Part 5 🦋

275 20 2
                                    

MEMANDANGKAN hari ini adalah hari yang indah bagi Zayden

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MEMANDANGKAN hari ini adalah hari yang indah bagi Zayden. Hari di mana dia boleh berehat sepuas-puas nya tanpa memikirkan hal melibatkan urusan pengajian. Walapun begitu dia masih bangun di awal waktu. Selepas solat subuh dia tidak kembali tidur.

"Aku nak buat apa erh hari ini. Boring kalau terperap aja dalam bilik." soal Zayden sendirian di atas katil sebelum tangan nya mencapai telefon bimbit.

"Hello Uwais. Jom keluar nak? Boring lah." ajak Zayden sambil membaringkan tubuhnya.

"Cantik! Aku pun bosan duduk kat rumah. Nak pergi mana?" Uwais pula menyoal. Dia setuju dengan idea Zayden itu.

"Hmm kita pergi main bowling nak?" cadang Zayden. Dah lama betul dia tak main bowling. Tak silap last dia main tahun lepas.

"Bowling?"

"Haah lah. Takkan kau tak kenal pula bowling."

"Ish kau ni. Aku tahu lah bowling tu. Cuma apa kejadah kau ajak main bowling masa ni? Takda dibuat orang main pagi buta macam ni"

"Dahtu kita lah orang pertama buat macam tu. Special kes sikit." sempat lagi Zayden buat lawak hambar nya.

"Banyak lah kau punya special kes." Dah buang tebiat ke si Zayden pagi macam ni nak main.

"Alah kita pusing-pusing je dulu dalam mall tu lepastu kita pergi main lah. On tak on?"

Uwais akhirnya mengalah. "On"

"Okay kalau macam tu lagi 15 minit aku pergi ambil kau." Zayden terus mematikan panggilan itu.

Zayden bangun dan menuju ke almari baju nya. Dia membuka almari itu lalu mengambil baju kemeja berwarna blue black dan mencapai seluar berwarna putih. Setelah itu dia menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
.
.
.
.
.
.

"Hah kau nak apa call aku ni." marah Aisya dalam talian sebaik saja aku menelefon nya.

"Ish kau ni garang betul. Takkan nak call kawan sendiri tak boleh." jawab aku mencebik.

"Ye tuan puteri. Awak nak apa call saya ni."

"Jom keluar nak? Kita pergi mall. Dah lama betul aku tak shopping. Lagi satu aku nak beli barang sikit dalam Watson."

"Taknak aku. Aku malas nak keluar lah." ujar Aisya sambil tangan nya mengambil sepotong buah tembikai lalu dimasukkan kedalam mulut nya. Sedap fresh dari peti. Sejuk!

"Ala Isya. Jom lah. Kesian aku." ucap aku sambil membuat nada yang gedik. Nak termuntah Aisya dibuatnya apabila mendengar itu.

"Tak payah nak buat suara macam tu lah. Geli aku dengar." Aisya membuat gaya geli gelemen.

"Hahahaha, cepat lah nak ke taknak?"Aku tergelak. Aku tahu sahabatku itu mesti geli mendengar nya. Tapi ada aku kesah. Asalkan Aisya terima.

"Ish yalah-yalah." Nak taknak Aisya terima. Mendengar itu aku apa lagi mesti lah suka. Bersorak aku kegembiraan.

Second Chance Of Love [OG]Where stories live. Discover now