[ 𝙺𝙰𝚁𝚈𝙰 𝙺𝙴𝙳𝚄𝙰 ]
"Sometimes love needs a second chance to blossom again especially with the right person"
Cinta pandang pertama itu wujud. Itu yang dirasai sekarang oleh seorang gadis bernama Leanne Mikayla atau lebih dikenali Kayla terhada...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PAGI ini cuaca begitu cerah, secerah hati aku saat ini. Tidak sabar betul aku mahu berjumpa dengan pujaan hati aku. Siapa lagi kalau bukan Zayden.
Tersengih aku dibuatnya apabila wajah lelaki pujaan aku menyapa pandangan mata aku. Mulakan pagi dengan benda yang manis. Pagi aku bermula dengan melihat wajah tampan Zayden. Lelaki itu segak walaupun hanya memakai baju tshirt Polo berwarna hitam dengan seluar berwarna cream.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Ya Allah handsome sungguh ciptaan mu ini. Kenapalah handsome sangat si Zayden ni." desis aku dalam hati sambil tersenyum-senyum sendirian.
"Dah kenapa kau ni. Gila ke? Senyum sorang-sorang kat tengah jalan ni." sergah Aisya mengejut membuatkan lamunan aku terhenti.
"Ish kau ni kacau betul lah. Aku tengah menikmati keindahan ciptaan Allah ini." Mata aku masih memandang tepat ke arah Zayden yang sedang bercakap dengan kawan-kawan nya.
"Ha?" Berkerut dahi Aisya dibuatnya.
"Ish! Tu hah kau nampak tak kat depan tu siapa" ujar aku sambil tangan menunjukkan satu arah.
Aisya menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Kayla itu.
"Zayden?" Sebaris nama itu diluahkan oleh Aisya membuatkan bibir aku terus mengukir senyuman manis, semanis yang mungkin. Dan senyuman itu mempunyai makna.
"Kau ni betul-betul dah angau kat Zayden. Angau bukan biasa-biasa ni." Kayla hanya buat tak endah dengan bicara Aisya.
"Handsome sungguh dia. Tak sangka ada orang memiliki wajah yang begitu sempurna" gumam aku perlahan tetapi masih kedengaran.
Mendengar itu Aisya menjulingkan mata nya ke atas tanda menyampah. Tak habis-habis perempuan ni.
"Zayn, aku tengok dari tadi lagi si Kayla tu dok perhatikan kau." ujar Uwais. Kawan kepada Zayden.
"Ha? Kau cakap apa?" soal Zayden.
"Aku cakap si Kayla tu asyik pandang kau je. Dia ada kat belakang kau tu." Uwais memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah belakang.