‧͙⁺˚*・༓☾ Bab 17 ☽༓・*˚⁺‧͙

26 7 0
                                    


                "ASAL kau claim aku sebagai isteri kau? Bodoh ke ape kau ni?" tanya Qaisara sebelum menjelingkan anak matanya ke arah Hans. Ada hati nak claim dia sebagai isteri?!

"Eh. Kau nak ke dia sentuh kau. Aku tahu yang dia ada niat yang tak baik. Tengok muka pun dah tahu" balas Hans pula. Kapas dan ubat gamat diletakkan semula di dalam peti kecemasan.

"Ekeleh. Bukan aku tak tahu yang kau tu sebenarnya jealous. Kan, kan?" tanya Qaisara beberapa kali.

"Ha! Memang pun. Memang aku cemburu. Aku dah suka kau selama tiga tahun tau! Kau ingat senang ke nak pendam perasaan lama-lama? Aku teringin sangat nak kahwin dengan kau selepas kau habis exam SPM. Tapi itulah. Kau tu degil. Asyik nak cari gaduh dengan aku. Susah lah macam ni" luah Hans.

Qaisara sudah terkedu. Jadi benarlah tekaan dia selama ini. Hans memang menyukainya? Ni mimpi kan?

"A... Aku tak... A... Aku..." Gagap Hans apabila semua orang memandangnya. Qayyum dan Dahlia yang sedang menyusun barang-barang mereka itu sudah tersenyum.

"Kita lah yang single lagi ni" usik Dahlia sebelum tergelak.

"Bodoh! Pergi mampus lah!" teriak Qaisara dengan muka yang sudah memerah. Senduk kayu dibaling ke arah Hans.

"Nak masak apa ni, bang?" tanya Dahlia terhadap Qayyum. Semua perserta sudah mula menyiapkan menu mereka pada hari ini. Kecuali mereka dan... Dua ketul manusia yang sedang bergaduh di tepi air terjun.

"Masak aje apa-apa. Asalkan boleh dimakan" balas Qayyum dengan selambanya.

"Memang lah aku nak masak yang boleh dimakan. Takkan lah aku nak masak batu"

"Betul juga" balas Qayyum.

Dahlia mengeluh perlahan. Payah juga nak bercakap dengan bakal ustaz ni.

"Buat ayam masak kicap lah. Tapi aku tak pandai nak buat" beritahu Dahlia.

"Tak apa. Biar aku yang buat. Kau pergi lah potong sayur-sayur tu" balas Qayyum sebelum mengambil senduk daripada tangan Dahlia.

Dahlia hanya mengangguk. Beberapa potong serai, dan juga bawang merah serta bawang putih diambil. Qaisara yang sudah lama berdiam diri itu terus menghampiri Hans yang sedang memasak nasi.

"Qay, ni dah siap. Aku pergi healing dulu, eh?" ujar Dahlia dengan senyuman yang menyampah.

"Ha. Pergilah" balas Qayyum yang sedang memasukkan ayam yang sudah dipotong dadu.

Dahlia berjalan ke arah batu yang terdapat di tepi kawasan air terjun. Dia melabuhkan punggung di situ.

Click!

'Send dekat Zaralah! Rindunya!' getus Dahlia di dalam hatinya.

Ikon WhatsApp ditekan. Nombor Zara dicari-cari. Namun, tindakannya terhenti seketika. Ibu jarinya terhenti di salah satu nombor kenalannya. Pelukis Jalanan (Haider).

Lantas dia menekan nombor tersebut. Perbualan mereka yang terakhir adalah pada dua tahun yang lepas. Raut muka Dahlia berubah sayu. Rindunya dia terhadap lelaki itu.

'Kau benci dia, Dahlia. Kau dah move on dari dia. Dia tu penipu. Stop rindu dekat dia' getus Dahlia.

Dahlia

Terima kasih sebab dah luangkan banyak masa dengan saya dua tahun lepas. Terima kasih sekali lagi... Assalamualaikum.

Butang send terus ditekan. Entah kenapa matanya mula berair.

