CUACA pada hari ini amatlah tidak seperti yang dijangka. Langit gelap, hujan pula turun dengan lebatnya. Di bawah lampu yang bersinar terang, Haider duduk termenung sambil memerhati air hujan yang turun dengan lebat. Jam masih menunjukkan pukul 5 pagi.
Cermin kecil yang berada di hadapannya diambil sebelum dia menilik wajahnya di situ. Parut yang berada di bawah mata dan dahinya itu diperhatikan. Dia mengeluh perlahan.
"I hate all of you," Ujar Haider sambil memandang gambar yang memaparkan seorang remaja perempuan, seorang remaja lelaki dan dua orang lelaki dan perempuan dewasa yang sedang tersenyum. Wanita itu sedang mendukung seorang budak lelaki. Tanpa sedar, dia telah menitiskan air mata.
Haider dengan cepat mengesat air matanya. Dia berdiri dari katil dan mula melangkah keluar dari biliknya. Semasa sedang berjalan dengan senyap, dia mendengar perbualan Zafrel bersama dengan seseorang. Tanpa membuang masa, Haider terus menjenguk di sebalik pintu. Matanya terus terbeliak.
Haider mengundur beberapa langkah ke belakang sebelum berlari meningalkan bilik tersebut. Zafrel yang terdengar bunyi tapak kaki itu hanya menghiraukannya.
Sesampai sahaja di biliknya, Haider terus mengunci pintu biliknya. Dia menekup mulutnya sambil menangis dalam diam
"He's... the cause of all of this happening?" Tanya Haider seorang diri. Dia terus menuju ke katilnya dan mengambil gambar keluarganya. Gambar tersebut dilipat sebelum dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
Haider menjenguk ke luar tingkap. Terdapat beberapa orang pengawal yang sedang menjaga pintu pagar rumah ini. Haider memeriksa pula CCTV. Alangkah bertuahnya dia apabila mendapati bahawa tiada CCTV yang dipasang di sekitar bilik dan di luar biliknya.
Haider dengan perlahan-lahan berjalan ke arah pintu belakang. Dia membukanya perlahan-lahan sebelum menutupnya. Haider dengan cepat memanjat pagar yang tinggi dan melompat keluar. Di belakang terdapat hutan. Tanpa rasa takut, Haider terus berlari ke arah hutan itu dan meninggalkan rumah tersebut tanpa sebarang jejak.
Haider berlari dengan lajunya. Dia tiada arah tuju dan hanya mengikut firasat hatinya. Dia berhenti seketika dan berpaling ke belakang. Rumah tiga tingkat yang mewah itu dipandang buat kali terakhir sebelum dia meneruskan lariannya.
Tanah yang dipijak olehnya mula menjadi liat akibat air hujan yang turun dengan lebat. Dedaunan mulai basah. Haider berhenti pada salah satu pokok besar sambil mengelap mukanya yang basah. Dia sudah basah kuyup.
"Have I chosen the right path?" Tanya Haider terhadap dirinya sendiri. Tanpa berfikir panjang, Haider terus berlari meninggalkan tempat berteduh tadi.
Selepas lama berlari, dia akhirnya menemui jalan keluar dari hutan tersebut. Terdapat sebuah jalan yang sunyi tanpa kenderaan yang lalu lalang. Haider berdiri di tengah jalan sambil melihat keadaan sekeliling. Tiba-tiba, sebuah kereta yang kelihatan mewah menuju ke arahnya. Haider tersenyum kecil dan terus melambai-lambai tangannya.
"Hey! Please help me!" Jeritnya. Kereta itu berhenti tepat di hadapannya dan dua orang lelaki berbaju hitam keluar dari kereta tersebut.
"I am lost. Please take me to..." Penglihatannya tiba-tiba sahaja menjadi kabur. Dua orang lelaki itu dengan cepat memasukkannya ke dalam kereta.
"Done?" Tanya seorang lelaki yang memegang stereng. Apabila lelaki di belakang mengangguk, lelaki itu terus menelefon seseorang.
"Boss, we got him." Ujar lelaki itu.
"Bring him back here" Suruh seorang lagi lelaki melalui panggilan telefon. Panggilan telefon itu ditamatkan dan kereta tersebut mula bergerak laju di atas jalan yang sunyi.
"DAHLIA. Bangun, sayang." Suruh Naurah sambil menggoncang lembut bahu anak perempuan sulungnya.
