HAIDER memandang jam tangannya yang sudah menunjukkan pukul 8 malam. Pedal minyak ditekan olehnya. Tidak sampai beberapa minit, dia akhirnya tiba di lokasi yang dituju. Pintu pagar rumahnya terbuka serta-merta.Haider melangkah keluar dari keretanya. Dia berjalan ke arah pintu rumahnya dan memasukkan kod sebelum terbuka. Ruang tamu amatlah sunyi. Selalunya Dahlia akan menyambutnya pulang. Namun, hari ini tidak.
"Sayang? Ibu?"
Apabila langsung tiada jawapan, Haider mulai risau. Dia menuju ke dapur dan melihat ibunya yang sedang tidur di atas kerusi.
"Ya Allah, ibu. Kenapa tak tidur dekat bilik. Nanti sakit belakang kalau tidur macam ni." Ujar Haider. Noraini terus tersedar dari tidurnya. Dia memandang anak lelakinya yang sedang berdiri di hadapannya.
Noraini hanya berdiam diri lalu perlahan-lahan menuju ke biliknya. Haider mengikutinya dari belakang.
"Shah, mak nak sangat jumpa abang kamu." Ujar Noraini.
"Apa yang ibu cakap ni?" Tanya Haider dengan risaunya. Kebelakangan ini, sikap ibunya amatlah berbeza. Dia sering bercakap seorang diri dan ingin berjumpa dengan orang yang sudah lama tiada. "Ibu tidur, ya? Selamat malam, ibu"
Haider mencium dahi ibunya dan kemudian menyalami tangannya. Pintu bilik ditutup dengan perlahan. Haider berjalan menuju ke ruang tamu dan duduk di atas sofa sambil mengeluh.
Dia mengeluarkan telefon pintarnya dan menekan nombor Dahlia yang tertera di skrin. Selepas beberapa minit mencuba, panggilannya masih tidak dijawab.
"Assalamualaikum mama. Maaf sebab ganggu mama. Shah nak tanya, Dahlia ada dengan mama ke sekarang?" Soal Haider.
"Waalaikumussalam. Dahlia tak ada dekat sini. Mama dengan papa tengah duduk dekat dalam mall. Kenapa dengan Dahlia?"
"Dia tak balik rumah ni. Haider rasa dia keluar dengan kawan dia. Tapi tak ada pula bagitau." Balas Haider. "Tak apalah ma. Assalamualaikum."
Haider melurut rambutnya ke belakang sambil mengeluh. Dia menelefon Dahlia semula, namun masih tidak diangkat.
Haider
Assalamualaikum, sayang. Sayang dekat mana? Janganlah buat abang risau.Selepas beberapa minit, mesej tersebut akhirnya dibaca oleh isterinya, namun tidak dibalas.
Dia mula berasa tidak sedap hati. Entah kenapa gerak hatinya mengatakan bahawa dia harus ke biliknya. Tanpa melengahkan masa, Haider terus menaiki tangga menuju ke biliknya.Pintu bilik dibuka. Suasana di dalam amatlah gelap. Haider cuba mencari suis lampu. Namun, dia tiba-tiba berasa sesuatu yang tajam menghiris tapak kakinya. Haider mengendahkannya dan terus mencari suis lampu. Akhirnya lampu bilik tersebut terbuka.
Haider memandang ke bawah. Serpihan kaca bertaburan di lantai. Terdapat bingkai gambarnya bersama dengan Dahlia yang sudah pecah kacanya. Barang-barang pula berterabur di lantai. Haider berjalan menuju ke katil dan melabuhkan punggung di atasnya. Serpihan kaca yang menusuk tapak kakinya dibuang begitu sahaja.
Apa yang dah jadi? Desis Haider di dalam hatinya.
Beberapa keping gambar yang terdapat di atas katil itu mula menarik perhatiannya. Terdapat cincin Dahlia yang diberikan olehnya di atas gambar tersebut.
Haider mengambil cincin dan gambar-gambar tersebut. Riak mukanya mula berubah dan matanya terbeliak. Gambar tersebut adalah gambar semasa dia memarahi Marsya di pejabatnya. Tapi, siapa yang berani menangkap gambar mereka?
"Dahlia...." Haider melurut rambutnya ke belakang. Adakah isterinya telah salah sangka? Gambar-gambar tersebut dikoyak dan dibuang terus oleh Haider.
"Bodoh." Mendengar sahaja suara itu, Haider terus berpaling ke kanannya. Berdiri seorang lelaki yang sama wajah dengannya sambil merenungnya. Namun lelaki itu kelihatan 'jahat'. Terdapat banyak parut di mukanya.
