"Daddy" Panggil Paula manja,dia mendekati Freen yang sedang duduk buat kerja diruangan atas. Sudah 2 minggu lebih mereka pindah masuk rumah itu."Ya princess,mana mommy? " Jawab Freen lembut. Paula dengan manja duduk di riba Freen.
"Mommy kat bilik borak-borak dalam phone," Kata Paula petah.
"Mommy borak dengan siapa?? Soal Freen,dia cemburu! Jarang Becky borak dalam phone.
"Tak tahu, Daddy bila nak bawa Paula main dekat pantai," Rengek Paula manja memaut leher Freen.
"Tunggu Daddy free okey,lagipun Mommy pun sibuk sekarang," Kata Freen memujuk.
Paula buat muka muncung. Freen ketawa kecil.
"Okey tanya Mommy dulu kalau Mommy cakap yes kita pergi hujung minggu ni," Ujar Freen mencuit hidung Paula.
"Yeaaaahhh!! Sayang Daddy," Sorak Paula memeluk Freen. Freen mengelus kepala Paula.
"Amboiii gembiranya,ada apa ni hmmm," Sapa Becky datang menghampiri mereka.
"Mommy... Mommy" Paula bangun dari riba Freen,dia terus memeluk Becky.
Becky duduk di sisi Freen.
"Happy sangat ni,sayang janji apa kat princess? Becky memandang Freen, Freen hanya tersenyum sengih.
"Mommy jom kita pergi pantai, Paula nak tengok laut," Kata Paula manja memandang Becky.
"Mommy sibuk princess,hujung bulan nanti okey," Balas Becky mengelus pipi Paula. Terus muka Paula berubah,mukanya Monyok.
Becky memandang Freen, Freen hanya mengungkil bahunya. Paula memeluk tubuhnya,dia membelakangi Becky.
"Princess..pandang Mommy," Becky menarik lembut tubuh kecil itu,muka Paula masam mencuka.
"Alooo princess Mommy merajuk? Sorry princess,okey hujung minggu ni kita pergi pantai," Kata Becky tersenyum,dia sibuk dengan assignment tapi masa bersama keluarga lebih penting.
Paula terus memandang Becky., Becky mengangguk.
"Yeyeyyeyeye" Sorak Paula melompat-lompat. Dia bahagia! Freen tersenyum.
"Dah sekarang waktu tidur,dah lewat ni," Kata Becky.
"Nak tidur sama Daddy Mommy," Balas Paula manja.
"No! Princess kena tidur bilik sendiri," Tegas Freen.
"Hmmm ," Paula tunduk.
"Princess dah besarkan kena belajar tidur sendiri,nanti kalau dah ada adik siapa nak jaga adik kalau tidur sorang pun takut," Kata Freen memujuk Paula.
"Bila Daddy nak bagi Paula adik??" Terus bercahaya matanya. Freen memandang Becky. Becky menjeling Freen.
"Tanya Mommy," Kata Freen tergelak kecil
Paula memandang Becky.
"Kalau ada nanti Mommy cakap kat princess okey,dah jom tidur," Ujar Becky lembut.
"Okey Mommy, Daddy Paula tidur dulu," Paula mendekati Freen,dia memeluk dan mengucup pipi Freen, Freen membalas dengan mencium dahi dan pipi Paula.
Becky menemani Paula masuk biliknya, Freen menyambung balik kerjanya.
Sekarang dia lebih fokus dengan kehidupan mereka sekeluarga. Perkahwinan mereka masih menjadi rahsia cuma orang yang tertentu je tahu.
Setelah menidurkan Paula, Becky melangkah mendekati Freen semula.
"Sayang tak tidur lagi? Dah lewat ni," Kata Becky duduk di sisi Freen.
Freen memandang Becky sekilas,Dan menyambung kembali kerjanya.
YOU ARE READING
My Mistress Wife
عاطفيةFreen Sarocha Chamkimha& Rebecca Patricia Armstrong 🔞🔞 Freen Sarocha Chamkimha seorang usahawan muda yang berjaya,mempunyai kekasih,ingin mempunyai anak tapi kekasihnya tidak mahu mengandung kerana kerja sebagai model terkenal.Dari sisi lain Free...