Cheesecake vs Bengkang

48 3 0
                                    

Daniel Rifqi pantas melangkah ke kedai kek itu, kek untuk ulang tahun perkahwinan mama dan papanya perlu diambil hari ni juga memandangkan majlis sambutan akan diadakan malam nanti. Mujur tahun ini mama ingin membuat majlis secara kecil-kecilan saja, tak adalah kek sampai lima tingkat macam tahun lepas, kalah kek roket Soyus Datuk Dr Sheikh Muszaphar.

Daniel Rifqi menarik nafas lega bila mama memberitahu ingin menjemput ahli keluarga saja. Kalau tidak, pasti dia rimas dengan kehadiran rakan-rakan perniagaan mama dan papa yang berpangkat berharta. Rimas rasanya menghadiri majlis yang berprotokol sebegitu, air muka mama dan papa harus dijaganya, tapi Daniel Rifqi lebih selesa bergaya santai, tak perlu berkot dan ber'tie'.

Pintu masuk ke kedai kek itu ditolak Ain Nawwarah perlahan sambil matanya memerhati ke dalam. Sudah dua bulan dia tidak menjamah kek kegemarannya itu, kini peluang yang ada Ain Nawwarah gunakan sepenuhnya. Berkat menolong ibu di pasar malam membolehkan Ain Nawwarah menyimpan sedikit tabungan untuk membeli kek itu.

Selalunya wang yang ada hanya cukup makan untuk mereka sekeluarga, Ain Nawwarah tak mahu membazir wang untuk dirinya sahaja sedangkan adik beradiknya lebih memerlukan, sudahlah harga kek itu mahal dari kek di kedai biasa. Nak buat macam mana, kek itu saja yang Ain Nawwarah suka, menjadi kegemarannya sejak Aulia, rakan sekolahnya belanja dia makan di situ. Aulia itu anak orang kaya, tak apalah, Ain Nawwarah apa yang ada. Mengharap upah dari ibunya saja dikumpul sedikit demi sedikit.

Wang di dalam tangannya dikira satu-satu, risau jika tidak cukup nanti. 'seringgit, dua ringgit, tiga ringgit....'

"Opocot peah kelabu!"

Daniel Rifqi melatah di situ jugak saat terlanggar seseorang, habis berterabur duit di dalam genggaman gadis di hadapannya. Daniel Rifqi terkesima saat melihat gadis itu, dunia bagaikan terhenti, lagu Adinda Kekanda dendangan Loque dan Atilia bagaikan berkumandang di telinganya. Eh kenapa lagu ni pulak, ahh hentam sajalah.

"Err, sori cik adik..." Daniel Rifqi cuba berbudi bahasa, almaklumlah gadis di hadapannya bukan main lawa, menangis Angelina Jolie kalau jumpa dia. Kulit putih mulus macam telur dikupas, wajah persis mutiara, eh itu lagu Mila pulak dah. Daniel Rifqi tersengih sendiri, cuba control macho.

Ain Nawwarah tak pedulikan jejaka di hadapannya yang tengah menyengih macam kerang busuk, yang penting wangnya yang harus diutamakan. Mencicit Ain Nawwarah mencari wangnya yang bertaburan.

"Alamak, mana duit syiling ni?!" Ain Nawwarah menjerit kecil.

"Err, cik, tak cukup duit ke? Saya boleh tolong bayarkan," Daniel Rifqi cuba jual minyak, mana tahu laku nanti. Almaklumlah, wajahnya memang kacak bergaya, siapa tengok mesti rasa teruja, ada pulak tu yang jatuh cinta, tapi semua Daniel Rifqi buat tak layan aja.

Ain Nawwarah pandang wajah jejaka itu sekilas. Erk, macam kena panah, cepat-cepat dia menggeleng.

"Tak apa, adalah ni duit tu kat mana-mana," ujar Ain Nawwarah sambil matanya meliar mencari baki wang syilingnya yang hilang.

"Tak apa cik, saya belanja cik sajalah, lagipun saya yang bersalah sebab melanggar cik tadi..."

"Eh tak apalah," Ain Nawwarah segera menolak, tak mahu terhutang budi dengan jejaka yang baru dikenalinya itu.

"Eh tak apalah," ulang Daniel Rifqi, mana boleh dia mengalah pada gadis itu, mesti kena lawan, baru hati tertawan, echewah!

'Ish dia ulang pulak cakap aku ni, apahal entah mamat ni, skru longgar ke?' Ain Nawwarah mengomel sendiri.

Wang di dalam sakunya diseluk, untuk mencari kalau-kalau ada syiling lain yang tersembunyi dalam sakunya, namun hampa, habuk pun tarak.

Ain Nawwarah rasa macam nak menangis je, melepas nak merasa kek keju, atau lebih sedap dipanggil cheesecake, melepas! Kempunan tujuh keturunan.

Himpunan Cerpen Penuh Rasa CintaWhere stories live. Discover now