VOTE !!
BERGEMA suara merdu dari Ailee, penyanyi asal dari Korea Selatan yang cukup popular dengan gelaran The Queen Of Korean OST Music memenuhi ruang bilik aku, membuat suasana lebih berjiwa.
Aku duduk diam di atas tilam menghayati satu demi satu lirik lagu itu walaupun dinyanyikan dalam bahasa Korea.
Volume speaker dikuatkan lagi dengan semaksimum mungkin. Perlahan-lahan mulut aku mengikut irama daripada lagu itu. Makin lama makin kuat suara aku kedengaran. Mencuba melepaskan semua beban yang sedang aku tanggung.
Walaupun berbelit lidah aku nak menyanyi tetapi itu tidak menjadi halangan untuk aku. Malah lagu ini adalah salah satu lagu favorite aku, jadi tidak susah lah untuk aku bernyanyi.
Sekarang ni aku dah macam buat konsert. Konsert percuma tanpa bayaran. Aku mungkin kelihatan sedikit gila menyanyi, memekik, melolong dalam keadaan yang seperti itu, tapi aku tak kisah.
Lagu itu sangat-sangat sesuai dengan aku. Dengan apa yang berlaku dalam diri aku.
"Party- Party Yeah" jerit Kayla kuat.
Meja solek dituju lalu berus blusher dicapai untuk dijadikan sebagai mic. Rambut di bahagian belakang diikat terlebih dahulu sebelum dikepang. Aku juga mencepol rambut ke atas dibiarkan tinggi.
Selesai sahaja rambut diikat, berus tadi dipegang lalu aku suakan ke arah mulut. Tangan kiri diangkat tinggi, mata dipejam, kepala mula bergerak ke atas ke bawah menunggu lirik di part yang aku paling suka.
"One... Two... Three... Make some noise " makin kuat Kayla menjerit.
보여줄게 완전히 달라진 나
[Boyeojulge wanjeonhi dallajin na]보여줄게 훨씬 더 예뻐진 나
[Boyeojulge hwolssin deo yeppeojin na]바보처럼 사랑 때문에
[Babocheoreom sarang ttaemune]떠난 너 때문에 울지 않을래
[Tteonan neo ttaemune ulji anheullae]Aku menggerakkan tubuhku mengikuti irama lagu yang menghantarkan aku pada sebuah perjalanan emosional. Rasa bebas dan berani yang dibawakan oleh lagu tersebut memberiku keberanian untuk meluapkan semua yang ada di dalam hati aku.
Setelah lagu habis, aku menghela napas panjang. Aku duduk di tepi tempat tidur, membiarkan rambut yang sudah dikepang tadi terurai kembali. Mataku menatap langit-langit bilik, mencoba mengingat kembali momen-momen indah dimana aku masih mengejar Zayden.
"Aku harap sangat lepasni aku takkan lagi dipertemukan dengan Zayden. Cukup lah dengan apa yang aku buat selama ni. Aku tak benci dia tapi aku ingat dengan setiap kata-katanya. Aku dah taknak jadi bodoh semata-mata sebab lelaki." gumam Kayla pada dirinya sendiri.
YOU ARE READING
Second Chance Of Love [OG]
Romantik[ 𝙺𝙰𝚁𝚈𝙰 𝙺𝙴𝙳𝚄𝙰 ] "Sometimes love needs a second chance to blossom again especially with the right person" Cinta pandang pertama itu wujud. Itu yang dirasai sekarang oleh seorang gadis bernama Leanne Mikayla atau lebih dikenali Kayla terhada...