Dahlia menggeliat sebelum bangun dari tidurnya. Dia menggosok matanya yang langsung tidak gatal itu.
"Pukul berapa dah ni, mama?"
"Dah pukul 7" Jawab Naurah sambil mengemas katil anaknya. Dahlia bangun dari katilnya dan berjalan keluar dari biliknya sambil memeluk anak patungnya.
Dia berjalan terus ke arah bilik Haider dan mengetuk pintu apabila sudah sampai di situ. Apabila tangannya menyentuh pintu tersebut, pintu itu serta merta terbuka.
"Oh, dia tak kunci pintu." Gumam Dahlia sambil melangkah masuk.
Dia memandang persekitaran bilik tersebut dan pada masa yang sama, dia sedang mencari bayang Haider."Hei, budak pendiam." Panggil Dahlia.
"Mana awak?" Apabila tidak mendapat sebarang jawapan, Dahlia mula berasa cemas. Dia memandang sekeliling sebelum terdiam dan mula menangis. Naurah yang mendengar tangisan anaknya itu dengan cepat berlari anak menuju ke arah bilik Haider.
"Dahlia, kenapa ni anak mama?" Tanya Naurah. Dia berlutut di tepi Dahlia agar ketinggiannya sama seperti budak perempuan tersebut. Dahlia terus berpaling ke arah ibunya dan memeluknya dengan erat.
"Why? Tell mama." Suruh Naurah sambil menggosok belakang anaknya bagi tujuan untuk menenangkannya.
"Dia dah pergi. Dia tinggalkan Lia." Jawab Dahlia sambil menangis teresak-esak.
"Siapa yang pergi?" Gumam Naurah sambil memandang keadaan bilik itu. Tiba-tiba, dia sedar daripada lamunannya apabila suara seseorang mula kedengaran di belakangnya.
Zafrel berdiri di muka pintu sambil memandang anaknya yang sedang menangis. Naurah dengan cepat berpaling ke belakang dan berdiri.
"Abang, Harry tak ada dalam ni." Kata Naurah. Zafrel menghembus nafasnya sambil melurut rambutnya ke belakang. Dia menyeluk tangannya di dalam poket seluarnya dan mengeluarkan sticky note.
"Dia tinggalkan benda ni dekat pintu bilik abang." Ujar Zafrel sambil menunjukkan sticky note tersebut. Naurah dengan cepat mengambil kertas tersebut dan membaca apa yang ditulis oleh budak lelaki tersebut.
"Thanks for all of the things you gave to me. I already found my parents and i have to go now. They're waiting for me"
"Kita patut cari dia, abang." Ujar Naurah. Namun, Zafrel hanya menggelengkan kepalanya.
"Dia dah jumpa keluarga dia. Bukan ke kita ambil dia dan akan pulangkan dia kepada keluarganya apabila dia dah jumpa diorang? Kita dah berjanji dengan dia, sayang" Lembut dan tenang sahaja suara Zafrel. Namun, ada sedikit ketegasan di dalamnya. Dahlia yang menangis tadi telahpun senyap.
"Abang pergi dulu. Ada kerja." Kata Zafrel dan terus berlalu pergi.
Naurah memandang tempat di mana Zafrel berdiri sebentar tadi. Dia bagaikan tidak percaya dengan perangai suaminya yang langsung tidak berusaha untuk mencari budak lelaki itu.
"Mama, dia pergi mana?" Tanya Dahlia, memecahkan kesunyian.
"Harry... Dah balik rumah dia. Jangan risau ya. Dah, jangan nangis, sayang." Ujar Naurah dan terus memeluk Dahlia.
Sudah lama dia ingin mempunyai anak lelaki. Namun, impian itu hancur begitu sahaja. Walaupun Haider bukanlah anak kandungnya, dia tetap risau akan keadaan budak lelaki itu. Lagi-lagi apabila dia keseorangan. Naurah berada di tengah-tengah antara percaya atau tidak percaya akan mesej terakhir yang ditinggalkan oleh Haider. Adakah ibu bapa yang telah membuang anak mereka akan mengambil semula anak mereka?

YOU ARE READING
Haider Akashah: His Bidadari [Completed]
Romansa-Spin-off Jangan Hampakan Cintaku TENGKU DAHLIA CARISSA, seorang gadis yang lebih mementingkan kebebasan. Walaupun dilahirkan di dalam keluarga berada, dia langsung tidak tertarik dengan harta dan kekayaan. Baginya, semua itu bukanlah penentu kebaha...