"Bos tunggu sini dulu," Kata Grey."Kita ikut plan kita,biar Erick bawa aku kat dalam lepastu snipper kita akan bagi signal." Balas Freen.
"Tapi bahaya bos," Kata Grey risau.
"Kita ikut plan asal Grey!! Jangan risau,aku yakin korang akan lindungi aku!" Ujar Freen menepuk bahu Grey.
"Baiklah,Red kau dah ready?? Ingat Erick!! Kalau kau khianati kami! Aku akan pastikan kau menyesal!! " Tegas Grey!! Dia tak percayakan Erick tapi Freen dan Red berkeras!
"Aku bersumpah atas nama anak aku! Aku takkan khianati korang!" Balas Erick tegas.
"Aku pegang janji kau!! " Kata Grey.
"Jangan risau Grey! Semua kita dah rancang" Ujar Red.
"Ya Grey,jangan risau dah jom.." Kata Freen pula. Grey hanya mengangguk.
Mereka memulakan rancangan mereka,mereka berpecah.
Erick membawa Freen masuk ke dalam kawasan rumah Edward.
"Tuan Erick!! " Seorang pengawal disitu berlari ke arah Erick.
"Tuan okey?? "
"Aku okey!! Mana Daddy? Aku bawa orang yang dia nak!!" Kata Erick serious.
Tangan Freen diikat dan matanya ditutup,itu antara rancangan mereka.
"Tuan Edward ada kat dalam!" Mereka masuk ke dalam rumah.
"Daddy!!! " Panggil Erick.
"Erick?? Anak Daddy," Edward terus menerpa ke arah Erick.
Mereka berpelukkan. Edward mengerut dahinya melihat seseorang dibawa Erick.
"Erick okey? Daddy cari Erick tapi tak jumpa! " Edward memeriksa tubuh badan Erick.
"Erick okey Daddy, " Kata Erick.
"Siapa kamu bawa ni???" Tanya Edward.
"Erick bawa anak Tuan Chamkimha hahahah," Jawab Erick ketawa besar.
"Kamu pasti Erick??? " Tersenyum lebar Edward.
"Ya pasti,Freen Sarocha Chamkimha!! Buka mata dia!!" Arah Erick,orangnya membuka ikatan dimata Freen.
Freen membuka matanya,pandangannya tajam menikam anak mata Edward.
"Freen Sarocha Chamkimha anak tunggal Chamkimha hahahaha,syabas Erick!! " Edward ketawa terbahak-bahak.
Freen menggigit bibirnya menahan kemarahannya.
Edward menghampiri Freen,dia mencengkam kuat dagu Freen.
"Ada hati nak bunuh aku!!! Aku akan bunuh kau macam mana aku bunuh orangtua kau!!" Bentak Edward. Dia tak sangka yang Freen masih hidup.
Freen ketawa sinis,dia meludah ke lantai.
"Edward Edward kau hanya anjing yang Papa aku kutip puuiiiihhhhh!!!" Freen meludah lagi.
"Kau!! Kurang ajar!!!" Edward mahu menampar Freen tapi Erick menghalang.
"Daddy!! Jangan tergesa-gesa," Kata Erick.
"Kenapa kamu halang Daddy!! Dia memang patut kena ajar!!" Marah Edward.
"Masa masih panjang untuk seksa dia Daddy," Kata Erick.
"Huh!!! Kurung dia dalam bilik sana!!! " Arah Edward bengis,mereka membawa Freen pergi dari situ.
Edward dan Erick berjalan beriringan menuju ke bilik Edward.
"Daddy gembira kamu selamat," Edward memeluk Erick. Erick hanya senyum. Dia terpaksa khianati Edward hanya untuk selamatkan isteri dan anaknya.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Mistress Wife
RomanceFreen Sarocha Chamkimha& Rebecca Patricia Armstrong 🔞🔞 Freen Sarocha Chamkimha seorang usahawan muda yang berjaya,mempunyai kekasih,ingin mempunyai anak tapi kekasihnya tidak mahu mengandung kerana kerja sebagai model terkenal.Dari sisi lain Free...