BAB 12 |D×D

814 28 1
                                    

"Abang, Aisy nak makan mee segera boleh?" Shahrail memandang pelik adiknya. Kenapa minta dekat aku?

"Aisy pergi tanya Rean, kalau dia bagi makan nanti abang buatkan untuk Aisy." Senyuman Daisy teruja terus. Daisy terus mendaki tangga untuk bertanya kepada Darrean.

Daisy menguak pintu dan berlari ke arah Darrean yang sedang sibuk dengan ipadnya. Darrean menganggkat kening.

" Aisy nak mee segera. Boleh tak? " Darrean dengan lajunya menggeleng.

" Aku buat salad. Jom turun buat sama-sama." Mereka berdua turun untuk ke dapur. Shahrail yang melihat itu sudah tahu. Mesti tidak boleh.

________________________

"Mama!" cemas sahaja suara Dyraa memanggil Mawar. Mawar pelik. Kenapa ni.

Dyraa mencari Mawar di dapur. Mujur jumpa. Tangan Mawar di tarik. Tapi Mawar menarik tanganya.

"Kenapa Belle melolong macam tak ada hari esok ni?" Tangan Dyraa terus menarik Mawar untuk ke halaman depan rumah. Mawar mengikut sahaja.

Setibanya di kawasan halaman depan rumah Lili hampir rebah melihat anaknya. Dyraa sudah mengoncang tangan ibunya. Dyliaa sudah memarahi si.....

" Darriel turun la. Aku bagitahu Abang Rean karang." Marah Dyliaa. Darriel menjelirkan lidah. Darriel yang bergayut di pokok itu tersenyum gembira.

"Megat turun. Sebelum Babah tahu," Mawar terus memberi amaran. Darriel mendengar suara itu terkedu. Badannya mengeras.

Darriel terus turun dari pokok. Wajahnya senyum sahaja seperti tidak membuat apa-apa kesalahan. Darriel terus masuk ke dalam rumah.

"Kak, kau sempat ambik gambar tak?"

"Sempat, Belle sayang!" Mereka berdua tergelak. Mawar melihat itu terasa seperti itu bukan anaknya. Jauh betul perangai ibu dengan anak.

_____________________________

"Daddy ada dalam bilik. Kalau Aisy nak jumpa ketuk pintu dulu. Ingat!" Daisy mengangguk. Risau betul Shahrail dengan Daisy.

Zariel baru balik Pagi tadi. Tapi waktu Zariel balik Daisy dan Darrean tiada di rumah,mereka keluar sarapan.

Daisy mengetuk pintu bilik Zariel. Daun pintu dibuka perlahan-lahan. Zariel melihat Daisy berdiri tegak di depan bilik. Zariel memanggil Daisy untuk datang rapat kepadanya.

Daisy dengan berhati-hati pergi ke Zariel. Ketakutan Daisy masih ada. Teringat waktu dijerkah Zariel.

"Tangan Daddy dah okay?" Tanya Daisy seraya itu membelek tangan Zariel yang berbalut.

"Daddy okay Aisy. Daddy minta maaf sebab buat Aisy macam tu." Daisy menggelengkan kepalanya.

"Bukan salah Daddy." Daisy tersenyum. Pintu bilik itu dibuka oleh Shazrain. Senyuman Daisy mati disitu. Daisy mula menunduk.

Shazrain meletakkan bubur di atas meja. Shazrain membawa ubat untuk Zariel.

Zariel mengambil ubat itu untuk makan. Setelah ubat di telan Zariel minum air digelasnya.

Shazrain keluar dengan mulut bisu. Tak cakap langsung.

"Aisy keluar dulu ye Daddy, Darrean nak balik sudah. Esok dia ada kerja di Kuala Lumpur." Zariel mengganguk. Pintu bilik ditutup oleh Daisy.

Didalam bilik Daisy melihat Darrean sedang membuat kerja dengan ipad milik Darrean. Darrean hilang fokus apabila Daisy masuk bilik itu.

"Aisy sini," Darrean menepuk pehanya. Daisy kelihatan keliru. Daisy mendekatkan dirinya dengan Darrean. Darrean menarik pinggang Daisy untuk duduk di pehanya. Daisy terkejut.

"Aisy tak selesa la. Aisy duduk sebelah abang je ye?" Darrean membiarkan isterinya mengenjak ketepi. Darrean mula sedar.

"Kau panggil aku apa?"

