"Along gerak dulu dik, sorry tak dapat tengok kau memandu dari belakang."
"Okaylah tu boleh aku race" ujarnya dengan sebelah kening terangkat.
"Jangan buat kerja gila, aku lepuk kang."
"Baiklah along ku intan payungku. May tak buat pun. Promise."
Hanim mengangguk dan terus mencapai kunci kereta sebelum berlalu dari ruang dapur. Dia perlu bergerak awal ke kerja.
Hanis Maisarah masih sibuk mengunyah makanan. Tangan sebelah kiri sibuk meneliti jadual Aakif Ashraf dalam iPad.
Apabila jam telah menunjukkan pukul 7:30 pagi, Hanis Maisarah segera mencuci pinggan dan cawan yang digunakannya sebelum ke ruang tamu.
"May pergi dulu." ujarnya seraya menyalam tangan umi dan abahnya.
"Hati-hati memandu." pesan encik Hamid. Hanis Maisarah mengangguk kecil dan bergerak ke pintu rumah untuk menyarung kasut.
"Kalau kerja tu buat cara kerja jangan curi tulang. Entah-entah nak menggatal sekali bukan nak kerja sangat pun maklumlah ramai lelaki kat dalam tu." perli Puan Sarah dengan tawa sinis.
"Sarah, awak jangan nak melampau ya." merah muka Encik Hamid menahan amarah.
"Saya faham umi dan saya kerja untuk mencari rezeki bukan untuk bermaksiat. Saya pergi dulu abah umi." ujarnya perlahan. Hanis terasa dengan kata sinis uminya tetapi dia sudah lalih.
Keluar sahaja Hanis Maisarah dari rumah, Encik Hamid mencerlung tajam ke arah isterinya.
"Apa masalah awak ni Sarah? Kenapa perlu sakitkan hati anak kita." perkataan 'kita' ditekan untuk menyedarkan Puan Sarah yang Hanis Maisarah juga adalah anaknya.
"Anak kita? Eh abang jangan nak cop dia tu sebagai anak saya. May bukan sesiapa untuk saya jaga hati dia." bidasnya tidak mahu mengalah.
"Abang penat hadap perangai tak matang awak ni." ujar encik Hamid seraya berlalu dari ruang tamu meninggalkan isterinya sendirian.
Hanis Maisarah memegang dadanya yang terasa sesak. Dia ingin melupakan kata-kata yang dilontarkan uminya dari fikirannya.
Dia cuba menenangkan diri dengan istighfar. Apabila keadaannya cukup tenang dan terkawal, dia menghidupkan enjin kereta.
"Forgive her don't hate." ujarnya sendirian sebelum kereta diundur keluar dari halaman rumah.
🦋❤️🦋
Kereta diparking di tempat yang disediakan. Enjin dimatikan sebelum dia keluar dari perut kereta."Hanis!"
Hanis Maisarah mengerutkan kening untuk melihat wajah yang memanggil dari jauh. Dia rabun tapi malas pakai kaca mata, ni lah akibatnya.
"Ni aku lah, kau tengok aku macam nak makan orang." ujar Humairah. Panggilan mereka berubah semenjak berkawan rapat.
"Sorry aku tak cam sangat muka kau dari jauh."
"Yelah, so okay tak kerja dengan Tuan Ash?"
"Alhamdulillah okay, tapi kadang aku meroyan jugalah layan perangai sengal dia."
"What do you mean? Perangai macam mana?"
"Suka buat aku marah." Hanis Maisarah mendengus kecil.
Humairah mengangguk dan ketawa kecil melihat wajah tidak puas hati Hanis Maisarah.
"Jangan emosi sangat. Let's smile. Senyuman kan satu sedekah."
Hanis Maisarah tersenyum nipis. Tapi senyumannya mati apabila melihat pandangan tajam dari Hafiz.
YOU ARE READING
MY PRECIOUS HAZEL
RomanceMengisahkan tentang Hanis Maisarah, seorang gadis yang tidak diakui oleh ibunya sendiri. Hanis Maisarah selalu merasakan hidupnya kelam sehinggalah dia dipertemukan dengan Aakif Ashraf yang menerangi hidupnya kembali. Terlalu banyak dugaan yang akan...