Hanis Maisarah menunggu Hanim dikawasan lobi syarikat. Aakif Ashraf yang melihat gadis itu sendirian datang mendekat.
"Kau tengah tunggu siapa?" soalnya di tepi gadis itu.
Terangkat bahu Hanis Maisarah apabila mendengar suara Aakif Ashraf yang menegur dirinya dari arah belakang.
"Ish, terkejut saya."
"Tu pun nak terkejut. Kau tunggu siapa?" soalnya kembali.
"Kakak saya, Tuan Ash kenapa tak balik lagi?"
"Kejap lagi aku balik."
Apabila melihat kelibat kereta Hanim, dia minta diri untuk berlalu dari situ. Aakif Ashraf mengangguk kecil.
"Jumpa esok Tuan Ash." ujarnya dan terus berjalan ke arah kereta Hanim yang baru sahaja sampai.
"So cute." Aakif Ashraf tersenyum nipis sebelum kembali ke wajah serius apabila melihat kelibat pekerjanya yang lain.
"So how? Okay tak hari pertama kerja kat situ?"
"Alhamdulillah okay sangat, semua pekerja dia baik dan sporting."
"Bos adik?"
"Not bad, fikir garang tapi tak."
"Good, so malam ni temankan along shopping nak tak?"
"Nak tapi along kena belanja." Hanis Maisarah tersengih kecil. Hanim menggulingkan biji mata.
"Whatever." ujar Hanim perlahan. Mata tetap fokus terhadap pemanduannya.
Apabila sampai di rumah, Hanis Maisarah berlari kecil ke arah Encik Hamid yang sedang duduk di pondok kecil di halaman belakang rumah.
"Bah!" Hanis Maisarah ketawa besar melihat Encik Hamid yang hampir membuka silat.
"Astaghfirullahalhazim, anak bertuah ni terkejut abah." Encik Hamid memukul perlahan bahu Hanis Maisarah yang duduk disebelahnya.
"I'm sorry abah, janji tak buat dah." Tangannya diangkat seperti ikrar. Hanis Maisarah membuat muka seposen sekali.
"Yelah tu janji pastu buat lagi, nasiblah abah ni tak ada sakit jantung." bebelnya perlahan. Bibir menghirup perlahan teh panas di cawan.
"Alolo comelnya abah titew merajuk."
"Gediknya kau dik." ujar Hanim selamba. Dia pun pelik dah kenapa dengan adik dia sorang ni terlalu hyper semenjak kebelakangan ni.
"Jeles cakap. Kan abah?"
"Ya intan payung abah. Hanim dan May dah makan ke?"
"Dah abah." ujar mereka serentak sebelum ketawa bersama.
"Hanim, ni umi buatkan cendol jagung untuk kamu." ujar Puan Sarah yang baru sahaja muncul.
Hanis Maisarah hanya mampu melihat Hanim yang selalu disayangi oleh uminya sedangkan dirinya selalu diabaikan.
"Dik, jom makan sama-sama." Hanim mempelawa Hanis Maisarah untuk makan bersama.
"Eh buat apa pelawa dia, umi buatkan untuk kamu bukan untuk dia." sinis Puan Sarah melontarkan kata-kata tersebut.
"Tak apa lah along, May nak naik dulu bersihkan diri. ujar Hanis Maisarah. Dia terus berlalu dari situ untuk naik ke bilik.
"Umi, sampai bila umi nak layan May macam orang lain dalam rumah ni?"
"Sampai bila-bila. Dah jangan nak naikkan darah umi."
Encik Hamid yang melihat itu hanya terdiam. Sungguh dia lelah memikirkan apa yang Puan Sarah bencikan sangat dengan anak kedua mereka.

YOU ARE READING
MY PRECIOUS HAZEL
RomansaMengisahkan tentang Hanis Maisarah, seorang gadis yang tidak diakui oleh ibunya sendiri. Hanis Maisarah selalu merasakan hidupnya kelam sehinggalah dia dipertemukan dengan Aakif Ashraf yang menerangi hidupnya kembali. Terlalu banyak dugaan yang akan...