BAB 25 |D×D

523 21 0
                                    

Di dalam bilik wad itu, Darrean dan Daisy sudah bergaduh nak bagi nama apa.

"Saya nak Stella," bentak Daisy. Darrean tidak berpuas hati.

"Abang nak Elina," Darrean masih tidak mahu kalah.

Nasib baik bayi mereka sedang tidur, kalau tidak mahu menangis anak mereka.

Pintu bilik wad di buka oleh Darriel. Darrean rasa ada benda tak kena.

"Assalamualaikum, Dinara Maisarah!" Darriel terus pergi ke bayi itu. Darriel melihat bayi itu masih lembik. Comelnya.

"Kau ni, ini anak orang bukan anak kau," tegur Dyraa. Daisy sudah rasa nama itu sedap di dengar.

"okay apa nama tu. Dinara bermaksud kekayaan. Maksud Maisarah ketenangan. Okay kot!" Darriel menjelirkan lidah.

"Thanks Megat bagi nama," Darrean berkata. Membulat mata Darriel. Ini pertama kali abang sulungnya setuju dengan cadangan yang dia bagi.

"Dinara," Darrean menggendong Dinara dengan perlahan-lahan. Dinara tidak menangis sama sekali.

"Dinara Maisarah Louise," kata Daisy. Dato Dyren dan Mawar tersenyum.

"Assalamualaikum," Zariel memberi salam. Mereka menjawab salam.

"Daddy!" Teruja Daisy. Zariel terus memeluk anak perempuannya. Darrean masih lagi mendukung Dinara. Zariel pergi ke Dinara pula. Dinara menangis halus.

"Daisy dah bagi susu?" Mawar bertanya. Dinara nampak tembam. Comel sangat.

"Sudah mama. Dinara tu asyik tidur je," Daisy mengadu. Dinara tidak menangis dengan kuat, hanya berteriak halus sahaja. Mudah betul dijaga.

"Abang, nak minum?" Darrean mengambil botol air milik Daisy. Botol air itu bertukar tangan. Air diteguk perlahan-lahan. Sungguh dahaga.

Sempat sejam juga mereka semua berbual, akhirnya mereka balik. Kini hanya tinggal Daisy, Darrean dan anaknya Dinara. Dinara di dakap kuat oleh Daisy. Suka betul Daisy dengan haruman bayi.

"Sayang, sian baby tu." Darrean dari tadi melihat isterinya mengucup dahi Dinara. Sampai menangis ya.

"Sini, abang tidurkan Dinara." Darrean mula mendodoi Dinara dengan perlahan. Di baca surah al-mulk. Surah dialunkan dengan sungguh merdu. Daisy yang di katil itu pun hampir terlelap.

Tidur sahaja Dinara, inilah masa untuk Daisy dan Darrean meluangkan masa bersama. Darrean meletak Dinara di baby cot. Selesa sungguh Dinara tidur.

"Abang, banyak betul orang bagi kita buah dengan bunga." Daisy ralit melihat hadiah yang di beri. Darrean mengusap belakang isterinya.

"Aisy nak makan buah apa?"

"Apple and grape!" laju sahaja mulut Daisy menjawab. Darrean memotong epal. Apel dan anggur itu dihidang untuk isteri tersayang.

"Manis?"

"Manis!"

Suka betul Daisy dengan buah yang manis.

"Sayang, doctor kata awak boleh balik esok," Daisy hanya mendengar. Mulut Daisy sudah penuh dengan buah.

"Abang nak tahu tak?"

"Apa sayang?"

"Waktu photographer suruh kita rapat, Aisy nampak macam tak malukan?"

"Abang ingat sayang memang macam itu."

"Waktu dia suruh rapat Aisy malu sangat, tapi Aisy pura-pura tak malu," Daisy tersengih seorang diri. Darrean menyebak rambutnya ke belakang.

His Daisy | CompleteWhere stories live. Discover now