‧͙⁺˚*・༓☾ BAB 2 ☽༓・*˚⁺‧͙

70 13 0
                                    


              IKAN sardin pedas itu dicedok kuahnya ke dalam sudu kecil itu. Haider membuka mulutnya sebelum merasa masakannya. Sedap sehingga menjilat jari. Lantas dia mencedok ikan sardin itu ke dalam mangkuk putih. Sayur kangkung yang digoreng olehnya pula diletakkan di atas meja makan bersama dengan tiga pinggan nasi putih.

Cik Noraini yang baru sahaja selesai menunaikan solat Maghrib itu dengan cepat berjalan menuju ke dapur. Safiya juga turut berjalan mengikuti ibunya dari belakang.

Usai sahaja mereka melabuhkan punggung di atas kerusi itu, Cik Noraini terus menjamu selera. Riak wajahnya yang pada mulanya tenang kini berubah kepada terkejut. Dia dengan cepat memandang anak terunanya itu.

"Shah yang masak?" tanya Cik Noraini sambil memandang tepat ke dalam mata kelabu milik lelaki itu.

Haider yang sedang sibuk menjamu selera itu dengan cepat memandang ibunya. Lantas dia mengangguk kepalanya itu sambil tersenyum bangga.

"Pandainya anak ibu. Boleh dijadikan menantu ni. Kalah masakan ibu" gurau Cik Noraini sebelum tergelak kecil. Ikan sardin pedas itu dicedok lagi. Sedap!

Usai sahaja menjamu selera dan menunaikan solat Isyak, Haider terus menuju ke luar rumah. Dia dengan cepat melabuhkan punggung di atas pondok kecil yang terdapat di dalam kawasan rumahnya. Cat air, kertas lukisan dan juga berus lukisan telah dia sediakan. Tiba-tiba, telefonnya berdering.

"Where are you, son?" tanya seorang lelaki dari panggilan telefon itu.

Haider mengeluh perlahan. Dia meraup wajahnya sebelum berdehem berkali-kali. Nafas ditarik panjang.

"Malaysia. Why?" jawab Haider.

"Oh, Malaysia? Where? And with who?" tanya lelaki yang bersuara garau itu lagi.

"With my friends" bohong Haider.

"Make sure to come back to England this Friday. I have something to discuss with you" pesan lelaki itu sebelum panggilan telefon ditamatkan.

Haider memicit lembut dahinya. Kaca mata bulatnya diperbetulkan sedikit. Memori yang buruk terus menyerang mindanya apabila bercakap dengan ayahnya. Namun, dia harus melupakan semua perkara yang telah berlalu. Ya! Lupakan!

Safiya yang berlari-lari anak ke arahnya terus dia pandang. Sudah dia tahu apa hajat si budak kecil itu apabila dia terus-menerus menayangkan senyuman manis.

"Abang! Lukis muka Fiya! Fiya nak tunjuk dekat kenkawan nanti" suruh Safiya sebelum duduk bersila di hadapannya.

Haider memandang adiknya tidak berkelip. Dia cuba menahan tawa. Terdapat pelbagai jenis berus lukisan dihadapannya. Dia dengan cepat mengambil salah satu daripadanya.

Cik Noraini hanya tersenyum dari jauh. Dia dengan cepat melangkah keluar sebelum berjalan ke arah pondok tersebut. Dia melabuhkan punggung di situ.

"Haih, Shah. Rajinnya" tegur Cik Noraini sambil tersenyum.

Haider dengan cepat memandang ibunya. Safiya yang sudah berjalan masuk ke dalam rumah kerana sudah letih itu dipandang seketika sebelum dia mengalihkan pandangannya kepada ibunya.

"Ibu... Shah nak tanya something ni... Ibu tak nak jumpa daddy ke?" tanya Haider sambil memandang tepat ke arah mata ibunya itu.

"Entahlah, Shah... Kalau ibu jumpa dia pun, mesti dia masih marahkan ibu. Ibu tak nak bergaduh lagi" balas Cik Noraini sebelum mengeluh perlahan.

"Bukan salah ibu... Kenapa daddy nak marah ibu pula? Lagipun, daddy dengan ibu kan masih bergelar sebagai suami isteri" kata Haider.

"Ibu tahu... Ibu jujur yang ibu masih sayangkan daddy kamu... Tapi... Nak buat macam mana... Hm" luah Cik Noraini sambil tersenyum sayu. Tangannya dengan cepat menggenggam tangan anak terunanya itu.

