Aku Seorang Pencinta Rahsia

32 2 0
                                    

Ada bermacam ragam manusia yang kita boleh jumpa di universiti, dari situ timbul pula pelbagai puak mengikut keserasian mereka bersama. Ada geng popular, geng otai, ada geng skema, ada juga geng tudung labuh, tak terkecuali geng gila kuasa. Aku? Aku tidak masuk dalam geng mana-mana, skema pun aku, otai pun aku, tapi aku tak gila kuasa. Haha.

Yang paling jadi tumpuan di dalam universiti pastinya geng popular, geng ini popular kerana pelbagai sebab, ada yang jaguh dalam sukan, ada yang terbaik dari segi akademik, ada pula popular bersandarkan paras rupa walaupun otak tak sebijak mana, yang peliknya geng inilah yang paling menyerlah.

Dalam satu geng popular ni, ada sorang mamat yang jadi pujaan hati aku. Memanglah dia kacak, tapi ramai lagi yang kacak, yang buat aku sukakan dia adalah sebab wajahnya lembut, manis dan macam budak yang baik. Macam mana aku nampak dia baik? Sebab lelaki yang baik kan untuk perempuan yang baik, begitulah sebaliknya. Aku rasa aku ni baik, jadi mesti Umar Ukasyah pun baik kan. Hehe.

Nama pujaan hati aku tu, Umar Ukasyah, namanya itu pun sudah menggambarkan dia itu kacak kan? Eh jangan jatuh hati, Umar itu aku yang punya, Ainul Hayat! Ingat tu, Ainul Hayat!

Masalahnya, insan yang bernama Umar Ukasyah ni bukan menjadi pujaan aku sorang, tapi beribu orang lagi dalam universiti ni. Nasib la, orang kacak macam dia, peliklah kalau tak menjadi pujaan ramai kan? Dan nasib aku jugak, suka pada jejaka pujaan ramai ni. Tapi bagi aku, barulah mencabar bila kita suka pada jejaka pujaan ramai sebab banyak persaingan. Bila sekali dia layan kita, kita akan rasa yang kitalah insan paling bertuah atas muka bumi ni dan bila orang lain cemburu, itulah kemenangan buat kita. Hahaha.

Satu lagi masalah besar aku, aku ni takut nak tunjuk yang aku sukakan dia. Aku lebih rela berdiam diri macam tunggul kayu daripada mencuri peluang untuk mendekatinya. Umar Ukasyah ni sekelas dengan aku, tapi aku tak pernah bertegur sapa dengan dia. Aku ni macam tak pernah wujud di mata dia. Haish! Susah, tapi aku lebih rela memendam rasa dari menanggung malu. Bila ada budak perempuan lain dok bersembang dengan dia, mulalah aku rasa cemburu, tapi nak buat macam mana, aku sendiri yang tak berani. Padan muka aku kan? Padahal peluang selalu ada depan mata. Ish ish ish.

"Yat! Apsal dok tergeleng-geleng dari tadi ni?" Riya, sahabat baikku yang jugak roomateku, muncul entah dari mana, menepuk bahuku yang sedang baik punya mengushar Umar Ukasyah dari jauh di dalam perpustakaan itu. Potong stim betul minah ni kan?

"Tak ada apalah Ya, aku dok study ni, tak paham betullah," aku cuba mencari alasan sambil menunjuk ke arah buku notaku di hadapan.

"Tengok buku terbalik, memang la tak paham," kata-kata Riya itu membuatkan aku cepat-cepat membetulkan semula kedudukan buku itu sambil tersengih padanya.

"Kau study ke dok mengushar eh?" Riya cuba meneka.

"Eh ushar sapa pulak? Mana ada siapa-siapa yang aku tengah ushar. Tak ada masa aku nak skodeng orang."

"Aah la, kau bukan suka kat siapa-siapa pun kan." Riya mengangguk-angguk. Malunya aku dengan perasaanku sendiri, sampaikan Riya, sahabat baikku sendiri pun tak tahu aku sukakan Umar Ukasyah. Pandai aku simpan rahsia kan?

Riya mengambil duduk di sebelahku sambil membuka buku yang dipegangnya sedari tadi. Dia mula khusyuk membuat ulangkaji tanpa mempedulikan aku lagi. Peluang baik ni! Aku kembali memandang tempat Umar Ukasyah nun di hujung meja sana, namun masih mampu kulihat dengan jelas. Umar Ukasyah sedang asyik menerangkan sesuatu pada seorang gadis, juga budak sekelasku. 'Ah mesti budak tu sengaja buat-buat tak faham, senang dia nak bertanya Umar kan!' hati aku jadi panas, mentang-mentang Umar memang budak pandai, kacak pulak tu, semua orang tak mahu lepaskan peluang untuk mendekatinya, almaklumlah pakej lengkap. Huh!

"Yat, aku peliklah dengan kau ni," Riya yang terdiam sedari tadi tiba-tiba bersuara. Aku pandang wajah Riya yang seolah sedang memikirkan sesuatu.

"Apa kau ni? Tiba-tiba saja!"

Himpunan Cerpen Penuh Rasa CintaWhere stories live. Discover now