‧͙⁺˚*・༓☾ Bab 26 ☽༓・*˚⁺‧͙

47 7 0
                                    

              DAHLIA melangkah masuk ke dalam rumah dua tingkat itu. Haih, kemain besar rumah makcik mulut puaka tu. Tapi, tak apa. Rumah suaminya dua kali ganda lebih besar daripada rumah ni!

Tetamu-tetamu yang dijemput sedang sibuk menjamu selera. Suasana juga bising dengan suara-suara yang berbual, ketawa, membawang, mengutuk, mencaci, ah! Semualah!

"Cantiknya awak malam ni" tegur seorang lelaki.

Dahlia memandang si empunya suara. What the sigma?! Mamat ni lagi?

"Kau?"

"Ya, saya. Kenapa? Ingatkan tak kenal dah..." balas Faris sambil tersenyum sinis. Dia melangkah menghampiri wanita itu sebelum tangannya mencapai tangan Dahlia untuk dipegang.

"Apa ni? Lepaslah! Kau jangan berani nak tunjuk belang kau kat sini, eh" marah Dahlia. Tangan Faris ditepis kasar.

"Apa salahnya kalau aku tunjuk dekat kau?" tanya Faris sambil senyuman sinis itu bertakhta pada bibirnya. Megah sungguh makhluk asing di hadapannya ini.

"Shut up. You don't know who's me" marah Dahlia sekali lagi sebelum berlalu pergi untuk mendapatkan Haider. Entah di mana suaminya berada.

Ha! Itu pun!

"Abang. Jom balik" ajak Dahlia sambil mengenggam tangan suaminya dengan eratnya. Dia sudah muak duduk di sini! Nak makan pun tak senang!

Haider mengangguk kepalanya sebelum memimpin tangan isterinya. Dahlia sempat lagi menoleh ke belakang untuk menarik perhatian Faris. Dia sengaja berbuat begitu agar lelaki miang itu mengetahui bahawa dia sudah pun menjadi milik seseorang.

Namun, lain pula yang dilihat olehnya...

'Laki tu anak makcik mulut tak ada lesen?!' jerit Dahlia di dalam hati.

'Patutlah... Dua-dua macam tak betul. Sorang tu kena virus gatal. Sorang tu masih tak buat lesen mulut'

"Lesen mulut? Mulut ada lesen ke? Ada ke virus gatal?" tanya Haider dengan muka yang agak... Keliru.

'Aduh... Dengar pulak dah'

"Mestilah abang dengar. Cakap macam berbisik. Bukan dalam hati. Nak mengumpat tu dalam hati je lah. Mulut tu tak henti-henti gerak. Dah lah gebu!"

"Apa pula dia ni? Ghisau" Dahlia menjelingkan matanya sebelum berjalan mendahului suaminya. Bad mood pula! Mesti sebab piyet!

              

            "CAKAP"

"Werk! Tak nak. Tak olehh"

"Cakap... Kenapa tak makan tadi? Tengok. Duk makan orang punya sushi. Orang tanya, dia kata tak nak. Tak lapar lah. Pastu, orang nak makan apa?" soal Haider bertalu-talu.

Dia sengaja tidak menjamah makanan di rumah Mak Yah kerana ingin menjamah sushi kegemarannya. Namun, niatnya terbantut hanya disebabkan Dahlia yang curi-curi makan semua sushinya.

"Makan pasir" jawab Dahlia selamba.

Pintu restoran sushi dibuka sedikit demi sedikit. Dahlia dengan cepat melangkah masuk dan meninggalkan Haider di belakang.

"Nak apa?"

"Mochi" balas Dahlia.

"Sushi tak nak?"

"Tak nak. Tak sedap"

"Abang beli, sayang jangan makan eh" pesan Haider.

"Tak nak lah! Bukan sedap pun. Mochi lagi sedap!"

Haider Akashah: His Bidadari [Completed]Where stories live. Discover now