Harini rumah Dato Dyren sedikit aman. Darriel pergi keluar dengan kawan. Selalunya dia akan membawa Dyraa tapi kali ini tidak.
"Liaa, mana Megat?" Mawar bertanya.
Mawar tidak tahu yang Darriel pergi keluar.
"Megat dia......"
"Huaaaaaa!" Darriel terus memeluk Dyliaa seerat mungkin. Darriel menangis teresak-esak di dalam dakapan. Mawar pergi ke Darriel untuk melihat keadaan anaknya.
"Megat, kau kenapa?"
"Puteri reject Megat. Huaaaa," teriakan makin kuat. Dyliaa seperti malas melayan.
"Megat, kau pergi naik atas. Nanti kita keluar pergi borong makanan. Aku belanja." Darriel terdiam seketika.
Air mata dilap. Darriel terus naik keatas.
'Adik aku dah reti bercinta.' Bicara hati Dyliaa.
"Mama tak perlu risau. Dia reti uruskan diri." Mawar menghela nafas. Mawar terus pergi kembali ke dapur.
__________________________
"Daazriel, kau ni menyemak la datang office aku. " Darrean membebel. Daazriel tersengih tidak bersalah.
"Aku dengar, Megat menangis sebab kena tolak dengan perempuan tu," Daazriel membuka cerita.
"Perempuan rambut karat tu?"
"Bukan. Yang anak ustad tu. Puteri!" Teringat pula nama wanita itu.
"Kau tahu kenapa Puteri tolak?"
"Sebab Puteri tu dia dah kahwin," hampir tercekik Darrean mendengar kenyataan dari Daazriel. Mereka berdua tergelak terbahak-bahak.
"Kau rasa, kalau Megat tahu ni mesti dia lagi kecewa." Daazriel sudah tahu apa akan jadi nanti.
"Aku ni bukan apa, tapi aku nak buat kerja. Aku rasa kau boleh blah kot?" Darrean menyensengkan lengan bajunya keatas sedikit.
"iyelah. Aku pergi dulu," Daazriel memang sudah biasa kena halau dengan Darrean. Berkira betul lepas kahwin ni. Geram!
___________________________
"Aisy, Saya balik," Buka sahaja daun pintu terus Darrean melihat isterinya sudah tertidur di ruang tamu. Sudah banyak kali dia memesan.
Badan Daisy dicempung. Daisy masih lagi dilena mimpi. Letak sahaja atas katil,Darrean terus membersihkan diri.
Darrean terlalul sibuk untuk menguruskan dua perkara dalam satu masa. Kadang-kadang Daisy akan kesunyiaan di rumah. Nak buat macam mana, Darrean memang sibuk.
________________
Kunci jam berbunyi membuatkan Daisy terbangun. Tangannya meraba-raba sebelah. Ada orang!
"Abang dah pukul 8, kita tak solat lagi!" Pagi-pagi sudah kena cubit si Darrean tu. Buka saja mata dia melihat isterinya lintang pukang masuk ke dalam bilik air.
Darrean hairan. Daisy sudah memakai telekung.
"Sayang, kita dah solat. Subuh tadikan Abang kejut." Daisy tersengih. Baru teringat akan hal itu. Daisy terus membuka telekung dan baring diatas katil.
"Saya nak tidur sekejap. Abang nak tidur ke?" Darrean mengangguk. Mereka dua terus di buai mimpi.
__________________________
"Abang masak apa ni? " Daisy menjenguk suaminya memasak. Lincah betul si Darrean.
" Abang buat buttermilk chicken je. Sayang duduk dulu," kerusi di tarik untuk ibu mengamdung. Perut Daisy sudah mula kelihatan sedikit.
ANDA SEDANG MEMBACA
His Daisy | Complete
Romance"Takdir yang berlaku antara kita." Jika diberi pilihan untuk berkahwin, mesti kita mencari jodoh yang sesuai. Tapi apa pula rasa apabila jodoh itu bukan dicari tapi diberi? Start:17 July 2024 End:25 December 2024 Dilarang sekeras-kerasnya menciplak...
