BAB 21 |D×D

481 17 1
                                    

"Megat, kau nak pergi mana?" Hairan betul dengan perangai Darriel ni.

"Aku nak pergi cafe. Nak apa-apa ke?"

"Tak nak," Ringkas sahaja dia menjawab. Darriel makin lama makin pelik.

"Ingat, kita ada meeting dengan Rean. Jangan lambat."

____________________

Darriel dengan gembiranya membuka pintu. Puteri yang sedang mengelap meja tidak menhiraukan kehadiran Darriel.

"Hi. Saya ada bunga untuk awak."

"Saya tak nak. Saya tak suka bunga," Puteri masih lagi tak mahu menerima Darriel. Berat bagi Puteri untuk menerima Darriel.

"Ambik la."

"Tak nak. Darriel awak nak apa lagi? Saya penat la asyik nak kena jumpa awak tiap hari. Bagi hadiah bagai. Nanti orang syak apa-apa macam mana?" Puteri sudah penat dengan semua ini. Raut wajah Darriel masih sama. Tidak berubah.

"Saya nak masuk minang awak pun salah ke?" Darriel masih mempersoalkaan tentang itu. Puteri mengeluh.

"Saya dah kahwin." Puteri mengeluarkan fakta. Muka Darriel masih lagi bertenang. Puteri mula di selebungi rasa bersalah.

"Saya tunggu awak bercerai," Seperti air sungai Darriel menjawab. Tenang. Mereka berdua terdiam. Darriel menyoal dirinya adakah betul apa yang dia buat ni?

"Ambik bunga. Sebagai kenangan." Darriel memberi bunga dengan penuh ikhlas. Bunga itu bertukar tangan dengan Puteri. Darriel lega.

BUK!

Bunga dibaling tepat di dada Darriel. Darriel terkaku. Dia ingat bunga itu akan disimpan dengan baik tapi apakah daya. Puteri terus beredar tanpa rasa bersalah.

Nasib cafe itu baru dibuka dan tiada lagi orang di dalam cafe itu. Kuntum-kuntum bunga itu bertaburan di atas lantai. Darriel meninggalkan kedai dengan rasa yang sedih.

Kereta di letak jauh dari cafe. Darriel hanya berjalan tanpa berfikir apa yang terjadi tadi. Darriel melihat seorang wanita memakai kot doktor dan memakai earphone. Sambil makan roti pula tu.

Perempuan itu ada aura yang wanita lain tak ada. Wanita itu membuat Darriel makin tertarik dengan Wanita itu.

Darriel hanya melihat 'dia' berjalan. Seorang lelaki bertopeng mendekati wanita itu. Di leher wanita itu terdapat sebilah pisau. Darriel mula risau.

Darriel terus mendekati mereka dengan pantas. Takut hal lain berlaku, Darriel terus menendang celah kangkang lelaki itu. Lelaki itu terbaring kesakitan. Perempuan itu terkaku. Tangannya di tarik oleh Darriel.

Begitu senang lari daripada penjahat. Darriel dengan pantasnya menyuruh perempuan itu masuk di dalam kereta. Kereta dipecut selaju mungkin.

"Cik?" perempuan itu menarik nafas.

"Saya okay. Boleh saya tahu nama Tuan?"

"Darriel. Panggil Darriel je. Nampak tua kalau panggil Tuan." Darriel senyum.

"Saya Harisa. Maaf menyusahkan Darriel," Harisa mula menunduk dan menangis. Darriel yang melihat itu pelik.

"Harisa, Darriel nak kena bawa Harisa pergi mana?" Harisa mula mengesat air matanya.

"Hospital."

"Wow doctor. Riel sakit nanti Harisa boleh rawatkan Riel," Muka Harisa mula berubah. Darriel tergelak gembira. Sampai di hospital Harisa bersungguh-sungguh memberi Darriel duit. Katanya sebab tolong.

His Daisy | CompleteWhere stories live. Discover now