"Aisy panggil abang. Abang tak suka?"

"Suka. Suka sangat."

Darrean mula mencubit-cubit pipi Daisy yang bulat itu. Daisy mula kesakitan.

"Jom, kemas baju. Sekejap lagi lepas lunch kita gerak ye?" Daisy menggangguk. Tidak mahu mengganggu Darrean dia keluar untuk masak tengah hari.

__________________________

Mereka sudah tiba di rumah. Tapi rumahnya kelihatan tidak berkunci. Darrean mula pelik.
Tiba-tiba terdengar suara orang didalam rumah itu. Daisy yang agak terkejut memeluk lengan Darrean.

Darrean masuk kedalam rumah yang tak berkunci itu. Daisy dan Darrean melihat rumahnya bersepah kerana di sepahkan oleh.....

"Dyraa Mirabelle, Darriel Megat," nama mereka diseru. Dyraa, Darriel dan Dyliaa memandang ke belakang. Kelihatan abangnya sudah mula menjadi raksaksa.

Daisy melihat itu turut geram. Tapi melihat muka Darriel yang cuak itu hilang geramnya. Dyliaa yang duduk di sofa hanya santai kerana dia tahu itu bukan salahnya. Darrean dan Daisy masuk ke dalam rumah.

Darrean terus pergi kearah Dyraa dan Darriel.

"Macam mana boleh dapat kunci rumah aku?" Garang Darrean bertanya. Daisy yang melihat keadaan itu dia ketakutan.

"Mama bagi," dengan selamba Darriel menjawab. Darrean memupuk kesabaran.

"Abang tarik Belle dari Agent fidele," Dyraa mula menunduk. Dyraa sudah mula menangis. Anak bongsu.

"Kau orang kemas kalau tak nak Belle dikeluarkan."

Mereka terus mula mengemas. Daisy dan Darrean naik keatas. Daisy mula rasa bersalah.

"Abang, tak baik marah mereka. Nanti Aisy kemas la." Darrean terus memandang isterinya. Daisy terlihat agak takut.

"Aisy, dia orang dah biasa kena macam itu. Baba buat lagi teruk," Daisy mengangguk faham. Darrean tidak menangkat tangan kepada adik-adiknya.

"Abang mandi dulu." Mata dikenyitkan. Aisy mula tergelak. Ada sahaja Darrean ni nak mengusik Daisy.

___________________________

"Abang jom makan, Leine dengan Aisy sudah siap masak," Darrean mengangguk. Mereka berdua turun dari tangga.

Makanan sudah terhidang di atas meja makan. Dyliaa, Dyraa dan Darriel sudah duduk di meja. Darrean duduk sebelah Darriel dan Daisy duduk di sebelah Darrean.

Makanan diambil untuk dijamah.Dyliaa menyendokkan nasi kepada mereka. Selesai membaca doa makan. Mereka menjamah apa yang dihidang.

"Daisy, tahu tak waktu Abang Rean umur 15 dia pernah jatuh longkang. Patah tangan sebab lalai." Mereka berempat gelak. Pengakuan Dyliaa membuatkan Darrean sedikit tercabar.

"Kau pernah kena tolak dengan lelaki. Pastu beria menangis macam tak ada hari esok." Darrean senyum kemenangan. Dyliaa sudah menjeling abangnya.

"Abang Rean tak payah acah menang. Abang Rean pernah kena marah dengan Baba sebab abang Rean tumbuk television sampai berlubang Tv tu." Dyraa mula membuka mulut. Mulut Daisy melopong. Sampai macam tu sekali.

"Megat, kau kenapa senyap je aku tengok?" Darriel tidak menjawab. Dia terus makan.

"Akak tak tahu? Abang Megat kena Reject dengan seorang perempuan. Perempuan tu cantik gila. Tak tahu kenapa dia tolak abang Megat."

"Tak apa, Daisy dah pernah rasa macam tu. Jom kita galau Megat."

"Jom." Darriel dengan semangat menyahut. Mereka bergelak tawa. Darrean tidak mengerti.

"Aisy, galau tu apa?"

"Apa la abang  ni. Galau tu sedih."

"Mana aku tahu. Aku tak ada masa untuk semua tu." Terlampau sibuk berkerja keras sampai tiada masa untuk melayari media sosial.

"Workaholic lagi," Dyliaa memberitahu kebenaran.

Mereka semua tergelak.

His Daisy | CompleteWhere stories live. Discover now