ADRIAN tolak kasar rambut yang menjuntai didahi. Baru usai mandi, rambut pun masih basah. Tapi Mami sudah terpacak depan biliknya. Tak payah ditanya tujuannya apa. Dia sudah tahu kedatangan Mami untuk apa. Lagi-lagi bila dia nampak beberapa keping gambar 4R yang beberapa bulan ini selalu ditunjukkan Mami padanya.
Sudah tentu gambar yang berbeza-beza. Gambar perempuan. Cantik dan berpenampilan elok mata memandang. Mami tak bosan-bosan mencarikan dia calon isteri. Berpuluh-puluh kali ditolak, berpuluh-puluh kali juga Mami tak pernah tunjukkan sifat menyerah kalah.
Dia sendiri naik muak melihat gambar-gambar perempuan yang berbeza-beza itu.
"Ian tengok ni. Mami yakin kali ni Ian takkan tolak lagi. Mami dah select siap-siap sebelum tunjukkan dekat Ian."
Mami dengan yakin susun satu demi satu gambar yang dibawanya bersama diatas katil.
"Cantik kan? Yang first ni anak kawan Mami. Dia baru saja habis PhD dekat Cambridge. Namanya Elsa. Yang kedua ni pun anak kawan Mami juga. Yang ni dah kerja. Nama dia Farahanim. Sopan budaknya ni. Yang ketiga ni.."
"Ian taknak Mi." Potong Adrian. Beberapa keping gambar yang masih belum diterangkan oleh Mami ditolak ke tepi. Dia duduk di pinggir katil. Penat kalau setiap hari ada saja yang Mami mahu kenalkan pada dia.
Semuanya cantik-cantik belaka. Ada kerjaya dan berpendidikan tinggi. Masalahnya hanya ada pada dia. Dia yang tak berkenan. Nak dipaksa hati sendiri pun susah.
"Mami cari anak raja pun kalau Ian taknak Ian tetap taknak Mi.."
Mami mengeluh. Gambar yang berusaha dia dapatkan dari teman-temannya tiada satu pun yang menarik hati si anak sulung. Adrian seolah tiada keinginan nak bernikah. Bimbang juga hati tua nya. Makin hari umur Adrian makin dimakan usia. Isteri tak ada. Anak lagilah tak mungkin ada.
"Mami tanya Ian nak isteri yang macam mana Ian cuma cakap yang elok mata memandang. Bila Mami dah cari yang elok mata memandang, Ian pula tak berkenan. Cubalah berkenalan dulu. Mana tahu boleh masuk dengan Ian."
"Nanti Ian cari sendiri. Mami tak payah carikan Ian calon isteri lagi."
"Dah hampir dua tahun Ian cakap Ian nak cari sendiri. Jumpanya tak juga. Asyik cari-cari. Kucing tumbuh tanduk pun Ian takkan kahwin kalau macam ni."
Adrian tidak ingat rupanya sudah dua tahun dia tunda nak kahwin. Patutlah Mami bising semenjak dua menjak ini.
"Ian nak cari isteri. Ian kena pilih betul-betul. Mami sabarlah sikit lagi."
Hubungannya dengan Nurine masih difasa tak tahu kemana. Memang hubungan Nurine dengan adiknya sudah lama terpisah. Seharusnya senang saja dia ajak Nurine kahwin. Tapi Nurine seolah sengaja main tarik tali dengannya.
Nak ajak kahwin bukan main susah. Dia yang dikejar Mami untuk beristeri ini yang mengalami jalan buntu.
"Dah lama Mami bersabar dengan Ian. Sabar Mami ni ada hadnya juga. Jangan sampai Mami pilih saja mana-mana anak kawan Mami kahwin dengan Ian. Masa tu jangan harap Ian dapat tolak macam ni lagi."
"Sabar sekejap aje Mi. Ian mesti akan kahwin juga."
Mami bangkit. Ditinggalkan Adrian terkulat-kulat seorang diri melihat perangai Maminya yang nampak merajuk itu.
Adrian rebahkan tubuh atas katil. Dia baringkan badan memandang langit-langit kamar. Beberapa kali dia tarik dan hela keluh. Perasaannya usah dicakap. Berkecamuk memikirkan hubungannya dengan Nurine.
Mungkin esok dia patut cuba melamar Nurine lagi. Mana tahu kekasihnya itu mahu berkahwin dengannya.
Ya, Esok dia akan melamar Nurine.
YOU ARE READING
Poor Wife.. Hilman Adrian
RomanceDidesak terus-menerus agar berkahwin kerana usianya yang makin menua, hendak tidak hendak Hilman Adrian terpaksa melamar kekasih hati, Nurine Afiya agar sang Mami tidak lagi mencarikannya jodoh. Dia yang sudah serik disodorkan satu demi satu gambar...