Pernikahan Darrean dengan seorang wanita itu akan berlangsung sebentar sahaja lagi. Mereka menunggu pengantin perempuan untuk bersiap.
Darrean sedang membetulkan butang baju melayu yang berwarna baby blue. Tema itu di pilih oleh Mamanya. Mawar Lili.
"Pengantin perempuan dah sampai" kata orang di dalam masjid An-Nur itu. Pernikahan mereka hanya dibuat di masjid.
Masjid ini agak selesa untuk pengantin. Darrean duduk berhadapan dengan tok kadi. Dia sudah bersedia. Dia tidak nampak muka bakal isterinya.
Manakala isterinya diduduk di pelamin bersama Mamanya. Baba dan adik-beradiknya duduk di meja Vip. Begitu juga keluarga belah perempuan.
"Darrean Mikhail Louise. "
"Ye Saya"
"Aku nikahkan Dikau dengan Daisy Vanilla binti Zariel Daaniel berwakil ayahnya kepada ku dengan mas kahwin RM 5000 tunai,"
"Aku terima nikahnya Daisy Vanilla binti Zariel Daaniel dengan mas kahwin RM 5000 tunai"
"Sah?"
"Sah."
"Sah."
Daisy mendengar itu terus menjatuhkan Air matanya. Dia sudah menjadi isteri kawan yang tak rapatnya.
Darrean sudah datang mendekatinya untuk sesi menyarung cincin. Darrean sudah di hadapannya. Mata coklat mereka bertemu. Seperti tidak percaya. Daisy menolehkan pandangan.
"Pandang muka aku Daisy" Arah Darrean dengan nada yang geram. Tak payah lah suruh. Kitanya malu. Ceh!
Mawar menyarungkan cincin di jari manisnya. Mawar memeluk Daisy. Rapat. Dia tidak pernah rasakan pelukan ini. Apa yang dia perlu katakan pelukan ini hangat.
Setelah habis sesi menyarung cincin. Mereka perlu menangkap gambar nikah. OH MY ALLAH!
"Tuan dan Puan rapat sikit" jurugambar itu menyuruh dia rapat sedikit dengan Darrean. Darrean akur. Dia mendekatkan jaraknya dengan Daisy. Tangan juru gambar mengarahkan Daisy untuk rapat lagi.
Tangan kekar Darrean sekarang berada di pinggang Daisy. Daisy sudah mahu pengsan. Daisy dapat rasakan yang pinggangnya di pegang erat.
"Baru okay. Now, 1, 2,3."
KLIK!
Gambar itu diambil dengan sekali sahaja. Juru gambar itu mula membelek gambar tadi. Dia hanya tersenyum melihat pasangan itu.
"Now, kau orang boleh try style lain pula." arah jurugambar. Daisy sudah mengeluh.
"Tak perlu mengeluh. Kalau penat cakap dekat aku. Kita boleh stop." mulut Darrean rapat ke telinga Daisy. Perut Daisy mula membuat ragam. Ada rama-rama terbang ni!
Selesai majlis mereka berdua pergi ke keluarga masing-masing. Setelah itu mereka harus pulang ke rumah Baba Darrean.
"Jaga Daisy baik-baik Darrean. Dia satu-satunya anak perempuan Daddy" Zariel memesankan itu kepada Darrean.
"Baik Daddy, saya akan jaga Daisy sebaik mungkin" Dia menyalami tangan Zariel. Perbuatan Darrean diikuti oleh Daisy.
"Aisy jangan nakal. Daddy dah tak boleh jaga Aisy dah," Tangan Zariel erat memeluk anak perempuannya.
Zariel meleraikan pelukan itu. Shahrail juga memeluk adiknya. Dengan mata berair Daisy berkata,
"Aisy pergi dulu Daddy" Dia menyalami sekali lagi tangan Zariel.
ANDA SEDANG MEMBACA
His Daisy | Complete
Romance"Takdir yang berlaku antara kita." Jika diberi pilihan untuk berkahwin, mesti kita mencari jodoh yang sesuai. Tapi apa pula rasa apabila jodoh itu bukan dicari tapi diberi? Start:17 July 2024 End:25 December 2024 Dilarang sekeras-kerasnya menciplak...
