[9]

295 28 3
                                    

"SO, siapa dia?"

Soalan Ariqa buat Hera tersenyum simpul sampai hujung telinga. Entah mengapa dirinya rasa senang mendengar soalan itu.

"Aku bukan suruh kau senyum woi."

"Entahlah weh." Jawab Hera.

"Entah? Ewah kau, nak berahsia dengan aku."

Hera sekadar senyum. Tak mengiyakan mahupun menafikan.

"Senyum-senyum pulak kau. Kira betullah ya apa aku fikir ni." Ariqa sedut ais limau yang diorder. Teruja dengan berita yang dia terima.

"Kau fikir apa?"

"Eh kau. Aku tanya kau tak nak jawab. Aku teka nak pulak."

"So?"

Mata Ariqa melirik pada jejaka yang menjadi topik perbualan mereka yang kelihatan sedang menuju ke meja setelah selesai urusan di tandas. "Dia tu... Pakwe baru kau ea?"

"Emmm..." Hera tiada jawapan pun. Dia sendiri tidak pasti hubungan mereka.

Couples? Nope.

Hanyalah lakonan yang sedikit sebanyak bermain dengan hati dan perasaan miliknya. Dan Hera tidak tahu bagaimana pula perasaan Azarael padanya. Mungkin sekadar penyelamat rumah tangganya semata.

"Jawablah!" Bengang pula Ariqa dengan perempuan seorang ni. Dahlah dari tadi dia penasaran tentang susuk lelaki itu. Hera pula lagi main tarik tali.

"Well..." Hera jungkit bahu seraya ketawa kecil dek melihat wajah masam Ariqa.

Serentak itu juga Azarael kembali duduk di tempatnya. Sempat sekilas dia pandang raut muka kedua-dua gadis itu. Seorang masam dan seorang lagi terhibur.

"Kenapa ni?"

"Nothing." Jawab Hera mudah.

"Oh yes, Hera. I dah tempah tiket flight balik right after closing ceremony. You okey ke?"

"I'm good."

"Cop cop! Maksudnya kau tinggalkan aku ke Hera? How dare!" Ariqa teringat jadual penerbangan mereka seharusnya ditempatkan dua hari selepas tamat event.

Pandang wajah Hera yang serba-salah secara mendadak, segera Azarael keluarkan telefon pintarnya dan laju menekan skrin tersebut.

Padam skrin, dia kembali bersuara. "It settles now. She'll come along."

Naik terbuntang mata Ariqa mendengar sampai terbatuk-batuk. Laju dia teguk air sehingga separuh gelas. Azarael dipandang. "Encik, tak perlu untuk saya. Saya gurau je tadi."

"Everything that makes Hera happy makes me happy as well. Don't bother it. Just come along."

"Oh wow..." Lagilah kuat firasat Ariqa tadi. Memang betullah lelaki yang diperkenalkan sebagai Azarael ini balak Hera. Pandai betul Hera pilih. Kalau nak banding dengan Wazif, memang tak terkira.

Bagi Ariqa, memang aura Azarael ini lebih memukau. Bahkan kali pertama Azarael menegur dia pun, dia boleh lagi terpegun. Berbanding dengan Wazif dulu, dia siap tunjuk jari tengah lagi sebab waktu tu Wazif hanyalah budak hingusan.

Mungkin faktor umur juga. Ariqa tidak dapat meneka umur lelaki yang bergandingan dengan Hera. Yang penting, lebih tua, matang dan berkarisma. Dan yang utama, pekerjaan yang stabil. Kalau tidak, masakan mereka boleh datang ke restoran ini. Tengok harga pun boleh telan liur mengenangkan satu menu ibarat belanja seminggu miliknya. Memang putih mata!

"Azarael Mateen..." Nama itu disebut perlahan. Dahi Ariqa mula berkerut-kerut.

"Nama encik ni macam pernah dengar. Pernah nampak juga. Tapi dekat mana ya?" Komen Ariqa.

Sugar Husband (Slow Update)Where stories live. Discover now