[11]

322 34 8
                                    

Hera lihat penampilan dirinya di cermin. Terlalu gah. Bahkan wajahnya penuh dengan warna. Azarael panggilkan MUA untuk make up wajahnya dan dandan rambutnya.

Itu pun nasib dia boleh request fresh look. Hera tak suka make up terlalu tebal. Bahkan hariannya juga ringkas.

Dress warna maroon itu dipandang. Tak pernah seumur hidup memakai pakaian sebegini mahal. Nak masuk butik pun tak berani, apatah lagi tengok harga. Hera lihat Azarael mudah saja paywave setiap pembelian.

"Ini ke kau, Hera?" Bisiknya sendiri.

Hera labuhkan duduk. Dress yang tidak menutupi lengan dan ketat itu tidak mampu melegakan dirinya. Biarpun dia dalam pakaian yang mewah ini, debaran tetap ada.

Dia tidak pernah attend majlis orang berada. Adab dan tatacara pun dia tak reti. Nak cari modal borak apatah lagi. Mesti orang pelik kalau dia ajak borak pasal race siput sedut yang viral di Tiktok. Tak pasal-pasal malu sendiri pula.

Hesy. Harapnya Azarael tak ajaklah dia borak dengan kenalan dia.

Fuh!

Ting! Tong!

"Oh mamaku!" Melatah terus Hera dek bunyi loceng bilik. Segera dia bangun dan membuka pintu.

Ya, dia di hotel. Tak cukup dress mahal ini, lagi Azarael tempah bilik. Macam-macamlah perangai orang kaya ni.

Buka, semerbak bau wangian Sauvage Dior menerpa hidung. Azarael senyum memandang Hera. Mata mula merenung dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Perfect like what he's imagine.

"Gorgeous."

Hera senyum segan. Lengan digosok. Malu!

"You too."

"So sweet. Let's go."

Hera akur. Dia berpaling untuk mencapai heels baru miliknya dan juga handbag kecil miliknya.

.

.

.

SAAT ini jugalah Hera rasa nak pulang. Seluruh tubuh sudah membeku melihat orang-orang yang mula masuk ke dalam dewan. Semuanya nampak mewah dan elegan.

"Let's go." Ajak Azarael.

"Memang ini ke kehidupan you? Attend dinner everywhere?" Soal Hera seraya melangkah perlahan.

"Depends. Boleh je I tak datang. Mostly yang jemput sebab connection yang baik antara company I dengan mereka. If I free, I datang." Azarael menjelaskan mudah.

Bilamana tiba di pintu masuk, ada satu kamera yang berdiri teguh merakam setiap seorang yang akan masuk. Cukup masa, dia akan memaparkan biodata tetamu yang hadir. Nama, pekerjaan dan juga waktu hadir. Tidak perlu untuk tandatangan sebagai tanda hadir. Sungguh canggih.

Sedikit sebanyak Hera kagum. Kalau di luar saja begini, bagaimana pula di dalam?

"Mr Mateen, let me guide you to your seat." Seorang lelaki menegur Azarael. Dia mula berjalan dahulu bagi membantu Azarael dan Hera mendapatkan tempat yang sudah ditetapkan.

Ketar lutut Hera bila sedar agak depan juga meja mereka. Semerta Hera boleh bayangkan betapa besar pengaruh Azarael untuk syarikat ini. Kalau tidak, tak ada mereka duduk di baris hadapan.

"Please have a seat and enjoy our sweet delight before the event." Ucap lelaki itu sebelum menunduk dan beransur pergi.

"Sejuk ke?" Soal Azarael melihat Hera mula memeluk tubuh.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 26 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sugar Husband (Slow Update)Where stories live. Discover now