Chapter 2

1.1K 100 14
                                    


Becky melangkah dengan lemah,badannya terasa sakit kena pukul Puan Phom hanya kerana dia lambat sediakan makan malam, Becky duduk di tepi jalan..

Suasana malam yang sunyi dengan hujan renyai² menjadi saksi tangisan sayu Becky. Dia rasa penat! Penat dengan segalanya,dia dah buat macam² untuk ambik hati Puan Phom tapi memang dari kecik lagi Puan Phom benci dia!!

"Ayah.. Becky rindu..." Rintih Becky sayu,dia menangis kecil sambil memeluk lututnya

Kalau ayahnya masih ada,dia akan pertahankan Becky,dia akan lindungi Becky tapi sekarang dia berusaha melangkah sendiri.

Semakin deras airmata Becky mengalir membasahi pipinya dan menimpa bumi.

"Ayaaaahh.... Becky rindu, Becky nak jumpa ayah., Becky nak peluk ayah, Becky nak hukhukhukhuk," Becky menangis tersedu-sedu. Dia mencengkam dadanya. Makin kuat esakkannya.

Dia rasa ingin mati!!!! Becky bangun dari duduknya,dia melangkah ke tengah jalan,dia harap ada kereta yang datang melanggarnya.

"Aku ingin mati!!!" Jerit Becky dalam tangisan,hujan mula turun dengan lebat,Becky masih berdiri di tengah jalan menunggu ajal dan tiba² ada kereta datang dan Becky tersenyum sambil memejam matanya...

Pon!!! Pon!!!! Pon!!!!! Kereta itu memberi hon tapi Becky tidak peduli,yang dia ingin sekarang mati!!

Tapi kereta itu tepat berhenti di depan Becky. Becky terduduk!! Dia menangis kuat!! Takdir terlalu kejam!!!

Lelaki itu keluar dari perut kereta,dia gelabah hampir melanggar orang di jalan.

"Cik..cik okey tak???" Lelaki itu menghampiri Becky yang sedang menangis sayu.

Becky mendongak memandang lelaki di depannya. Becky menangis lagi!!!

"Cik buat apa kat tengah jalan ni," Tanya lelaki itu kasian melihat keadaan Becky.

"Abang kenapa ni? Seorang wanita keluar dari kereta.

"Sayang masuk dalam, hujan ni," Kata lelaki itu, Becky masih memeluk lututnya sambil menangis.

"Cik kenapa ni,Cik okey tak? Isteri lelaki itu terus mendekati Becky dan memeluk Becky erat.

Becky hanya menangis dan dia takda tenaga lagi... Akhirnya Becky pengsan.

"Cik!!! Abang jom bawa dia balik rumah kita," kata isteri lelaki itu.

"Okey jom," Akur lelaki itu mengangkat tubuh Becky masuk dalam kereta.

***************

Becky membuka matanya,dia rasa badannya sakit, kepalanya terasa berat.

"Aku kat mana ni." Monolog Becky pelahan,tekaknya terasa perih. Dia rasa tak berdaya untuk bangun.

"Cik dah sedar??" Seorang wanita membawa dulang berisi makanan,dia tersenyum manis.

"Hmmm saya kat mana ni? Auuuchhh," Tanya Becky pelahan,dia mengadu saat belakangnya terasa ngilu.

"Hati² Cik,sini saya tolong," Wanita itu membantu Becky bangun dari baringnya dan menyandar di kepala katil.

"Cik kat rumah saya,semalam kami jumpa Cik kat tengah jalan," Kata wanita itu tersenyum manis.

"Saya nak balik," Becky ingin bangun tapi kepalanya terasa berat,badannya terasa sakit semua.

"Cik rehat dulu, Cik masih belum sihat ni,makan dulu lepastu makan ubat," Kata wanita itu tersenyum.

"Terima kasih Puan," Ucap Becky sayu,dia terharu dengan kelembutan wanita itu.

"Panggil je kak Laura," Kata Laura tersenyum manis.

My Mistress WifeWhere stories live. Discover now