[2]

708 49 4
                                    

HERA buang semua pemberian Wazif ke dalam satu plastik sampah hitam.

Binatang tu dah buat onar, buat apa lagi dia simpan semua benda ni? Semak rasa. Geli. Entah-entah semua barang ni pun dibeli guna duit haram tu. Ee.

"Ni dah kenapa buang semua barang-barang ni? Kan elok lagi."

Muka pintu bilik yang terbuka dipandang. Lelaki yang memakai baju pagoda bersama kain pelikat masuk sebelum duduk di atas katil bujang Hera.

"Nak buang. Dah rosak semua ni."

Harzan naik pelik mendengar alasan Hera. Rosak? Nampak bersih tak berusik.

"Mata kau buta ke apa?"

"Tak ada benda baik jangan cakap apa-apa, abang. Hera tak ada mood nak layan abang." Keras amaran Hera. Dicampak-campak semua jenis kemewahan yang dia dapat.

"Tak nak sedekah ke rumah anak yatim?"

Bum!

Beg LV yang baru diterima dua minggu lepas dihempas ke dalam plastik hitam.

Hera berpaling dengan pinggang dicekak.

"Tak nak. Hera nak bakar semua ni."

Memang taklah nak bagi barang dari duit haram pada budak-budak tu.

"Membazirlah, Hera."

"Abang masuk bilik Hera kenapa? Pergilah balik rumah bini kesayangan tu." Rengus Hera tak puas hati.

"Dahtu kerja aku dekat sini siapa nak buat?"

Senyuman Hera kelat mendengar jawapan itu. Jawapan yang juga memberi tanda bahawa Harzan datang ke sini semata-mata kerja. Bukan niat menjenguk dia yang ditinggal terkontang-kanting hidup sendirian di rumah kecil peninggalan ibu bapa mereka.

Harzan lebih rela duduk di rumah mertuanya yang kaya itu daripada membina keluarganya di sini.

Wallahi Hera terasa. Hilang tempat bergantung dia sebagai seorang adik. Mak bapak pulak dah bawah tanah. Abang takut bini. Memang ngam!

Diam tidak menjawab, Hera sambung kerja. Malas dia nak fikir tentang hidupnya yang malang selalu. Dibuang dan dipermainkan. Apalah nasib seketul Hera Atilya. Kenapalah dia tak ikut mak bapak dia masuk tanah sekali? Tak adalah dia kena sengsara meneruskan hidup.

"Aku nak keluar. Lepak mamak. Kau nak kirim apa-apa tak?"

"Takde. Bang, kejap lagi aku nak pinjam lighter kau."

"Pakailah. Aku pun dah tak merokok."

"Konon. Bendalah kat leher tu benda apa?" Hera merujuk pada vape yang tergantung pada leher Harzan.

"Ni vape. Lain. Tak pakai lighter."

"Ikut kau la."

Hilang Harzan dari rumah, selesai juga tugas Hera membuang benda-benda yang tak patut. Diheret plastik sampah yang memberat itu ke luar rumah.

Bakar kesemuanya tanpa sisa.

Kalau boleh dengan Wazif sekali ingin dibakar. Dasar jantan!




"STOP!"

Rimas dan lemas!

"Tolonglah dengar cakap I, Hera. I merayu sangat." Wazif sanggup kalau Hera suruh melutut sekalipun asalkan Hera memaafkannya.

Hera lelah dikejar sejak habis kelas tadi. Ikutkan hati memang dia nak ponteng kelas. Tapi nak ponteng kelas sebab lelaki tak guna rasa buang masa.

"Pergi mati sana."

Sugar Husband (Slow Update)Where stories live. Discover now