Biskut Sugi buat Akhie di Aidilfitri

48 2 0
                                    

1 Ogos 2011


Ah! Boring sungguh duduk di kampung, tak ada apa sangat yang aku boleh lakukan selain merenung sawah yang tengah menguning sekarang ni. Kalau aku ada kat rumah aku sekarang ni, boleh jugak layan internet, chatting dengan kawan-kawan alam maya aku tu, hihi. Ini semua mamalah punya pasal, suruh aku temankan Atok yang keseorangan sambut Ramadhan, mentang-mentanglah aku tengah lapang sekarang ni sementara menunggu hari konvokesyen. 

Aku tak kisah pun nak temankan Atok kat kampung, cuma aku kisah sebab kat kampung tak ada internet! Arggh!Ah, tak baik mengeluh Ada, kan dapat pahala tu, tolong temankan Atok, walaupun jiwa merana. T_T

Memandangkan tak boleh nak tulis blog kat kampung ni, aku tulis dekat kau ajelah ye diari. Layan ajelah omelan aku nanti. Huu...


--------------------------------------------------------


7 Ogos 2011


Dah seminggu aku duduk kat sini. Bosannya! Kerja aku hari-hari masakkan sahur, bagi ayam itik makan, termenung tepi sawah, masak untuk berbuka, berbuka puasa, pergi solat terawih, lepas tu tidur. Arggh! Kalau sebulan aku duduk sini, mungkin aku akan mati kebosanan. Tolong aku! Macam manalah Atok boleh bertahan duduk dekat kampung ni berpuluh tahun lamanya? Haish! Atok memang hebat! Cayalah Atok!

Eh tapi kan, tadi... Aku ternampak seorang lelaki bercakap dengan Atok, lepas solat terawih tadi. Manis orangnya! Macam gula, betul tak tipu. Matanya redup, kepalanya botak tapi tetap kacak! Aduh hatiku rasa dah tertawanlah. Ini yang rasa semangat nak pergi solat terawih hari-hari ni. Hehe. 

Eh Ada! Betulkan niat kau! Betulkan niat kau! Suka hati aje kau ya! Macam mana nak dapat pahala kalau tak ikhlas kerjakan ibadah? Eeii, cubit baru tau!

Tapi kan... siapakah jejaka itu ya? bikin aku penasaran aja, selama seminggu duduk kat sini, tak pernah nampak dia pulak. Anak makcik mana pun aku tak tahu. Eh macamlah aku kenal sangat dengan makcik-makcik kat kampung ni, setakat Makcik Esah sebelah rumah yang selalu hantar makanan kat Atok tu aku kenal la, dan setahu aku, anak-anak Makcik Esah semuanya kerja jauh-jauh, kerja dekat bandar besar.

Alamak, dok asyik teringat abang botak le pulak. Tehee. Oklah, aku nak tidur dulu. 

Selamat malam diariku, Assalammualaikum!


--------------------------------------------------------


8 Ogos 2011

Diari! Diari! 

Ok terlebih excited pulak aku ni, macamlah aku cakap dengan kawan aku kan? Nak panggil-panggil kau macam ni. Ok-ok, kejap aku nak senyum selama lima belas saat kejap. Ok dah!Diari! Aku dah tahu dah siapa abang botak tu! Tahu tak, petang tadi aku menyapu kat depan laman tu, tiba-tiba aja ada motor berhenti betul-betul depan aku. Terkejut aku dibuatnya tahu tak. Aku pun tengoklah siapa, sekali dia bukak helmet aje, abang botak! Haha. Nak pengsan aku dibuatnya masa tu. Masa mula-mula jumpa, terus dia bagi salam, sejuk hati aku dengar. Tapi dia bukan datang nak jumpa aku, dia datang nak jumpa Atok.

Tapi kan... rupa-rupanya dia memang anak Makcik Esah, jiran sebelah rumah Atok ni! Dia datang tadi nak bagi gulai kawah yang dia beli dekat bazar Ramadhan untuk Atok. Baik sungguh dia kan? Bertuah sungguh siapa-siapa yang dapat dia tu. Atok cakap, dulu dia tu bekerja di Sabah, jadi cikgu, sekarang baru dapat tukar ke sekolah dekat kawasan kampung ni.Haih! Dahlah kacak, baik hati, pendidik anak bangsa pulak tu. Makin cairlah aku dekat dia... Atok beritahu aku lagi, yang nama dia, Akhimullah, orang panggil dia, Akhie...

Himpunan Cerpen Penuh Rasa CintaWhere stories live. Discover now