BAB 26 |D×D

931 30 1
                                        

"Abang, mana Dinara?" Daisy tercari-cari Dinara. Sudah cari merata tempat tapi tiada. Tidak akan Dinara di atas kabinet pula?

"Sayang, abang is sorry. Abang lupa nak bagitahu sayang yang harini abang minta mama jagakan Nara. For a whole day," Darrean tersenyum. Daisy lega anaknya ada ditangan yang benar.

"So, I'll make a pancake for you," Darrean menghidangkan sepinggan pancake. Daisy sudah menghirup susu di tepinya.

"Wait, you said you don't drink milk?"

"Dulu je. Sekarang Aisy teringin nak minum," muka gedik ditayangkan. Darrean membiarkan sahaja.

"Harini ada apa apa plan ke sampai Dinara kena duduk dengan mama dan baba?" Daisy menyoal. Hampir tersedak Darrean dibuatnya. Tidak akan Daisy lupa?

"Saja, nak spent time dengan awak," Badan Daisy dipeluk erat. Daisy sudah berasa lemas dalam pelukan Darrean.

"Sudah. Harini saya nak tengok barbie!"

"Tapi harini marvel keluar cerita baru!"

"Bagi saya tengok dulu. Please?" Daisy sudah membulatkan mata bermakna Darrean harus beralah dengan Daisy.

"Thanks! Lop abang," Daisy membuat tangan berbentuk hati. Darrean memegang dada. Acah terharu.

"Abang. Dinara minum susu ke sebelum pergi rumah mama?"

"Dah. Susu yang dalam pack kan?"

"ya. Aisy takut Nara meragam," Darrean mula mengucup ubun ubun Daisy.

"Nara budak baik. Tak perlu risau," Daisy bukan risau kerana Mawar jaga, tapi kerana Nara masih perlukan dia dia di sisi.

"Sayang nak tengok abang punya lukisan?"

"Sure!"

Darrean suka melukis sampaikan dia hilang kerana terlampau ralit dalam lukisan. Lukisan itu mempunyai bunga berwarna emas dan merah jambu. Daun bunga itu berwarna hijau kekuningan. Sangat kena dengan cita rasa Daisy.

"Aisy selalu dengar, yang orang melukis ni dia nak sampaikan sesuatu. Apa yang abang nak sampaikan?"

"lukisan ni melambangkan seorang wanita yang sangat cantik tetapi dia seperti emas. Susah untuk dimiliki."

"Wow! You're so talented." Daisy menepuk-nepuk tangan. Darrean tahu yang Daisy tidak faham apa yang dia sampaikan.

"Abang, can we watch Miss peregrine's?" Daisy bertanya. Dahi Darrean berkerut. Tangan mengusap-usap belakang leher.

"Abang tak pernah dengar nama cerita tu," Darrean memikir sejenak. Lah cerita tu ke?

"Okay. Abang ingat," Darrean terus menarik tangan Daisy. Mereka harus berehat.

______________________

"Assalamualaikum!" Laungan Darriel membuatkan Dinara menangis. Darriel pelik melihat Dinara. Macam mana dia boleh ada dekat sini?

"waalaikumsalam. Balik pun. Ni jaga anak buah kau. Aku dah penat jaga," Dyliaa menuruni tangga dengan menjinjit beg.

"Wait! Mana mama? Baba?"

"Holidays," Dyliaa tersenyum dengan jawapannya sendiri. Darriel sudah berguling-guling di atas karpet.

"where you wanna go?" Darriel menyoal. Darriel menghalang Dyliaa untuk keluar dari rumah.

"Ambik Belle." Dyliaa menjeling Darriel. Kalau lambat jam. Kalau jam lambat ambil Dyraa. Kalau lambat ambil Dyraa, dia marah.

"Sekejap je? Promise?" Dyliaa angguk sahaja. Darriel langsung pergi ke Dinara. Dinara nampak tenang. Dinara mengerak-gerakkan badan.

His Daisy | CompleteTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang