[1]

1.1K 48 5
                                    

Saya pernah publish cerita ni tapi saya refresh balik segala idea. Tiada perubahan yang keterlaluan tetapi dari segi pemilihan idea dan watak itu sendiri sahaja. Yang lain masih sama.

He's still her sugar husband.

Enjoy your reading!



•••



"PERGI mati dengan you punya setia, jantan!" Jerkah Hera yang sudah merah padam. Matanya tajam mencerlung melihat Wazif yang sudah pucat. Tubuh tidak berbaju. Zip seluar terbuka. Argh!

Dan paling mengecewakan, menemukan Wazif dengan seorang wanita hampir telajang.

Gila punya jantan!

"Hera, tunggu. You salah faham ni."

"Oo, I salah faham? Salah faham apa? Lelaki dan perempuan di sebuah hotel mahal dan hampir tak berbaju. Apa yang perlu I faham lagi?" Sinis Hera menyoal. Sesekali matanya terjeling pada wanita yang sekadar menyaksikan sambil membetulkan kedudukan rambutnya yang sudah serabai.

"It's not like what you think. I tak sentuh dia, sumpah!"

"Then what? You buat apa dengan dia?" Sakit hati Hera mendengar. Tak sentuh konon. Lelaki banyak alasan!

"I... I..." Wazif hilang kata. Tak tahu ayat apa yang sesuai supaya wanita di depannya akan bertenang. Akal cuba menjana jalan keluar namun buntu diri jadinya. Tidak menyangka dia telah kantoi.

"Spill, Wazif! Ke you nak rasa kena sunat lagi sekali?"

"I just layan dia. No penetration. Itu aje."

Untuk kali yang keseribu Hera rasa nak caci maki mamat di depan dia.

"Jijik! Gila! Bodoh!" Segala carutan kalau boleh nak dibaling-baling pada Wazif dan wanita seksi itu.

Tak terbayang dek akal. Muka sepolos itu buat kerja terkutuk begini.

"Sayang."

"Pergi mampus dengan sayang you! Gadaikan maruah demi perempuan ni. Berapa nilai diri you sebenarnya? You bodoh ke apa?"

"Untuk kita juga, sayang. Untuk you!" Wazif mahu mendekat namun Hera lagi pantas mengundur.

"Jangan dekat! I jijik!"

"Cuba you faham I, Hera."

"Faham? You dapat apa buat benda bodoh ni?"

"Duit. Untuk majlis kahwin kita."

Dada Hera nak meletup. Ya Tuhan, kalau begini bakal suami dia cari duit... Hera sanggup mati sajalah!

"You nak bagi I makan dengan duit haram you?"

"At least kita boleh hidup mewah."

"I lebih rela kais pagi makan pagi dari dapat suami gigolo!" Memerah wajah Hera. Wallahi, tak terjangkau dek akal perbuatan terkutuk Wazif ini.

"Chill, he's my chick. I pay him a lot. Girl, you jangan naif sangat. Macam you tak pernah buat." Wanita berusia itu bersuara. Sakit mata dan telinga dia nak menyaksikan drama dua merpati itu.

Patutnya Wazif hanya lakukan kerja dia dan bila dia puas, semua akan selesai. Tak sangka pula ada yang kacau daun. Kenapalah dia tak perasan bilik tadi tak kunci? Hesy, menganggu!

Sugar Husband (Slow Update)Where stories live. Discover now