Hanis Maisarah berjalan keluar dari butik meninggalkan Hanim yang masih sibuk berbelanja. Tangan sibuk menekan keyboard telefon.
Bahunya terlanggar dengan seseorang. Hampir sahaja tubuhnya tersembam kehadapan tetapi tangan seseorang terlebih dahulu menarik lengannya dari terjatuh.
"Jalan guna mata bukan sibuk tengok telefon." ujar suara itu. Hanis Maisarah yang mengenali suara itu terus mengangkat kepalanya.
Lelaki yang berhadapan dengannya sekarang ialah bos dia sendiri, Aakif Ashraf.
"Sorry." Hanis Maisarah menarik perlahan lengannya dari pegangan lelaki itu.
"Lain kali hati-hati, pandang jalan bukan telefon. Kalau orang lain yang kau langgar tadi mungkin dah kena maki." ujar Aakif Ashraf lagi dengan tangan memeluk tubuh.
"Ya, saya akui tu memang salah saya sendiri. Tuan Ash janganlah nak membebel sangat." ujarnya tidak berpuas hati.
"Tengok tu, melawan."
Hanis Maisarah mencebik kecil. Kalau boleh dia luku Aakif Ashraf dah lama dia buat. Tapi dia sedar diri pendek mana nak sampai dengan lelaki itu yang tinggi seperti galah.
"Kau buat apa jalan sorang-sorang kat mall ni?"
"Saya jalan berdualah. Along saya masih sibuk memilih baju, jadi saya keluar lah kejap dari butik tu."
"Oh." balasnya ringkas dengan muka poyo dia tu.
"Tuan Ash pula buat apa kat sini? Dating dengan makwe eh?"
"Aku tengah tunggu adik aku yang masih tak nak keluar dari kedai buku. Daripada aku jadi tunggul, aku keluarlah tak sangka pula terlanggar kapal besar tadi." ujarnya dengan pakej perlian sekali.
"Saya yang kecil molek ni tuan nak samakan dengan kapal besar. So rude."
"I'm just kidding. Boleh temankan aku tak?"
"Tak." balasnya selamba dengan senyuman sinis terhias di bibir.
Aakif Ashraf mencerlung tajam gadis yang berada dihadapannya sekarang. Dia tak sangka gadis berpewatakan lembut itu boleh jadi ganas juga.
"Kidding bro, so temankan ke mana Tuan Ash?"
"Ikut je." Aakif Ashraf meninggalkan Hanis Maisarah yang masih terkebil-kebil.
"Eh galah sorang ni memang minta kaki betul." gumamnya perlahan. Tak berani nak kuatkan suara kang dipotong gaji.
Kaki berhenti di Bast Bear Coffee. Aakif Ashraf memanggil Hanis Maisarah untuk datang mendekat.
"Buat apa kat sini?"
"Soalan tak ada lagi bijak? Mestilah untuk minum."
Hanis Maisarah menggaru atas kepala yang tidak gatal. Dia tahulah tu kedai minuman tapi biar betul bos bawa dia pergi sini berdua je.
"Jom, aku belanja."
Aakif Ashraf membawa dua minuman untuk mereka dan duduk berhadapan dengannya.
"Terima kasih belanja saya tuan."
"My pleasure. Can you don't call me tuan?"
"Huh? Bukan Tuan Ash ke suruh haritu saya jangan panggil encik tapi kena panggil tuan."
"I mean kalau kita berjumpa kat luar, aku nak kau panggil aku guna nama. Di pejabat baru kau boleh panggil tuan."
"Erk, tak apa ke?"
Aakif Ashraf mengangguk yakin. Matanya fokus terhadap gadis dihadapannya. Dia menanti panggilan nama dari mulut Hanis Maisarah.
"Ash."
YOU ARE READING
MY PRECIOUS HAZEL
RomanceMengisahkan tentang Hanis Maisarah, seorang gadis yang tidak diakui oleh ibunya sendiri. Hanis Maisarah selalu merasakan hidupnya kelam sehinggalah dia dipertemukan dengan Aakif Ashraf yang menerangi hidupnya kembali. Terlalu banyak dugaan yang akan...