Sheyy sendirian di perhentian teksi waktu tu, tidak habis-habis dia mengerling jam tangan Swatch di tangannya. Sudah pukul 6.30 petang tapi bayang sebiji teksi pun belum muncul.
"Ish, mana teksi ni? Bengkek aku!" Sheyy mengomel sendirian.
Tak sempat dia memandang jalan semula, tangannya terasa seperti direntap. Selamba saja seorang peragut menarik porch beg yang disandang Sheyy.
"Woiii!" Sheyy menjerit macam singa betina. 'Mana boleh lepas orang yang cari pasal dengan wa,' hati dia dah panas.
Sheyy tarik balik porch begnya sekuat hati. Gedegang! motor peragut itu ditendang Sheyy sepenuh jiwa.
"Lu ni pehal arr?" Sheyy naik angin. Peragut yang terjatuh dari motor segera bangun.
"Amboi, berani kau minah. Nak kena ke hah? Bagi beg tu!!!" peragut tu sempat lagi meminta.
"Amboi suka hati engkau je nak beg aku, mana boleh. Pergi mampus la..."
Peragut tersebut mula keluarkan pisau lipat dari poketnya. Sengaja diacu-acukan pisau tersebut pada Sheyy, gerun jadinya hati Sheyy masa tu, tapi dia tidak kira, begnya takkan dilepaskan. Nak mampos, duit yang dia baru keluarkan dari ATM tadi ada dalam beg, takkan nak lesapkan camtu je, lepastu IC, kad-kad bank, ambik masa tu nak buat balik. Sheyy geleng-geleng kepala, tak mahu beralah.
"Ish geram aku dengan minah degil ni, ambik kau!" peragut tu cuba menghunus pisaunya pada Sheyy tapi tiba-tiba ada pula tangan lain yang menghalang.
Sheyy terkedu. Jejaka yang turun dari Ducati merah itu cepat-cepat memegang pisau peragut, erat dan kuat.
"Tak ada kerja lain ke hah? Berani pulak nak cederakan perempuan," suara dari sebalik helmet itu buat Sheyy terkesima, rasa dirinya dilindungi, chewah... Jejaka Ducati dan peragut itu bergelut seketika. Akhirnya pisau tersebut lepas dari tangan peragut, cepat-cepat peragut itu melarikan diri. Tidak berani melawan lagi.
Sheyy menyaksikan dari tadi aksi tersebut. Jejaka Ducati itu kelihatan sungguh berani dan gagah. Sheyy terlopong memerhatikannya.
"Awak tak apa-apa ke?" soal jejaka itu.
Sheyy menggelengkan kepala perlahan, tidak mampu berkata-kata.
"Lain kali jangan jadi berani sangat, bahaya!" jejaka itu segera naik ke Ducatinya semula.
Sheyy anggukan kepala pula, dah macam lagu Angguk Angguk Geleng-Geleng pulak jadinya.
"Nak tumpang?" soal jejaka itu. Sheyy tersentak, tak sanggup dia nak membonceng motor lelaki yang tak dikenalinya itu.
"Err, tak apalah. Terima kasih ya." Sheyy menolak walaupun hatinya teruja melihat motor Ducati yang memang menjadi kegilaannya sejak dulu. 'Dapat sebijik sure mak ajak keliling kampung ni...' Sheyy berbisik dalam hatinya.
"Kalau macam tu tak apalah, lain kali hati-hati k..."
"Ok, chaw!" jejaka itu menghidupkan Ducatinya, memandang Sheyy semula sambil membuat isyarat lambaian dan segera memecut, enjin Ducatinya menderum dengan kuat memecah keheningan tika itu.
Sheyy yang sedari tadi terpegun mula kembali ke alam nyata, rasa terlalu cepat jejaka tu pergi sampai dia tak sempat nak ucapkan terima kasih, apatah lagi nak tanya nama. Sayang sekali jejaka itu masih memakai helmet bercermin gelap, kalau tak, boleh jugak dia tengok wajah Kesatria penyelamatnya. Oh, Kesatria.. Kesatria Ducatiku!! Sheyy tersengih sendiri.
"Cik, nak ke mana?" pakcik teksi yang entah dari mana tiba-tiba menegur. 'Potong betullah pakcik ni, tadi aku tunggu tak muncul-muncul, baru je nak ingatkan Kesatria aku, dia datang pulak, huh!' Sheyy mengeluh dalam hati sebelum cepat-cepat masuk ke dalam teksi.
![](https://img.wattpad.com/cover/102860699-288-k237770.jpg)
YOU ARE READING
Himpunan Cerpen Penuh Rasa Cinta
Cerita PendekHimpunan cerpen-cerpen penulisan Aliesha Kirana sejak bergelar penulis.