BAB 44

5 4 0
                                    

Beberapa tahun kemudian...

                 CUACA pada hari ini amatlah cerah. Matahari mulai terbit dan menyinari alam. Hari ini ialah hari yang indah bagi serata umat Islam. Takbir raya berkumandang di pelosok bandar.

"Harraz!" Panggil Dahlia sambil menuruni tangga. Dia sedang mencari-cari budak lelaki yang berumur 6 tahun itu.

Tidak sampai beberapa minit, Harraz terus berlari keluar dari bilik mandi sambil memakai tuala mandi yang berwarna biru. Dahlia terus mendukung anaknya dan terus menaiki tangga menuju ke biliknya.

Baju Melayu yang berwarna baby blue itu sudah siap digosok oleh Haider. Dahlia terus memakainya kepada Harraz. Songkok hitam itu sama padan dengan kepalanya.

Dahlia memandang suaminya yang sibuk membutang baju Melayunya. Dahlia tergelak. Lucu betul apabila melihat Haider yang sedang struggle dengan butang tersebut. Dahlia terus menghampiri Haider. Tangannya terus menolong Haider untuk membutangkan baju Melayunya.

"Siap." Ujar Dahlia sambil tersenyum. Haider turut tersenyum... Tetapi senyuman nakal. Wajah Dahlia berubah pelik selepas menyedari bahawa tangan Haider telah merangkul pinggangnya dengan lembut.

"Lepaslah." Suruh Dahlia. Dia tidak boleh membiarkan anaknya melihat semua ini!

"Tak nak." Balas Haider. Dia menundukkan badannya sedikit dan memeluk Dahlia. Kepalanya diletakkan di atas bahu wanita itu. "I miss you... A lot."

Degupan jantung Dahlia bergerak dengan laju. Pipinya mulai merah. Tiba-tiba, Haider melepaskan pelukan tersebut dengan keluhan kecil. Lelaki itu baru sahaja pulang ke tanah air selepas sebulan berkerja di luar negara.

"Abang pergi dulu, ya?" Kata Haider. Dia mengucup dahi Dahlia buat masa yang lama sebelum melepaskannya.

"Hati-hati, abang." Pesan Dahlia.

Harraz masih memandang Dahlia walaupun tangannya telah ditarik keluar oleh Haider. "Bye, bye mama."

Dahlia tersenyum lebar. Dia melambaikan tangannya ke arah Harraz. "Bye, sayang."

Dahlia mengeluh. Dia sebenarnya mahu mengikuti Haider dan Harraz untuk solat sunat hari raya Aidilfitri, namun tidak sangka dia akan datang bulan! Tetapi, tidak mengapa. Dia boleh memasak hidangan untuk dijamu untuk tetamu nanti.

Dahlia terus berjalan ke dapur. Namun, langkahnya terhenti apabila kepalanya berasa sangat pening. Tangan kanan berpaut pada kabinet dapur. Tangan kirinya pula memegang kepalanya yang berdenyut. Bukan ini kali pertama dia mengalaminya, namun sudah banyak kali.

"Eh, Lia. Kau okey ke?" Tanya Qaisara yang baru sahaja sampai. Beg tangannya diletakkan di atas meja dan dia lantas berlari ke arah Dahlia.

"Aku... Okey..." Balas Dahlia. "Cuma pening kepala sikit je."

"Kau dah makan ubat tak? Ubat panadol ke?" Soal Qaisara sambil membantunya duduk di atas kerusi. Dahlia geleng kepala.

"Kau kena jaga tau kesihatan kau. Baru-baru ni, aku tengok kau letih semacam je." Pesan Qaisara sambil menuangkan air kosong ke dalam gelas.

"Aku okey lah, Sara. Entahlah... Setiap pagi, terus sakit kepala." Balas Dahlia. Dia menerima gelas dan ubat yang dihulurkan oleh Qaisara.

Qaisara menggelengkan kepalanya, tanda tidak puas hati dengan kenyataan Dahlia. Dia mengambil tempat duduk di hadapan wanita itu.

"Aku kadang-kadang muntah. Kadang-kadang, mata kabur. Cepat nak marah pun ada." Ujar Dahlia.

"Kau pregnant lah tu." Balas Qaisara sambil tersenyum nakal. Dahlia menjeling ke arahnya dan lantas menggelengkan kepalanya.

"Haih, kau ni... By the way, kau nak aku tolong? Apa yang kau nak masak?" Tanya Qaisara.

"Rendang ayam."

"Okey, kau pergi naik berehat dulu. Biar aku masak." Kata Qaisara sebelum menuju ke dapur. Dahlia berdiam diri sejenak dan dia dengan perlahan-lahan menaiki tangga menuju ke biliknya.

