Julia |Special Part

928 25 2
                                        

Amaran: jika takut darah, jangan baca. Itu sahaja. Enjoy!

Zulfan memanjat anak tangga dengan hati yang risau. Zulfan membuka daun pintu dengan perasaan yang bercampur baur.

Zulfan melihat Julia di atas kerusi roda sedang melihat kearah tingkap. Zulfan terus meluru kearah Julia.

"Saya ada bawak makanan. Saya suap ya?" Zulfan terketar menunggu jawapan dari mulut Julia. Julia diam. Mungkin Julia mahu.

Dia menyedok sedikit bubur dengan ayam. Sudu dihalakan kearah mulut Julia. Dan.....

PRANG!

"Ya Allah. Why you do that?" Zulfan bertanya dengan suara yang mendatar. Julia masih terkaku seperti batu di atas kerusi roda.

Zulfan mengelap sisa bubur sambil beristigfar. Zulfan harus pulihkan Julia sebaik mungkin. Dia juga ingin merasa ada pasangan yang saling menjaga. Atau ini bukan rezekinya?

Julia menolak kerusi rodanya sendiri. Dia tidak kisah pasal dunia ini. Semua yang dia hadapi, semua bala.

Julia berada berdekatan dengan tangga. Dia mahu menjatuhkan dirinya di anak tangga  tersebut. Julia memegang roda tanda bersedia.

Baru sahaja Julia ingin menjatuhkan diri, tapi di halang oleh Zulfan. Zulfan tersenyum panjang.

"Tak boleh," Zulfan menolak Julia masuk ke dalam bilik. Zulfan perasan yang Julia agak murung dengan keadaan dirinya.

"Awak nak keluar tak? Saya nak bawak awak tengok bunga api!" Zulfan mula menyuap bubur kepada Julia. Julia hanya makan. Tiada suara.

"Aku tak nak keluar!" Jerkah Julia di depan muka Zulfan. Zulfan agak terkedu. Ini pertama kali Julia keluarkan suaranya setelah berkahwin.

"Awak. Awak kena keluar juga. Tengok ciptaan tuhan," tangan Julia laju menampar pipi putih Zulfan.

"Aku dah muak la. Aku tak boleh jalan. Aku tak boleh buat semua benda. Kau nak sangat kahwin dengan aku kenapa?" tengking Julia. Julia menahan air matanya.

"Kau doktor paling bodoh aku pernah jumpa!" Jerit Julia sekuat hati. Hatinya masih terluka. Dia patut mati waktu hari dia kemalangan. Tapi Zulfan selamatkan dirinya.

"Aku nak mati waktu tu. Tapi kau pergi tolong aku. Kau memang SIAL!" air matanya keluar. Itu tanda dia sudah lama pendam.

"Saya kene selamatkan patient saya," Zulfan tidak keruan melihat keadaan Julia seperti itu.

"Aku benci kau ZULFAN!" pasu bunga di baling kearah Zulfan. Zulfan mengelak. Tubuh Jukia diangkat di letak atas katil.

"Awak kene rehat Julia." Julia menangis di atas katil. Julia tidak boleh bergerak. Dia hanya ada Zulfan. Zulfan membawa botol air.

"Minum dulu sebelum tidur," Air itu di beri kepada Julia. Julia meneguk air itu perlahan lahan. Selesai sahaja minum air, gelas di beri kepada Zulfan.

___________________________

"Morning sayang," Julia memandang kearah Zulfan. Sikit pun dia tidak senyum. Zulfan mula mengangkat tubuh Julia.

Zulfan mengangkat Julia hingga ke kereta. Julia hanya mampu diam sahaja. Dia tiada apa daya untuk bergaduh.

Zulfan membawa kereta dengan kelajuan yang rendah. Julia hanya memandang ke luar tingkap memikirkan cara untuk mati.

Dia ingin terjun dari kereta ini. Julia membuka pintu tetapibtidak berjaya. Zulfan di sebelah hanya tersenyum.

"Kita nak pergi mana?" percakapan dimulakan oleh Julia. Perasaan teruja Zulfan membuak kerana ini kali pertama Julia bercakap dengan elok.

"Kita nak pergi jumpa psychiatric. Tapi kalau awak tak nak, kita pergi makan aiskrim. Nak?"

His Daisy | CompleteTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang