‧͙⁺˚*・༓☾ BAB 7 ☽༓・*˚⁺‧͙

43 9 0
                                    


                 DAHLIA dan Zara bergelak ketawa. Mereka menjelajahi seluruh kawasan bandar yang besar ini. Skuter yang berwarna pastel yellow milik Zara itu bergerak laju di atas jalan raya yang luas itu. Sudah beberapa tahun Dahlia melanjutkan pelajarannya di sini. Namun, tidak semua tempat dia sudah jelajahi. Dan, mungkin hari inilah masa yang sesuai untuk berjalan-jalan.

Skuter milik Zara berhenti pada sebuah kafe yang bertemakan konsep taman bunga yang indah. Kafe tersebut juga tenang dengan pelbagai jenis bunga yang mempunyai warna dan keunikannya yang tersendiri.

"Fuh... Lapar siot" ujar Zara sebelum melangkah masuk ke dalam kafe tersebut. Dahlia ditinggalkan di belakang.

"What do you like to order?" tanya seorang wanita yang merupakan pelayan restoran.

"One cup of latte, please" balas Dahlia sebelum memandang ke arah Zara yang masih belum memesan makanan yang dikehendaki olehnya.

"Um... Aaa... Chicken... Nasi kerabu ada tak?" tanya Zara dengan tergagap-gagap. Zara memang pemalu orangnya.

"Nasi... Kerabu? Oh... We does not serve Nasi Kerabu. But, we have Nasi Lemak. Would you like to try it?" tanya pelayan tersebut.

"Just give me... Emm... Salad Chicken" balas Zara.

"Oh, you mean, Chicken Salad? Sure! Please wait for a moment" suruh pelayan tersebut sebelum berlalu pergi.

Dahlia memandang kawannya yang masih tergagap-gagap dan berdebar itu. Tawa terlepas dari mulutnya. Zara terus berpaling untuk memandang kawan baiknya itu. Bahu Dahlia dicubit.

"Aduh! Sakitlah!" jerit Dahlia sebelum menampar lembut bahu Zara pula.

Selepas mengisi perut di kafe tersebut, tiba masanya untuk meninggalkan tempat itu. Zara dengan cepat melangkah keluar dari kafe tersebut selepas menyelesaikan pembayaran. Helmetnya dipakai. Dia memandang ke kiri dan ke kanan. Mana gadis tulip itu?

"Tunggu aku, Ra!" jerit Dahlia sambil berlari-lari anak ke arahnya. Jambangan bunga tulip yang besar itu dipegang olehnya.

"Jantan mana bagi?" tanya Zara.

"Mana ada orang bagi! Aku beli dekat kafe tu, ha!" jawab Dahlia dengan geramnya. Dia berjalan ke arah Zara sebelum berhenti di hadapannya. Helmet itik itu dipakai oleh Zara, kepadanya.

Skuter Zara memecut laju di atas jalan raya tersebut. Dahlia mengetap bibirnya dengan geramnya. Laju nak mampus!

"Slow-slow lah, Zara! Aku tak nak kembali ke rahmatullah lagi!" teriak Dahlia dengan kuatnya. Orang-orang di sekitar pejalan kaki itu terus memandang mereka dengan pandangan yang hairan.

Skuter Zara berhenti pula di tempat letak kenderaan yang disedia khas. Di hadapannya terdapat sebuah tasik yang luas dan jernih airnya. Selama dia menuntut di sini, dia tidak pernah pula mengetahui bahawa terdapat tasik di sini.

Zara dengan cepat menarik tangan Dahlia ke arah tasik tersebut. Burung-burung yang ada di sekitar mereka dengan cepat terbang jauh.

Dahlia dengan cepat mengeluarkan kameranya daripada beg tangannya. Gambar mereka berdua diambil. Tasik yang indah itu diambil pula gambarnya.

"Eh? Mana... Zar-" Dahlia dengan cepat berlari ke arah Zara yang sedang bercakap dengan seseorang. Inilah kesan jika terlalu ralit dengan kamera!

"Are you a painter?" tanya Zara sambil memandang seorang lelaki yang berkaca mata bulat.

"Yes, I am" balas lelaki itu pula.

"So, can you draw my mom and dad face? How long it takes to draw this?" tanya Zara sambil menunjukkan gambar ibu dan ayahnya.

Haider Akashah: His Bidadari [Completed]Where stories live. Discover now