⭐ BAB 31 ⭐ ‼️

5.9K 258 35
                                    

Duduk termenung selepas selesai kerjanya.Dua tangan di letakkan di belakang kepala.Kerusi dipusingkan sambil otaknya ligat berfikir.

"Kau apehal la termenung lama sehari dua ni?" Sergah Johar baru muncul di ofis kecil mereka ini.

"Ishh terkezutt lah."Balas khair dengan dahi berkerut.

"Yelah dah termenung sampai bulan memang la terkezutt."Ujar Johar tersengih.

"Apehal kau ni?duit tak cukup?" Soal Johar mula duduk lalu skrin komputer di atas meja di lihat lama.

"Emm..bukan.Duit cukup je ni.Kasih sayang je kurang." Balas Khair lalu ketawa.

"Ah sudah,kau nak kasih sayang ke??Aku boleh bagi."Ujar Johar dengan muka creepy.

"Tak payah,geli aku.Negatif dengan negatif shock nanti kita dua ni." Balas Khair mula ketawa.

"Dah tu kau nak apa?" Tanya Johar perlahan.

"Kauuu..dah berapa lama kahwin?." Tanya tiba-tiba sambil kening diusap perlahan.

Terasa mahu minta tips dari senior sekarang.

"Tak la lama..dalam tujuh tahun.Apa pasal?"hairan.

"Bercinta?"

"Bercinta sekejap je,terus kahwin.Kenapa kau ni?" masih hairan.

"Kau agak kalau tak bercinta boleh tahan lama ke?" Mulai serius.

"Kalau dua-dua ada effort untuk bina rumah tangga akan tahan lama la.Kalau sorang je mana boleh, kahwin ni kerjasama Ir." Johar masih ralit dengan kerja report di komputer dihadapannya itu.

"Betul la tu,kerjasama." Gumam sendirian

"Kau kenapa?tak bercinta dengan bini kau ke?." Tahu Khair sudah berkahwin,tetapi jarang la mereka berbual hal peribadi waktu kerja.

"Taklah aku tanya je la ni,bukan serius pun." mula bangun.

"Bila interview kau Ir?"Baru teringat akan hal itu.

"Dua minggu lagi."Balas Khair sambil sambung kerjanya

"Apasal baru nak buat sekarang?kau kerja lama kut dekat tempat lama."

"Waktu lima tahun kerja sana aku dah nak buat cuma tak sempat,so cancel la.Dah tu sebab abah aku tak sihat.Kena buang kerja lepas tu terus pudar semangat aku nak ambik benda alah tu." Termangu seketika

Cita-citanya mahu dapat gelaran jurutera profesional dan pada pangkal namanya diletakkan (Ir) terkubur dengan apa yang berlaku setahun lalu.

Sekarang waktunya mahu di usahakan semula.Jika rezeki berpihak kepadanya untuk lulus temuduga dengan The Institution of Engineers Malaysia (IEM) dan pihak Board of Engineers Malaysia (BEM) dirinya boleh di iktiraf sebagai jurutera profesional selepas ini.

"Sayang betul company tu buang kau.
lepastu setahun tu kau buat apa?" Baru sempat berbual panjang.

"Banyak kerja,jauh dari elektrik."

"Kenapa?sayang betul.Bidang ni luas,kau pun tahu."Tanya Johar hairan.

"Tahu,tapi masa la tak luas,setahun tu aku asyik ulang alik Kodiang.Ada la hikmah kenapa Allah tak bagi aku kerja ni semula.Lambat dia tunda,sebab nak bagi aku jaga mak abah aku kerap sikit."mulai nampak hikmah kenapa tak dapat kerja setahun lalu.

Walaupun kelayakan dan pengalamannya sudah boleh dikira baik.

"Aku harap kau dapat la (Ir),aku dah tua ni malas dah nak kejar benda gitu."Ujar Johar tersengih.

ILYA UMARA: SEADANYA DIRIMU (C) EDITINGWhere stories live. Discover now