Chapter 18

1.8K 110 17
                                    


Freen mencelikkan matanya,kepalanya terasa berat! Freen memejam matanya semula. Kepala dia rasa berat sangat!

Freen membuka matanya semula,dia meniti jam di dinding biliknya sudah menunjuk pukul10pagi,Freen bangun dari baringnya,dia menyandarkan dirinya di kepala katil.

"Aaargghh pening!!" Adu Freen.

Freen menoleh ke pintu bilik saat pintu itu dibuka seseorang. Becky masuk membawa dulang berisi makanan.

"Dah bangun? Pening tak?" Tanya Becky,dia meletakkan dulang itu disisi katil.

"Hmmm pening sikit," Jawab Freen tanpa memandang Becky,dia merajuk!

"Makan dulu sebelum makan ubat okey," Kata Becky tersenyum.

"Hmmmm saya tak lapar lagi,saya nak mandi dulu," Balas Freen dalam nada merajuk!

"Okey mandi dulu,lepastu makan," Kata Becky tersenyum.

Freen turun dari katil,dia masuk ke dalam bilik air, Becky mengemas katil Freen. Rasanya ni kali ke dua dia masuk bilik Freen selepas kejadian haritu.

Becky duduk di sofa situ menunggu Freen selesai mandi. Becky memandang sekeliling bilik Freen,mewah!! Tapi bukan tempat Becky, Becky mengeluh berat.

20minit kemudian Freen selesai mandi,dia hanya memakai bathrobe, Freen mengerut dahinya melihat Becky masih berada dalam biliknya.

Becky leka membaca buku disitu,Gelisah juga dia menunggu Freen,nak ketuk pintu bilik air takut!! Yalah mandi lama sangat!

"Eeeee berenang ke dia tu," Gumam Becky,dia meletakkan kembali buku di atas meja. Dia bangun dari duduknya.

Takut Freen pengsan dalam bilik air, Becky menoleh, dia terkejut melihat Freen sedang berdiri di depannya.

"Aaaaa Freen dah siap mandi? " Tanya Becky,padahal dia dah tahu juga Freen dah siap mandi cuma tak pakai baju lagi.

"Hmmmm takda class ke? " Tanya Freen.

"Takda..," Jawab Becky,baru pagi tadi dia dapat chat group yang class mereka dibatalkan.

"Okey..," Freen melangkah masuk ke dalam bilik wardrobe. Becky menghela nafasnya.

Becky masih setia menunggu Freen, Selesai memakai baju,Freen keluar dari bilik semula.

Bibirnya mengukir senyuman melihat Becky masih setia menunggu dirinya. Freen terus mengubah riak wajahnya saat Becky berpaling ke arahnya.

"Awak makan dulu okey,masih pening? Tanya Becky menghampiri Freen. Risau dia.

"Dah kurang juga ni,saya tak lapar lagi," Jawab Freen,dia merebahkan dirinya di atas katil.

Becky mengeluh,Freen degil!!

"Freen makan sikit okey, saya suap," Pujuk Becky duduk di sisi Freen yang memejam matanya.

"Hmmmm saya nak rehat Becky,kalau saya lapar,saya makan," Degil Freen masih memejam matanya.

Becky geram!! Nak je dia cubit Freen! Dari tadi dia tunggu Freen! Dia risau dengan keadaan Freen.

"Sayang.." Panggil Becky lembut. Pantas Freen membuka matanya memandang Becky yang tersenyum.

"Awak panggil apa tadi? Tanya Freen lagi untuk kepastian.

"Sayang makan dulu okey," Kata Becky tersenyum manis. Becky menggeleng kepalanya,Freen nak kena pujuk juga huh.

*Mengada you Freen🙄🙄🙄

Freen memejam matanya,seminggu lebih dia tak dengar Becky panggil dia SAYANG. Dia rindu!

My Mistress WifeWhere stories live. Discover now