Pintu bilik dibuka. Dahlia melangkah masuk lalu merebahkan punggungnya di atas katil. Tidak sampai beberapa minit, dia akhirnya tertidur.







                   RENDANG ayam dicedok dan diletakkan di dalam mangkuk. Selepas itu, Qaisara memotong lemang dan meletakkannya di dalam pinggang. Telefonnya diletakkan di atas bahu dan kepalanya serta bahunya menghimpit telefon tersebut agar tidak jatuh.

"Cinta dekat mana?" Soal Hans melalui panggilan telefon.

"Dekat... Rumah Dahlia ni." Balas Qaisara.

"Abang kena pergi ke? Dahlia kawan kita ke?" Tanya lelaki itu berkali-kali sehingga membuatkan Qaisara naik geram. Dia dahlah sibuk, banyak tanya pula suaminya ini!

"Ya lah. Kau ingat dekat mana lagi, pakcik oi." Jawab Qaisara dengan geramnya.

"Biadap eh kau, makci-" Qaisara terus menamatkan panggilan tersebut sebelum sempat Hans menghabiskan ayatnya. Senyum jahat terukir di bibirnya apabila dia berjaya mengenakan Hans.

Tiba-tiba, pintu rumah terbuka. Haider melangkah masuk bersama dengan anaknya, Harraz. Qaisara yang sedang menghidangkan hidangan itu tidak menyedari akan keberadaan Haider.

"Sara? Bila sampai?" Soal Haider. Harraz telahpun berlari mendapatkan sate ayam.

"Lama dah. Ni ha, tolong Lia masak rendang. Dia dekat bilik, dia sakit kepala tadi." Kata Qaisara.

"Oh, saya naik kejap, ya." Ujar Haider sebelum menaiki tangga menuju ke biliknya.

Pintu tidak dikunci. Haider perlahan-lahan masuk ke dalam bilik tersebut. Dahlia terlihat sedang tidur dengan nyenyak. Haider terus melabuhkan punggung di samping isterinya. Bahu Dahlia disentuh lembut.

"Sayang?" Panggil Dahlia.

Sebaik sahaja mendengar suara suaminya, Dahlia terus terjaga dan lantas memeluk suaminya itu. "Kepala Lia sakit sangat..." Dahlia mengadu sakit.

Haider terus membelai rambut panjang isterinya itu. "Sayang dah makan ubat?" Tanya Haider dengan lembut. Dahlia angguk.

"Sayang rehat dulu. Kalau sayang tak boleh tahan sakit tu, panggil abang. Mama dengan papa kata nak datang." Ujar Haider. Dahlia hanya mengangguk paksa sebelum kembali dibuai mimpi.
Haider mengambil selimut dan menyelimuti Dahlia. Dahi isterinya dicium.

"Mama, mama." Panggil Harraz yang sedang berlari menuju ke arah katil.

"Shh, mama tengah tidur. Jangan kacau dia, ya. Jom pergi." Kata Haider. Dia mendukung Harraz dan membawanya keluar dari bilik tersebut.

Sebaik sahaja Haider meninggalkan bilik tersebut, Dahlia terus bangun dan mencapai telefonnya. Nombor Zara didail.

"Zara, sambunglah." Pinta Dahlia.

"Aku rasa kau kena check la dekat hospital. Bukan apa. Simptom yang kau cakap tu kan, sama dengan simptom brain tumor." Kata Zara.

Dahlia terdiam seketika. Peluh mula membasahi dahinya. Jantungnya berdegup dengan laju. Apa yang terjadi jika apa yang dikatakan oleh Zara itu betul?

"Kau kena check, Lia. Kalau baru stage 1/2/3, kau masih boleh selamat melalui pembedahan." Sambung Zara. Nadanya berubah risau.

"Ya, nanti aku pergi check." Balas Dahlia sebelum menamatkan panggilan. Dia menyimpan telefonnya sebaik sahaja bunyi tapak kaki seorang menghampiri miliknya.

"Lia?" Naurah membuka pintu. Dahlia buat-buat tidur. Apabila ibunya menghampiri katilnya, Dahlia perlahan-lahan bangun.

"Lia okey tak? Shah cakap yang Lia sakit kepala. Sakit lagi ke?" Tanya Naurah dengan risaunya.

"Dah reda sikit..." Balas Dahlia. Naurah mengangguk kecil. Dahi anaknya itu disentuh. "Lia rehatlah, ya. Nanti dah tak sakit, Lia turun. Kita raya sama-sama."

Dahlia tersenyum kecil dan mengangguk kepalanya.

Haider Akashah: His Bidadari [Completed]Where stories live. Discover now