"Kau patut dengar apa yang orang tua kaya tu cakap. Kau patut tamatkan riwayat dia. Kau takkan merana kalau kau ikut cakap dia." Kata lelaki itu.
"Apa yang kau mengarut? She's my wife! Aku tak gila lagi untuk ikut cakap dia." Balas Haider.
"Hidup kau akan meranalah. Kau tengok. Gambar-gambar tu mesti kerja orang tua tu." Ujar lelaki itu sambil menyilangkan tangan.
"Sudahlah. Aku sendiri yang akan pergi cari Dahlia." Kata Haider. Dia terus berjalan keluar dari bilik tersebut. Lelaki yang menyerupainya itu tersengih.
"I hope you find her... Soon."
Haider menghidupkan enjin keretanya dan terus menekan pedal minyak. Dia tidak tahu di mana keberadaan Dahlia. Dia juga tidak tahu bagaimana keadaan wanita itu. Rasa risau mulai menghantui hatinya.
Selepas beberapa minit, dia akhirnya tiba di tempat yang ditujui olehnya. Keretanya memasuki perkarangan rumah Max dan Qaireen.
Haider memberanikan dirinya. Pintu diketuk berserta dengan salam. Tidak lama kemudian, Qaisara yang muncul.
"Oh, Shah." Qaisara memandang muka lelaki itu yang kelihatan sangat resah. Tiba-tiba, Qaireen muncul di belakang Qaisara. Haider menarik nafasnya sedalam-dalamnya.
"Puan, Sara. Boleh saya masuk?" Tanya Haider. Kedua-dua perempuan itu terus mengangguk dan membenarkannya.
DAMIA berjalan ke arah ruang tamu sambil membawa dua cawan hot chocolate. Dia menghulurkan salah satu cawan tersebut kepada Dahlia yang sedang duduk di atas sofa. Damia pun melabuhkan punggungnya di atas sofa berhadapan dengan Dahlia.
"Mana Uncle Daniel?" Tanya Dahlia.
"Papa keluar dengan tunang akak. Ada dinner dengan keluarga tunang akak." Balas Damia.
"Akak tak ikut?"
"Tak. Akak tak sihat."
Selepas perbualan yang singkat itu, suasana bertukar hening. Masing-masing tidak tahu apa yang harus dibualkan.
"So, Lia. Why you're here? You have any problems?" Soal Damia. Dahlia memandang ke bawah sambil menarik nafas panjang. Jawapan untuk soalan tersebut amatlah menyakitkan. Namun, Dahlia lantas mengangguk sambil memandang tepat ke dalam mata Damia.
"Lia sendiri pun tak tahu macam mana cerita. But, I found out about... Haider was cheated on me." Ujar Dahlia. Riak muka Damia yang tampak senang itu terus berubah pelik. Cawan yang dipegang Damia itu terus diletakkan di atas meja.
"Apa? Betul ke ni? Lia tak main-main, kan?" Tanya Damia bertalu-talu. Dahlia hanya tersenyum kelat.
"Susah kan nak percaya? Macam tu lah reaksi Lia bila dapat tahu." Balas Dahlia.
"You know, Haider looks like a nice person. Dia nampak macam orang yang baik. Innocent. Takkan dia buat semua tu? Lia tersalah anggap ni."
"Tersalah anggap? Bukti dah ada. Lia nampak dengan mata Lia sendiri. Lia nampak dia dengan perempuan lain." Balas Dahlia. Dia cuba menahan air mata yang mulai penuh.
Damia menghela nafas dengan beratnya. Dahlia pun tidak tahu apa yang harus dilakukan. Apatah lagi dia. Kenyataan ini amat susah untuk dipercaya.
"Apa kata Lia balik dulu dan bincang elok-elok tentang perkara ni." Cadang Damia.
"No... I don't want." Balas Dahlia. Dia mendongak memandang Damia di hadapannya. "Boleh Lia duduk dekat sini sementara?"
Damia memandang lama ke arah wanita itu. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan, membenarkan ataupun tidak. Namun, apabila melihat mata Dahlia mulai berkaca, dia terus bangun dari tempat duduknya dan terus memeluk Dahlia dengan eratnya. Dahlia membalas pelukan itu sambil menangis teresak-esak.
"Yes, you may." Ujar Damia sambil mengusap lembut rambut Dahlia.

YOU ARE READING
Haider Akashah: His Bidadari [Completed]
Romance-Spin-off Jangan Hampakan Cintaku TENGKU DAHLIA CARISSA, seorang gadis yang lebih mementingkan kebebasan. Walaupun dilahirkan di dalam keluarga berada, dia langsung tidak tertarik dengan harta dan kekayaan. Baginya, semua itu bukanlah penentu kebaha...