"Esok, tolong ibu niaga, eh? Lepas Shah tolong hantarkan Safiya ke tadika, Shah datanglah. Tolong susun barang-barang pun dah tak apa" suruh Cik Noraini.

Tanpa berfikir panjang, Haider terus mengangguk kepalanya. "Okey ibu"

"Ibu dah nak masuk ni. Nak kupas kulit bawang untuk esok" ujar Cik Noraini sebelum berlalu pergi.

Haider mengangguk faham sekali lagi. Dia memandang bulan yang bersinar terang. Mata kelabunya turut berubah terang warnanya apabila cahaya bulan memancar padanya. Tanpa membuang masa, dia terus melukis lukisan yang disuruh oleh adik perempuannya itu.







               "ABANG! Katak tengah duduk atas beg Fiya!" jerit Safiya sebelum menarik-narik tangan Haider yang sibuk memakai cermin matanya itu.

Haider mengeluh perlahan sebelum mencapai penyapu. Katak tersebut terus dia halau. Beg Safiya diangkat sebelum dia membantu adiknya menyarungkan beg tersebut pada bahunya.

"Fiya bawa beg ni dah kenapa?" tanya Haider sambil bercekak pinggang.

"Fiya bawa bekal nasi lemak hari ni. Jadi, Fiya letaklah dalam beg" balas budak perempuan itu.

"Bapak besar beg kau" sindir Haider sebelum menuruni tangga rumah kayu itu. Safiya terus dia angkat. Enjin motor dihidupkan sebelum dia meninggalkan perkarangan rumahnya itu.

Selepas menghantar adiknya ke tadika yang tidak jauh daripada rumahnya itu, Haider terus menuju ke tempat di mana ibunya berniaga. Motornya diletakkan berhampiran dengan kedai ibunya.

"Ada apa-apa yang ibu nak suruh Shah buat?" tanya Haider sambil menyusun kuih-muih yang berada di dalam bekas.

"Ha, ada. Boleh tak Shah tolong hantarkan kuih-kuih ni. Alamat dah tertulis dekat kertas ni" suruh Cik Noraini sebelum memberikan kertas kecil tersebut.

Haider dengan cepat membaca alamat pada kertas tersebut. Kuih seri muka dan karipap dipandang lama.

"Bukan main banyak. Siapa yang tempah ni, ibu?" tanya Haider tidak percaya. Order kuih-kuih ni macam nak buat dinner dengan seluruh umat manusia di bumi!

Cik Noraini hanya berdiam diri. Dia sibuk dengan menguruskan pelanggan yang hendak membeli kuih-muih dan nasi berlauk.

Tanpa menunggu jawapan daripada ibunya, Haider terus menghidupkan enjin motornya sebelum berlalu pergi dengan perlahan.

Tidak sampai beberapa minit, Haider telah pun sampai ke destinasinya. Rumah tiga tingkat itu dipandang. Beberapa pengawal yang berbadan sasa berjaga di setiap pintu pagar. Haider hanya beriak muka tenang. Dia dengan cepat melangkah ke arah dua orang pengawal yang sedang menjaga pintu pagar yang besar itu.

"Apa tujuan encik ke sini?" tanya salah seorang pengawal tersebut sambil menyekat laluan masuk.

"Saya nak hantarkan pesanan" balas Haider dengan penuh keyakinan.

Selepas mendengar balasan daripada anak muda itu, pengawal itu terus bercakap dengan seseorang melalui mikrofon kecil yang terdapat pada mulut mereka. Tidak sampai satu minit, pintu pagar yang besar itu terbuka luas. Haider dengan cepat menjejakkan kakinya ke dalam.

Pintu rumah itu terbuka. Naurah tersenyum kepadanya.

"Ha, jemput masuk" pelawa Naurah sambil tersenyum lebar.

"Eh, tak apa, puan. Saya cuma nak hantarkan kuih-muih yang puan tempah" balas Haider.

"Tak apa. Meh masuk. Kita makan sama-sama" pelawa Naurah sekali lagi.

Haider teragak-agak. Dia tersenyum kecil kepada wanita itu. Segan juga dirinya apabila diajak masuk oleh seseorang yang langsung dia tidak kenali. Ditambah pula dengan kedudukannya yang lebih tinggi daripadanya.

Haider Akashah: His Bidadari [Completed]Where stories live. Discover now