"Begitulah awan nano sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya kasih tiada banding
Setia tiada tara bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu..."
Awan menyanyi-nyanyi kecil sambil membasuh keretanya saat Airis keluar dari rumah. Airis tersenyum girang sambil menghampiri tembok pemisah rumah mereka itu.
"Awan nano lagi? hari-hari nyanyi lagu awan nano kan?"
"Lagu favourite." Awan tersengih.
"Ni lawa-lawa ni nak pergi mana?" Awan menyoal semula pada Airis yang segak berbaju kurung biru muda dan tudung warna sedondon.
"Jumpa Fiq."
"Oh, nak jumpa buah hati rupanya. Jaga-jaga sikit, darah tengah manis tu..."
"Yelah, aku tahulah. Hehe. Ok aku pergi dulu ya. Assalammualaikum." Airis segera meminta diri.
"Waalaikumussalam." Awan memerhati Airis yang berlalu pergi dengan pandangan seribu makna.
-----------------------------------------------------------
Airis mendongak langit, memandang ke arah awan yang berarak kelabu. Rintik-rintik hujan mula turun membasahi bumi sedangkan sebentar tadi, matahari begitu garang memancarkan cahayanya. Airis melangkah longlai tanpa arah tujuan sebelum terduduk di atas bangku di perhentian bas itu. Air jernih di tubir matanya sedikit demi sedikit tumpah seiring dengan titisan hujan yang kian lebat.
"Maaf Ris, Fiq rasa kita dah tak boleh teruskan pertunangan ni lagi." kata-kata dari mulut Fiqri itu masih terngiang-ngiang di telinga Airis.
"Tapi kenapa Fiq? Apa salah Ris?"
"Ris tak salah apa-apa. Tapi, Fiq yang salah, Fiq dah jumpa orang lain. Maafkan Fiq."
Sekali lagi kata-kata itu bergema membuatkan air mata Airis kian laju merembes.
Deringan telefon yang tiba-tiba kedengaran membuatkan Airis mengangkat talian itu walaupun terasa lemah untuk mengangkat tangan sekalipun.
"Hello..."
"Airis, kau kat mana?" suara Awan yang kedengaran membuatkan Airis kian sebak.
"Awan, aku.. aku..." Airis tergagap dek kerana menahan sendu di dada, dadanya terhenjut-henjut menahan esakannya dari kedengaran di telinga Awan.
"Kenapa ni Ris? Bagitahu aku kau kat mana, aku datang ambil sekarang!"
"Kau dah ok ke?" Awan menyoal sebaik Airis turun dari kereta Lancer putihnya itu. Airis pandang wajah Awan seketika dengan mata yang masih berair sebelum perlahan mengangguk.
"Cerita kat aku, apa yang dah jadi? bukan kau gembira ke pagi tadi masa nak pergi jumpa Fiqri?"
Airis menghela nafasnya, bagaimana dia boleh bercerita andai sebak masih membalut dadanya.
"Nantilah Wan, aku tak boleh... aku tak mampu nak cerita lagi."
Airis segera berlalu meninggalkan Awan yang masih terkial-kial menanti jawapan dari mulutnya. Satu keluhan berat Awan lepaskan sebelum dia berlalu ke keretanya.
-----------------------------------------------------
"Macam mana boleh jadi macam ni Airis? Semua persiapan kita dah buat, tinggal lagi dua minggu saja pernikahan kamu. Takkanlah sewenang-wenangnya Fiqri nak batalkan semua ni?"
YOU ARE READING
Himpunan Cerpen Penuh Rasa Cinta
Historia CortaHimpunan cerpen-cerpen penulisan Aliesha Kirana sejak bergelar penulis.