BAB 3

24 7 4
                                        

"Hanis Maisarah, hurry up."

"Kejap."

"Kerja baik-baik." pesan Encik Hamid. Hanis Maisarah mengangguk kecil dan menyalam tangan Encik Hamid sebelum terburu-buru masuk ke dalam kereta Hanim.

"Along ni tak pandai nak sabar."

"Janganlah marah, along saja je kenakan adik."

Hanis Maisarah menjeling tajam wajah itu sebelum memeluk tubuh. Hanim yang melihat hanya tersenyum sebelum memulakan pemanduannya.

Selepas 30 minit dalam perjalanan, akhirnya mereka tiba di syarikat yang gah itu.

"Terima kasih alongku yang tersayang yang ku cinta kerana menghantar adik mu ini." Hanis Maisarah mencium lembut tangan Hanim.

Hanim memandang jengkel dengan kelakuan adiknya. Dia menepuk perlahan bahu Hanis Maisarah.

"Yelah, good luck untuk hari pertama bekerja."

"Okay along. Hati-hati memandu jangan nak race pula."

"Nak perli lah tu." Hanim mencebik kecil sebelum menolak lembut tubuh Hanis Maisarah untuk keluar dari kereta.

"Kurang asam lah kau ni long."

"Dah pergi kerja sana, balik nanti call je along."

Hanis Maisarah mengangguk dan hanya melihat kereta Hanim yang berlalu pergi dari kawasan syarikat itu.

Dia menarik nafas perlahan dan menghembusnya. Hatinya gundah seperti takutkan sesuatu yang belum pasti lagi berlaku.

"What are you doing here Cik Hanis? Nak jadi tiang tak berbayar ke berdiri tegak je dari tadi." perlinya.

Hanis Maisarah terkedu seketika kerana kedudukannya dengan Aakif Ashraf sangatlah rapat.

"Jauh sikit Encik Ash." Hanis menjauh sedikit dari Aakif Ashraf.

"Sorry. Kenapa kau tercegat je kat depan ni? Tak nak masuk kerja atau kau nak tenung je bangunan ni?"

"Nak masuklah ni bos, oh ya saya kerja bahagian mana? Sebab kat email tu tak beritahu pun saya kerja kat bahagian mana."

"Kau jadi PA aku, so kau yang akan atur segala aktiviti luar dan dalam syarikat untuk aku."

"Biar betul ni? Saya baru je nak masuk kerja tau, pengalaman pun tak ada macam mana nak jadi PA?"

"Suka hati akulah nak kau jadi apa. Aku yang lantik pekerja aku jadi ikut je lah arahan. Kalau kau tak nak okey berhenti sekarang." ujarnya dengan nada dingin.

"Ish, yelah saya jadi PA Encik Ash dan jangan nak salahkan saya kalau masih blur dalam bidang ni." bebel Hanis Maisarah sambil menunjuk penumbuk di tangan kecilnya.

"So brave, hm interesting. Baru hari pertama kerja dah nak biadap dengan bos sendiri." perli Aakif Ashraf dengan tangan memeluk tubuh.

"Ermm, sorry Encik Ash sebab terkasar bahasa. Sekali lagi minta maaf." Hanis Maisarah menunduk.

"Hm, dah pergi masuk jumpa Zara. Dia yang akan ajar kau a to z tugas seorang personal assistant dan please panggil aku tuan not encik."

MY PRECIOUS HAZEL Where stories live. Discover now