Poor wife.. HILMAN ADRIAN 4

264 20 2
                                    

“KAK Leeya dah balik! Kak Leeya dah balik!”

Laungan dua kanak-kanak berusia lapan hingga dua belas tahun nyaring terdengar. Dua kanak-kanak lelaki dan perempuan itu melompat-lompat bila Aleeya turun dari sebuah kereta lalu berjalan kearah mereka.

Wajah penat Aleeya langsung mengukir senyum melihat keletah dua beradik yang dia tinggalkan seharian ini.

Dua-duanya sudah wangi bila Aleeya cium. Bermakna mereka sudah mandi. Kurang kerjanya sekejap lagi bila Alina dan Alif tak buat perangai mengada-ngada taknak mandi malam ini. Tak selalu juga mereka berdua baik begini. Agaknya mereka sudah tahu ada tetamu yang bakal singgah.

“Alif lapar..” Adu Alif sebaik saja Aleeya bangkit berdiri seusai mencium kanak-kanak lelaki itu.

Aduan ini setiap malam akan terbit dari bibir mungil Alif. Pantang melihat dia balik bekerja, Alif pasti akan mengadu lapar.

“Kak Alin dah panaskan lauk yang Kak Leeya tinggalkan pagi tadi. Alif kan selalu mengada-ngada kalau Kak Leeya dah balik.” Giliran Alina pula mengadu pada Aleeya.

“Nanti Kak Leeya masak. Kak Alin dengan Alif pergi salam tangan Abang Hilman dulu.”

Hampir saja Aleeya melupakan Adrian yang mengekorinya turun tadi. Gara-gara Alif dan Alina, dia jadi tak ingat dengan lelaki itu.

Kedua beradik itu tanpa banyak cakap terus saja menghulurkan tangan mereka pada Adrian. Alina yang tidak banyak cakap itu hanya memandang. Sementara Alif yang mulutnya selalu bercakap itu mula bertanya.

“Siapa ni Kak Leeya?”

“Abang Hilman, kawan Kak Leeya.” Bukan Aleeya yang menyahut tapi Adrian. Dia duduk mencangkung, biar sama tinggi dengan budak lelaki yang bertanya itu.

“Budak comel ni nama siapa?” Adrian usap ubun-ubun kepala kanak-kanak itu sembari bertanya. Dia senyum, membuat kanak-kanak itu turut tersenyum sama sepertinya.

“Alif.”

“Kalau yang cantik ni?” Adrian panggung kepala. Merenung seorang lagi kanak-kanak perempuan yang nampak ketus dari si adik.

“Kak Alin.” Walau ketus soalan Adrian tetap dia balas.

Adrian angguk. Dia bangkit, beralih melihat kepada Aleeya pula.

“Adik-adik awak?”

Melihat dari raut wajah, Adrian agak ragu dua kanak-kanak itu adik-adik Aleeya. Dibandingkan dengan Aleeya, kulit dua kanak-kanak itu lebih cerah.

“Ini anak saudara saya. Mak Ayah diorang dah tak ada lima bulan lepas. Sekarang saya yang ambil alih jaga diorang.”

“Meninggal?”

“Kemalangan jalanraya.”

Aleeya tundukkan wajah bila Alif tak habis-habis menarik hujung bajunya.

“Alif lapar Kak Leeya.” Rengek Alif dibawah wajah Aleeya.

“Kak Alin bawa Alif masuk dulu. Nanti Kak Leeya masak sedap-sedap.”

Rengekan Alif buat dia jadi segan dengan Adrian. Segera dia menyuruh Alina bawa Alif masuk kedalam rumah.  Sekejap lagi dia pun akan memasak juga. Alif memang takkan boleh tidur kalau tak makan masakan dia setiap malam.

Bila bayang Alina dan Alif hilang, barulah Aleeya menekur pandang pada Adrian.

“Saya kena masak untuk Alif dan Kak Alin..”

Aleeya perasan Adrian langsung taknak berkutik. Padahal niat dia kata begitu kerana nak mengusir Adrian pergi dengan cara halus.

Tapi Adrian pula macam tak mahu pergi lagi.

Poor Wife.. Hilman AdrianWhere stories live. Discover now