Di sini, saya ingin merekodkan beberapa pengalaman sebagai kenangan dan rujukan untuk masa depan. Pengembaraan alam ghaib adalah sebahagian dari perjalanan hidup saya yang penuh dengan kejutan dan pembelajaran.
Catatan diari ini sengaja dikekalkan kata diri "Aku" kerana ia adalah dari copy paste dari diari lama saya.
💀💀💀💀💀
Disantau, 23 Disember 2014
Sejak dahulu, aku ada sejarah disantau, membuatkan makhluk halus mudah masuk ke dalam diriku.
💀💀💀💀💀
Melawan Sihir, 14 Ogos 2014
Suatu masa dahulu, aku pernah disihir sehingga hampir kehilangan nyawa. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana sihir itu menunjukkan jalan untuk memperbaiki amalan. Gangguan yang diterima bukan sekadar sakit dan mimpi sahaja, malah aku boleh melihat, mendengar, dan bergaduh secara fizikal dengan mereka. Lebih parah, ia mengganggu ingatan; sering lupa rakaat dalam solat dan cara berwuduk. Pernah beberapa kali, aku mendengar ceramah atau berbual dengan rakan, tetapi suara lain berbicara. Makhluk halus ini mengawal otak dan sarafku, membuatkan aku kadang-kadang melakukan sesuatu tanpa sedar.
Jika dibiarkan, aku mungkin mati atau menjadi gila. Alhamdulillah, Tuhan membuka hijab seketika untuk mendidik aku supaya lebih bergantung kepada-Nya. Kini, hijab itu sudah tiada lagi. Aku diberi petunjuk untuk mengamalkan beberapa surah untuk melawan sihir. Ada suara yang berpesan, "Amalkan surah dan ayat-ayat ini dengan penuh makna, tetapi ingatlah, bukan ayat ini yang menyembuhkan kamu. Allah yang menyembuhkan kamu. Jika kamu bergantung kepada ayat, bukan pada Allah, kamu akan terpesong."
Aku juga diajar untuk berzikir sepanjang masa, umpama mengisi hati dengan kalimah "Lailahaillallah" setiap masa, sama ada sedar atau tidur. Masya-Allah, ini adalah hadiah terbesar bagi orang yang disihir seperti aku. Jika tidak disihir, aku mungkin tidak tahu amalan mulia ini.
Kesimpulannya, bergantunglah pada Allah dan selalu bermanja dengan-Nya. Moga dengan memahat kalimah-kalimah Allah dalam jiwa, kita dilindungi dari maksiat.
💀💀💀💀💀
Berjumpa Hang Tuah, 30 Ogos 2019
Baru-baru ini, sekitar jam 1 pagi, muncul seorang lelaki misteri dalam rumahku. Tua tetapi tegap, auranya seperti pahlawan atau orang yang mempunyai kesedaran tinggi. Matanya tajam, seolah-olah membaca fikiranku. Aku melawan dengan semangat. Merasa terancam, aku bersuara perlahan tetapi berani, "Siapa kau? Apa kau nak?" Bersedia untuk bertarung, jika itu jin jahat, aku yakin Allah akan menolong. Lelaki itu hilang seperti Reverse Flash dari timeline. Situasi berlaku dalam keadaan sedar. Aku masih bingung.
💀💀💀💀💀
Ramainya 'Penghuni' di Rumah Mak Mertua, 19 Disember 2019
Baru-baru ini, aku tidur di rumah mak mertua bersama dua anakku dalam kelambu. Seperti biasa, aku membaca Al-Quran, berzikir, beristighfar, dan berselawat sebelum tidur. Sekitar jam 1-3 pagi, aku terjaga dan melihat ramai manusia berpusu-pusu keluar dari rumah mak mertua. Mereka berpakaian seperti mahu keluar berjalan-jalan, ada dewasa dan kanak-kanak. Mereka berjalan di hadapanku lalu keluar rumah. Aku yakin mereka tidak berniat menakutkan aku. Dalam hati aku berkata, "Lantak koranglah... aku nak tidur. Lagi dua jam nak tahajjud." Tujuan catatan ini adalah untuk merekod sebagai kenangan dan rujukan masa depan.
YOU ARE READING
Catatan Lelaki Bertopeng (Kisah Benar)
RandomCatatan Lelaki Bertopeng adalah perkongsian pengalaman lelaki 40-an yang diambang demensia.