ALEEYA keluar dari restoran bersama Farid. Kebetulan malam ini Farid berbaik hati mahu memboncengnya pulang. Farid yang usianya tiga tahun dibawahnya itu memang baik. Satu-satunya yang ramah dan tak mengambil kesempatan ditempat kerja ini cuma Farid seorang saja.
Aleeya juga tidak rapat dengan sesiapa disini. Mungkin hanya Farid seorang saja yang sedikit rapat dengannya.
Ketika dia mahu naik keatas motosikal dibelakang Farid, sebuah lampu kereta membias ketubuh mereka. Berpaling, dahinya terus berkerut dua.
Farid juga ikut berpaling. Mungkin hairan sama seperti dia juga. Ya lah, kereta mewah siapa yang nak parkir disini. Ini juga kawasan tempat pekerja restoran meletakkan kenderaan-kenderaan mereka.
Lampu kereta itu tak pula mati. Membuat tanda tanya besar dibenak mereka siapa sebenarnya gerangan pemilik kereta itu. Jika pekerja, mana mungkin. Tiada pekerja dengan gaji seciput dapat memakai kereta secanggih ini.
"Farid tunggu kejap. Biar Akak pergi tanya tuan kereta tu. Dia nak apa tiba-tiba berhenti belakang kita ni."
Farid mengangguk. Aleeya bergerak ketepi jendela kereta. Dia ketuk cermin yang tertutup rapat itu perlahan. Takut juga tercalar kereta orang. Harganya pasti takkan mampu untuk dia bayar. Dua saat kemudian, cermin itu turun dengan sendiri.
Terkesima. Aleeya cuba tidak terkejut melihat lelaki yang ditemuinya petang tadi adalah pemilik kereta ini. Teringat kata-kata Adrian tadi yang mengatakan akan menunggunya pulang. Dia kira Adrian sekadar bercakap kosong saja. Tidak sangka pula Adrian memang benar-benar menunggu dia pulang.
"Doktor tak balik lagi?"
Adrian turunkan kaca mata hitam yang dia pakai.
Aleeya memuji didalam hati. Kacak betul doktor muda ini. Tapi sayang sudah jadi milik orang. Dia tak mampu berangan nak memiliki insan Tuhan yang ini. Cukup sempurna kalau dibandingkan dengan dia.
"Saya tunggu awak balik." Tatapan Adrian beralih kedepan. Pada seorang lelaki yang sedang berada diatas motosikal.
Tadi dia lihat Aleeya keluar bersama lelaki itu. Dia juga nampak Aleeya mahu naik motosikal itu. Dalam diam dia tertanya-tanya tentang hubungan keduanya.
"Siapa tu?"
"Kawan saya."
Adrian hela keluh lega. Entah mengapa dia memang mengharapkan sangat Aleeya tiada apa-apa hubungan istimewa dengan lelaki itu.
"Masuklah. Saya hantar awak balik kerumah."
Terkebil-kebil. Aleeya pandang Farid yang masih tak berganjak. Pemuda itu masih setia menunggunya diatas motosikal.
"Saya dah janji dengan kawan saya. Hari ini dia nak bonceng saya balik."
Jawapan Aleeya sedikit mengecewakan Adrian. Baru hari ini dia jumpa Aleeya setelah dua tahun mereka tak pernah berjumpa. Kalau boleh dia mahu menjalin hubungan baik dengan Aleeya seperti dulu. Saat Aleeya masih jadi pesakitnya.
"Kalau macam tu saya pergi dulu doktor. Doktor pun baliklah." Dari dulu Aleeya selalu gugup bila bercakap dengan lelaki ini. Sejak Adrian merawatnya, dia bukan tak tahu hatinya sudah terpaut dengan kebaikan Adrian.
Tapi bila dia sedar Adrian sudah ada insan yang dicintai, tak patut dia simpan perasaan pada lelaki hebat ini.
"Aleeya.." Pintu kereta dikuak. Adrian berlari mengejar langkah kaki Aleeya yang baru beberapa tapak kedepan. Lengan Aleeya juga disambar lembut.
Saat Aleeya berpaling. Adrian jadi kaku. Dia lepaskan lengan Aleeya kerana nampak raut perempuan itu yang tidak selesa.
"Doktor ada nak cakap apa-apa lagi dengan saya?"
YOU ARE READING
Poor Wife.. Hilman Adrian
RomanceDidesak terus-menerus agar berkahwin kerana usianya yang makin menua, hendak tidak hendak Hilman Adrian terpaksa melamar kekasih hati, Nurine Afiya agar sang Mami tidak lagi mencarikannya jodoh. Dia yang sudah serik disodorkan satu demi satu gambar...