ASSALAMUALAIKUM, TAK JAWAB DOSA TAU ! LEPAS DAH JAWAB SILA VOTE 😘
KELUAR saja dari tandas, mata aku terhidang dengan sosok seorang lelaki yang tak asing lagi bagi aku. Siapa lagi kalau bukan Zayden.Lelaki tu elok je duduk kat sofa dengan kaki bersilang, tangan main phone macam tak ada apa yang mengganggu fikiran dia.
"Ish, dia ni takda kerja ke?" gumam aku perlahan, rasa geram makin menebal. Aku baru je nak palingkan badan ke arah lain, cuba nak larikan diri sebelum lelaki tu perasan, tapi langkah aku terus terhenti bila suara Zayden tiba-tiba memanggil.
"Kayla..."
Aku tersentak seketika, terpaksa berpaling semula menghadap lelaki yang selalu saja muncul di hadapan ku tanpa diduga.
"Apa lagi ni? Tak cukup ke ganggu waktu kerja,?" bisik hati aku, tapi aku tetap cuba menenangkan diri sebelum berhadapan dengan Zayden.
"Hm... nak apa datang sini?" Aku bertanya, cuba menahan rasa tak senang yang makin memuncak.
Zayden angkat kepala, tersenyum kecil sambil menyimpan telefonnya. "Saja datang nak tengok awak," balasnya dengan nada yang selamba.
Aku menghela nafas perlahan. "Tak habis-habis," gumamnya dalam hati, cuba mencari alasan untuk mengelak daripada terjebak dalam perbualan yang entah ke mana hala tujuannya dengan Zayden.
Aku menjeling Zayden dengan pandangan yang sedikit sinis. "Kalau tak ada hal penting, awak tak perlu datang sini. Saya ada banyak kerja nak buat."
Zayden hanya ketawa kecil. "Tapi saya suka tengok awak buat kerja. Lagi pun, saya tak kacau pun, kan?"
Aku mengetap bibir, cuba menahan rasa geram yang mula membuak. "Memang tak kacau, tapi kehadiran awak ni... buat saya tak selesa."
Zayden bangun dari sofa dan berjalan perlahan ke arah Kayla, senyuman masih terukir di wajahnya. "Kalau macam tu, saya duduk jauh sikit. Tak ganggu langsung."
Aku cuba menjauhkan diri, tapi Zayden tetap berdiri dekat. "Serius lah, Zayden. Apa sebenarnya yang awak nak?"
Zayden mengeluh kecil, akhirnya menghentikan langkahnya. "Kayla, saya nak awak. Itu je. Saya tahu saya banyak buat salah sebelum ni, tapi saya nak betulkan semuanya. Beri saya peluang lagi sekali."
Aku terpaku seketika. Kata-kata Zayden tadi benar-benar menusuk hatinya. Namun, dia segera menarik nafas dalam-dalam, cuba mengawal perasaan yang bercampur-baur.
"Saya dah cakap kan. No second chance, Zayden," Aku balas dengan tegas, pandangan aku tepat ke mata Zayden.
Zayden terdiam seketika, menelan kata-kata itu dengan berat hati. "Saya tahu awak mesti awak akan cakap macam tu, tapi saya tak boleh terima. Saya takkan berhenti cuba, Kayla."
YOU ARE READING
Second Chance Of Love [OG]
Romance[ 𝙺𝙰𝚁𝚈𝙰 𝙺𝙴𝙳𝚄𝙰 ] "Sometimes love needs a second chance to blossom again especially with the right person" Cinta pandang pertama itu wujud. Itu yang dirasai sekarang oleh seorang gadis bernama Leanne Mikayla atau lebih dikenali Kayla terhada...