"Akak! Jomlah makan. Dah siap ni!" panggil Qaisara yang sedang duduk bersila di atas tikar mengkuang.

Dahlia terus mengesat air matanya dalam diam. Dia dengan cepat tersenyum sebelum berjalan menghampiri kawan baiknya.

"Erm! Sedapnya!" puji Dahlia.

Qayyum memandang ke arah Dahlia yang tersenyum. Dia tahu bahawa senyuman itu hanyalah palsu. Bukan dia tidak nampak yang gadis itu telah menitiskan air mata sebentar tadi.










                SEDAR tak sedar, sudah 3 hari mereka berada di Program Jelajah Hutan. Hari ini merupakan hari untuk bertolak balik ke rumah semula.

"Akhirnya dah boleh balik! Boleh bebas daripada natang tak guna tu" jerit Hans sepuas hati. Beg bajunya dilambung begitu sahaja ke dalam bonet kereta. Dia tersenyum lega sebelum berpaling ke belakang untuk mengambil barang-barangnya yang masih tersisa.

"Awak dah nak balik?" tanya Fakhri.

"Ya, saya nak balik dah. Best juga program ni. Dapat jumpa banyak tumbuhan dan binatang yang pelik-pelik" balas Qaisara sebelum tersenyum manis ke arah Fakhri.

"Cantik betul senyuman awak" puji Fakhri.

"Iya ke? Terima kasih banyak-banyak. Kembang hidung"

"Alah, memang cantik. Cantik macam si empunya senyuman"

"Awak pun apa kurangnya? Hensem juga" puji Qaisara pula.

Hans mengetap bibirnya. Penumbuknya digempal dengan kuat.

"Boleh tak saya nak nom-"

"Nombor kepala atuk kau!" marah Hans. Muka Fakhri ditumbuk.

Dahlia, Qayyum, Qaisara dan beberapa orang lagi yang masih tersisa telah pun bernganga mulut. Apa ni?! WWE ke?

"Hoi an-! Kau ni memang tak, guna, kan? Asal kau gatal sangat, hah? Dia tu isteri aku! Bukan kemain kau puji, eh? Siap nak minta nombor bagai! Kau jangan sampai aku sepak muka kau, bersepah dekat sini kang! Ni last warning, eh krok krok. Kalau kau minta nombor dia, rapat-rapat dengan dia lagi, aku harap kau berubah jadi krok krok!" marah Hans sebelum melepaskan tumbukan terakhir.

"Maaf... Sa... Saya lupa" balas Fakhri.

"Lupa, lupa! Banyak lah kau punya alasan! Kau dah jadi datuk ke hah? Muka dah lah mengalahkan krok krok! Aku dah banyak kali warning kau. Jangan sampai aku hantar kau dekat wad khas untuk orang gila. Jantan jenis apalah macam ni!" marah Hans sebelum mengacah untuk menyiku Fakhri.

"Hang memang fakh!" jerit Hans sebelum menunjukkan jari tengah. Dia terus melangkah masuk ke dalam perut kereta. Dahlia, Qayyum dan Qaisara hanya menuruti.

"Asal eh? Kenapa dengan kau? Sikit-sikit nak claim aku as your wife! Apa kejadah?" tanya Qaisara yang masih tidak berpuas hati.

"Lantak aku lah. Jantan tu yang gatal sangat!" balas Hans.

"Gatal apanya? Dia minta nombor aje kan? Bukan dia suruh aku pergi rumah dia berdua-duaan!" balas Qaisara pula.

"Eh!"

"Ha, apa? Dah terbukti yang kau salah. Ada hati nak pukul anak orang. Kau ni kan! Ey!" marah Qaisara.

"Dah! Cukup!" jerit Dahlia sebelum bercekak pinggang.

"Tak lama lagi, aku kahwinkan korang berdua!" tambah Dahlia lagi.

"Eee! Tak nak lah dengan setan ni!" jerit Qaisara dan Hans serentak.

Haider Akashah: His Bidadari [Completed]Where stories live. Discover now