Part 20 🦋

292 28 2
                                    

VOTE DULU 🫶🏻

PAGI itu, aku tiba di butik lebih awal daripada biasa. Seawal 7 pagi, aku sudah berada di hadapan butik, kunci dalam genggaman tangan. Hari ini, aku mahu memastikan segala-galanya bersih dan teratur sebelum Puan Sri Zahra sampai. Aku tahu betapa pentingnya penampilan butik ini baginya, dan aku mahu memastikan semuanya sempurna.

Aku mula dengan menyapu lantai, memastikan tiada habuk atau kotoran yang tertinggal. Setiap sudut aku periksa, tidak mahu ada sebarang kekurangan. Selepas itu, aku lap semua rak dan cermin, memastikan semuanya berkilat dan bersinar. Puan Sri Zahra sangat mementingkan kebersihan. Walaupun dia tidak menyuruh aku untuk melakukan ini semua tapi bagi aku itu merupakan salah satu dari tugas aku. Kalau bukan aku siapa lagi yang nak bersihkan.

Selepas semuanya bersih dan teratur, aku membuka pintu butik. Udara pagi yang segar menyambutku, memberikan semangat tambahan untuk menghadapi hari ini. Aku menyusun baju-baju di rak, memastikan semuanya berada dalam keadaan terbaik untuk pelanggan.

Tidak lama kemudian, loceng di pintu berbunyi, menandakan kedatangan seorang pelanggan. Aku menoleh dan melihat Datin Bella, pelanggan tetap Puan Sri Zahra, melangkah masuk. Wajahnya tersenyum, dan aku tahu hari ini dia datang dengan tujuan tertentu.

"Selamat pagi, Datin Bella. Apa khabar?" Kayla menyapanya dengan sopan.

"Selamat pagi, Anne . Saya baik-baik saja, terima kasih. Hari ini saya nak cari baju untuk birthday cucu saya," katanya dengan penuh semangat.

"Baiklah, Datin. Kami baru sahaja menerima koleksi baru, mungkin ada yang sesuai untuk cucu Datin," Kayla berkata sambil membawa Datin Bella ke bahagian koleksi kanak-kanak.

Datin Bella membelek-belek baju yang tergantung di rak, matanya berkilau dengan minat. Aku membantu menunjukkan beberapa pilihan yang mungkin sesuai. Setiap baju aku terangkan dengan terperinci, dari jenis kain hingga kepada rekaan yang istimewa.

"Anne, saya suka baju ini. Warna dan rekaannya sangat cantik," kata Datin Bella sambil memegang sehelai gaun berwarna merah jambu.

"Pilihan yang sangat baik, Datin. Saya yakin cucu Datin akan nampak sangat comel bila pakai baju ini," Kayla memuji dengan ikhlas.

Datin Bella tersenyum puas hati. "Terima kasih, Anne, Awak memang pandai membantu saya mencari yang terbaik. Untung Puan Sri Zahra dapat pekerja macam awak ni."

"Sama-sama, Datin. Kami di sini sentiasa sedia membantu," Kayla balas dengan senyuman.

Selepas membayar di kaunter, Datin Bella mengucapkan terima kasih sekali lagi sebelum meninggalkan butik. Aku merasa lega kerana dapat memberikan khidmat yang memuaskan. Butik kembali sunyi seketika. Aku duduk di kaunter, memeriksa stok dan merancang promosi untuk minggu hadapan.

Pintu butik terbuka sekali lagi. Kali ini, masuk seorang wanita muda, mungkin sebaya denganku. Wajahnya kelihatan risau.

"Selamat pagi. Ada apa yang boleh saya bantu?" sapa Kayla mesra.

"Selamat pagi. Saya nak cari gaun untuk majlis makan malam rasmi. Saya tak pasti nak pilih yang mana," jawabnya.

"Tak apa, mari saya tunjuk. Nama saya Anne." Kayla memperkenalkan dirinya.

"Terima kasih, Anne . Nama saya Laila," katanya sambil tersenyum kecil.

Kami berjalan di sepanjang rak pakaian, melihat pelbagai gaun. Aku membantu Laila mencuba beberapa gaun, memberikan pendapat yang jujur dan memastikan dia merasa selesa. Akhirnya, dia memilih gaun berwarna merah yang elegan.

"Saya suka baju ini. Rekaannya sangat cantik dan nampak sesuai untuk majlis makan malam," katanya dengan senyuman.

"Gaun ini nampak cantik , Laila. Saya pasti awak nampak menawan di majlis nanti," kata Kayla ikhlas.

Second Chance Of Love [OG]Where stories live. Discover now