SUDAH masuk sebulan Adrian jadi pemandu tak berbayar Aleeya. Setiap kali Aleeya balik kerja dia yang akan menjemput. Rutin itu tak pernah sehari pun dia lupa.
Sepanjang sebulan itu, hubungannya dengan Aleeya semakin rapat. Adrian juga dapat rasa ada perasaan yang berbeza saat dia bersama Aleeya dulu dan Aleeya sekarang.
Bukan saja hubungannya dengan Aleeya yang baik. Hubungannya dengan Alina dan Alif juga semakin mesra.
Kebetulan hari ini dia cuti. Selalunya hari cuti begini dia tidak pernah memikirkan sesiapa selain Nurine. Tapi semenjak dia bertemu Aleeya, fikirannya selalu beralih pada perempuan itu. Mahu tidur pun kadang-kala terbayang wajah Aleeya.
Angau ke dia?
Mana mungkin dia angaukan Aleeya. Hati dia sudah berpunya. Aleeya juga bukan perempuan yang boleh dia jadikan isteri. Selama sebulan ini dia cuma kasihankan Aleeya saja. Melihat keadaan hidup Aleeya yang menyedihkan itu, sedikit sebanyak dia yang mudah kasihan ini mahu membantu bekas pesakitnya itu.
Dari jauh dia sudah nampak bayang Aleeya yang berada diluar rumah sedang bercakap dengan dua orang wanita berusia. Dahi naik berkerut.
Adrian perlahankan kereta kerana dia lihat ada yang tidak kena dengan Aleeya. Wajah Aleeya menunduk. Manakala salah seorang dari dua wanita itu menuding-nuding sembari melemparkan perkataan yang tak mampu dia dengar.
Apahal pula ni? Dengusnya dalam hati.
Kenderaan beroda empat itu berhenti tak jauh dari tiga manusia itu. Sebaik saja mematikan enjin kereta, Adrian bergegas turun dari keretanya. Laju kaki diatur kearah Aleeya.
"Kenapa ni?" Diaju pertanyaan pada Aleeya yang baru perasan kehadirannya. Adrian berdiri disebelah Aleeya, berhadapan dengan dua wanita yang sudah berusia itu.
"Hah, betul kan apa yang saya cakap tadi?! Lelaki inilah yang selalu keluar masuk rumah si Aleeya ni. Tak peduli siang atau malam. Asyik bertamu saja dekat sini. Jiran-jiran pula yang jadi saksi. Entah apa yang mereka berdua buat dalam tu. Kita ni manalah nak tahu."
Salah seorang dari wanita itu berkata sambil menuding pada Adrian pula. Tadi wanita ini jugalah yang dia lihat menuding Aleeya.
"Itulah. Dah alang-alang dua-dua pun dah ada dekat sini. Kita terus tanya mereka saja."
"Tak payah tanya Kak Yah. Mana mereka nak mengaku kalau kita ni tanya."
"Kita tanya dulu. Nanti jatuh fitnah pula kalau kita main tuduh melulu."
Perempuan itu merengus sambil melipat tangan, berpeluk tubuh dengan gaya angkuh.
"Kak Yah nak tanya Kak Yah tanyalah. Saya ni memang tak percaya mereka tak buat apa-apa dalam rumah tu. Sejarah hidup budak Aleeya ni pun kita dah tahu. Bekas penagih. Pula tu pernah ada ura-ura jadi pelacur. Saya memang takkan percaya Kak Yah!"
Wajah Aleeya yang menunduk kian tunduk. Dia kepal tangan mendengar tutur kata salah seorang jiran dikawasan perumahan ini.
Pagi-pagi lagi dia sudah diserang dua wanita ini. Aleeya kenal mereka. Satu dia gelar Kak Yah. Satu lagi Kak Emma. Rumah mereka selang beberapa buah rumah saja dari rumahnya.
Kedatangan mereka kesini memeranjatkan Aleeya. Tiba-tiba saja Kak Emma, wanita yang lebih muda beberapa tahun dari Kak Yah menyerangnya dengan kata-kata tak molek. Dia dituduh berzina kerana selalu membawa lelaki masuk kedalam rumahnya.
Memang salahnya kerana tidak peka. Sepatutnya didalam kawasan yang padat dengan rumah ini, dia harusnya fikir dahulu sebelum membenarkan Adrian bertamu kerumahnya.
Tidak pasal-pasal Adrian juga mendapat malu. Nama baik lelaki ini juga tercemar dimata orang-orang disini.
"Maaf mencelah. Saya memang tak tahu apa yang dah berlaku. Tapi Puan tak patut cakap macam tu pada Aleeya." Adrian kerling tajam perempuan didepannya. Kata-kata perempuan itu boleh menyakiti hati Aleeya. Dan dia tidak suka sesiapa saja menyakiti hati Aleeya.
YOU ARE READING
Poor Wife.. Hilman Adrian
RomanceDidesak terus-menerus agar berkahwin kerana usianya yang makin menua, hendak tidak hendak Hilman Adrian terpaksa melamar kekasih hati, Nurine Afiya agar sang Mami tidak lagi mencarikannya jodoh. Dia yang sudah serik disodorkan satu demi satu gambar...