Darrean meletakkan tangan dipinggang Daisy. Mata Daisy sudah rambang melihat pelbagai pakaian bayi. Darrean hanya mengikut saja jejak isterinya.
Terdapat satu baju bayi yang menarik hati Darrean. Dress! Daisy yang sedang membelek-belek baju pelik melihat suaminya.
"Abang tengok apa?" Daisy bertanya. Darrean meraup wajah.
"Abang tengok dress baby. Tapi kita tak tahu lagi jantina anak kita. Tak boleh beli," Daisy hairan dengan perangai Darrean. Tafi kata membazir, sekarang dia yang nak beli.
"Tak apa. Nanti bila baby dah lahir kita beli."
"Hm," Darrean hilang mood. Daisy pusing satu kedai untuk membeli peralatan bayi.
Selesai membayar, Darrean mengangkat segala barang yang dibeli Daisy. Darrean sedikit pun tidak mengeluh. Kaki Darrean sudah kebas jalan sana kemari.
"Aisy, let have some lunch," Daisy mengangguk. Tudung Daisy masih elok. Baju Daisy memang kena dengan tuan badan.
"Aisy nak makan apa?"
"Aisy nak tomyam!"
"Jom sayang," Darrean berjalan sambil memimpin tangan Daisy. Daisy tiba-tiba memegang perutnya yang besar itu.
"Ya Allah, kenapa sayang," Darrean mula melihat isterinya. Daisy membelek-belek badan Daisy.
"Baby tendang," tersengih Daisy. Darrean menghela nafas.
____________________________
Di kedai tomyam, Daisy sibuk melayan makanan. Darrean tiada selera makan.
"Abang tak makan? " Daisy bertanya.
"Abang rasa nak muntah. Abang tak ada selera," Daisy risau. Memang Darrean muntah bila-bila waktu sahaja.
"Abang!" Darrean ingin muntah. Darrean terus lari di sinki tandas. Daisy berlari terkedek-kedek sambil memegang perut.
"Sayang makan dulu ya. Abang duduk dekat luar tandas."
"Tak nak, Aisy nak abang teman."
"Kita makan dekat rumah aje abang, Aisy tak selesa sebab dia orang asyik pandang Aisy," Daisy menggadu. Darrean mengangguk lemah. Makanan di bungkus bawak balik ke rumah.
"Abang boleh ke drive?" Daisy tampak kesian.
"Abang tak mahu susahkan sayang. Abang boleh drive," Daisy tersenyum. Darrean mengusap-gusap ubun-ubun Daisy.
Sampai sahaja rumah, Darrean di selebungi selimut di ruang tamu. Daisy memanaskan sup untuk Darrean.
"Abang buka mulut," Darrean menggeleng. Darrean mendepakan tangannya. Daisy sudah hairan.
"Nak peluk!" Daisy menggeleng.
"Abang makan la," Daisy menyurih Darrean makan dahulu. Tapi Darrean masih dengan pendiriannya.
"Abang. Abang tahukan yang abang tak sihat. Ikut je cakap Aisy."
"Huaaaaaaa." Darrean menangis seperti bayi kecil. Daisy tidak boleh bayang jika Darrean akan bersama anaknya nanti. Adakah perangai Darrean akan sama?
"Iya, sini peluk."
Mereka berdua berpelukkan agak lama. Daisy termenung seketika. Daisy kembali ke dunia maya. Daisy perasan yang Darrean sudah terlelap di bahunya.
________________________
Bangun sahaja sudah pukul 4 pagi. Darrean bangun dari sisi Daisy dan pergi mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat tahajjud. Darrean solat dengan khusyuk sekali.
Darrean memberi salam. Tangan di tadah untuk memohon kerahmatan."Ya Allah, Engkau ampunilah dosaku, dosa ibu bapaku, dosa isteriku, dosa adik-beradik ku dan orang sekelilingku. Engkau kurniakan lah mereka kesihatan dari segi mental dan fizikal. Masukkan lah aku kedalam surga jannah mu Ya Allah. Engkau masukkan lah, isteri dan ibu bapa ku kedalam syurga mu Ya Allah. Ya Rabbi Ya karim, jadikan aku seorang hamba yang taat, memahami agama mu, menjalani ibadah dengan sempurna. "
" Ya Rabbi, Engkau jadikanlah aku seorang suami yang sentiasa bersabar, bersyukur dan berlembut dengan isteriku Ya Allah. Ar Rahmaan, Ar Rahim. Engkau lancarkanlah rezeki isteri ku, urusan isteriku, dan segalanya Ya Allah. Engkau jauhkanlah dia dari azab mu Ya Allah. Jadikan dia seorang hamba yang solehah, sentiasa mematuhi arahan suaminya dan tidak nusyuz. Engkau jadikanlah anak ku soleh dan solehah. Ampunkan dosa kami, berkati hidup kami. Jauhikan kami dari sifat yang bertentangan dengan agama. Amiin Amin ya Rabbal alamin."
Doa diaminkan. Darrean perasan isterinya menangis dalam tidur. Darrean hairan. Darrean terus pergi ke isterinya. Daisy tersedu sedan menangis. Daisy terjaga dari lena. Daisy terus memeluk suaminya.
" Kenapa? Hm? "
" Aisy mimpi mummy. Aisy baru tahu muka mummy," Darrean terkedu. Selama ini Daisy tidak tahu muka ibunya sendiri?
"Sayang. Jangan nangis. Mesti mummy bahagia di alam baru. Kita di dunia hanya perlu mendoakan sahaja."
Pelukkan makin. Darrean sedar yang Daisy kekurangan kasih sayang sejak kecil. Daisy di dodoi Darrean. Mereka berdua mendengar laungan azan. Mereka menyiapkan diri untuk solat.
Selesai sahaja solat, Daisy membersihkan katil di ikuti Darrean.
Darrean membuatkan sarapan pagi. Daisy turun untuk makan. Mereka berdua makan dengan tenang."Sedap ke abang masak?"
"Sedap! Aisy dah lama nak makan nasi goreng. Thanks abang!" Darrean di peluk. Ya Allah, bestnya kahwin!
"Sayang makan dulu," Darrean menyuap nasi ke dalam mulut Daisy. Daisy menutup matanya kerana terlalu enak. Air muka Darrean tampak lega.
"Sayang dah pack baju untuk bawak ke hospital?"
"Belum."
"Nanti abang pack. Sayang rehat je. Sayang dah nak bersalin dah," Darrean bermain dengan perut Daisy. Melebar Dausy senyum.
"Abang, Aisy nak tengok kartun sekejap," Daisy meninggalkan meja makan. Darrean mengemas apa yang patut.
Selesai mengemas, Darrean terus pergi ke Daisy. Daisy sedang menonton cerita Barbie. Darrean hairan. Aduh mak buyung ni.
"Sayang, tengok la cerita lain," Darrean merengek di tepi Daisy. Darrean meletakkan kepalanya diatas dada isterinya.
"Abang duduk boleh? Aisy sesak nafas," Darrean mencebik bibir.
"Ish mengada," Daisy menepuk dada Darrean. Darrean duduk di senelah Daisy sambil meminum air susu Daisy.
"Jangan minum susu tu!"
"Kenapa?"
"Itu susu ibu mengandung!"
Nasib tidak tersembur susu itu. Darrean telan dengan perlahan. Otak Darrean berfikir macam - macam.
"Abang boleh mengandung ke kakau minum susu ni?"
"Ya Rabbi. Mana boleh. Abang mana ada rahim!" Daisy sudah berang dengan perangai suaminya ini. Tak habis - habis nak berloyar buruk.
"Ikut firasat abang, ni baby girl, " Darrean sahaja meneka. Daisy mengangguk.
"Aisy pun rasa macam tu," Darrean mengelus perlahan rambut Daisy.
"Kalau betul, Aisy nak bagi nama Stella," Daisy bersungguh-sungguh mahu nama itu. Darrean berfikir sejenak.
"Tapi abang nak nama Elina," Daisy mengerutkan kening.
"Tapi kalau boy?"
"Kalau boy abang nak nama dia ada huruf 'D' dekat depan," Daisy menjeling. Tangan di bawa ke dada dan disilangkan. Merajuk la tu.
"Semua ikut abang," Darrean menggelengkan kepala. Daisy sudah berfikir jauh.
"Nama sayang dengan abang mula dari huruf 'D'. Sebab itu la," Darrean mula memejuk isterinya yang overthinking.
"Malam ni nak makan apa?"
"Ayam masak kicap!"
Okay! Darrean sudah tahu apa yang dia hendak masak sekejap nanti. Darrean menonton Barbie bersama Daisy. Apakah nasib dirinya!
_____________________________

YOU ARE READING
His Daisy | Complete
Любовные романы"Takdir yang berlaku antara kita." Jika diberi pilihan untuk berkahwin, mesti kita mencari jodoh yang sesuai. Tapi apa pula rasa apabila jodoh itu bukan dicari tapi diberi? Start:17 July 2024 End:25 December 2024 Dilarang sekeras-kerasnya menciplak...