Haah." Mina berpura berani.

"Melekat je kat muka aku benda tu. Aku creampie kau kat sini." Suara dikuatkan.

"Oof." Izham yang bersama Izreen duduk di dapur tersedak air masak mendengar. Dah nama lelaki memang lah dia kenal term lucah itu.

"Creampie?" Mina mengerutkan dahi. Apa tu? Telefon dibuka. Term itu di google. Matanya terbeliak. Dia melongo.

"Creampie-creampie apanya?Ya ampun habislah rosak aising kek tu." Bising Puan Rohana.

Semua disitu kecuali Puan Rohana tergelak kerana hanya mereka yang memahami maksud term lucah tersebut.

°°°°

Dear Dictator [Completed] ✓Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang