"Alolo. Menangis pulak." Daisy menggendong anaknya. Dinara menangis. Mata Darriel, Dyraa dan Dyliaa terlihat bengkak.
"Jangan. Tolong jangan hantar Nara dalam masa terdekat." Dyliaa tersenguk senguk.
"Padan muka." Darrean saja mengapikan amukan mereka. Dari semalam mereka tidak tidur. Ini memang kenyataan.
"Tidur la dulu. Aku balik," Darrean dan Daisy bergerak balik ke rumah. Di dalam kereta, Daisy mencuit hidung Dinara.
" Sian dia orang. Semua salah awak," Daisy sambung mencuit hidung si kecil.
______________________
"Sayang! Tolong abang!" Daisy bertenang pergi ke Darrean. Darrean sudah mengelabah. Daisy melihat apa yang berlaku. Rupanya, Darrean mahu memberi Dinara.
"Help me sayang, " Darrean merayu. Daisy mengangguk. Ini sudah menjadi sebahagian dari hidupnya.
Selesai mandikan Dinara, bayi itu sibuk menyusu bersama ibunya. Darrean disuruh duduk diluar bilik sementara Daisy menyusukan Dinara.
Darrean mengemas bilik sebelum merela berehat di atas tilam itu. Darrean melihat set karaoke di dalam almari. Mungkin ini Daisy punya.
Daisy di dalam bilik terlelap. Dinara sudah berada dalam baby cot. Daisy yang sedang di buai mimpi terjaga.
"Ku terima segalanya.
Namun tak aku mengalah.
Ku pasti ada jawabnya.
Ku berikan segalanya.
Semua dan sesungguhnya."Darrean asyik menyanyi lagu dirgahayu. Darrean tidak perasan ada singa di depan pintu.
"Cinta Aaaaaaa." Darrean mengosok perutnya yang dicubit. Daisy sudah menjegilkan matanya.
"Nak kena lagi?"
"Tak nak," tersengih Darrean. Daisy sudah menjebik lidah. Lekas Darrean memegang tangan Daisy.
"Duduk dulu princess." Darrean menenangkan Daisy. Darrean membelai tangan Daisy lembut. Daisy mengelak.
"Jom main!" Darrean terus kembali menceriakan keadaan.
"Jom! Abang nak main game apa?"
"Haa. Tadi merajuk!" Perut Darrean sekali lagi dicubit. Daisy memulas perut Darrean sedendam mungkin.
"Mana ada merajuk." Daisy memandang dinding untuk mengelak dari pandangan memikat Darrean.
"Abang nampak hot ke?" Darrean mengangkat kening. Sudah mula dengan perasan tu. Daisy sudah menjeling.
"apa jeling ni. Derhaka ke?"
"Kau ni!"
"Bagi dekat tarzan, tarzan pun tak terima abang." Daisy sudah mula melawan
"Tapi ada satu tarzan yang terima abang," Darrean sudah mula perangai menyakat Daisy.
"Siapa?"
"Aisy!"
Mereka sudah berkejar-kejaran di dalam rumah. Daisy menyorok di sebalik sofa. Darrean sudah nampak di mana Daisy.
"Bah!" Daisy menjelir lidah. Darrean sudah penat. Mereka dua berehat di sofa.
"You look hot when you sweating." Darrean sudah berbangga dengan pujian itu. Darrean mula meraup rambutnya. Darrean mula membuka baju-t yang dipakai.
"Kenapa tak pakai baju?"
"Kata abang nampak hot kalau berpeluh. Abang buka la baju."
"Ish dia ni. Cubit karang!" Darrean mengelak dari di cubit oleh Daisy. Badan Daisy di gendong. Mereka berdua naik atas untuk berehat.
![](https://img.wattpad.com/cover/364398687-288-k808863.jpg)
YOU ARE READING
His Daisy | Complete
Romance"Takdir yang berlaku antara kita." Jika diberi pilihan untuk berkahwin, mesti kita mencari jodoh yang sesuai. Tapi apa pula rasa apabila jodoh itu bukan dicari tapi diberi? Start:17 July 2024 End:25 December 2024 Dilarang sekeras-kerasnya menciplak...