LASYKAR ILMI 4

30 9 1
                                    

EMPAT hari mereka bertugas di pulau itu dan masih belum nampak kelibat musuh. Firaz berdiri di sebalik pohon kelapa yang tumbuh meninggi di tepi pantai. Sepasang iris kekelabuannya menatap tajam ke arah lautan yang luas terbentang itu.

Sontak, dia ternampak suluhan lampu putih daripada tengah-tengah laut ke arah pulau itu. Terus Firaz mengangkat senapang Al-Qanaas yang berkaliber 14.5 milimeter.

"Jabir, teropong ke arah cahaya itu. Kemudian, tentukan sama ada mereka musuh atau nelayan." Arahan diberikan dengan tegas. Jabir lantas melakukan apa yang diarahkan tanpa membantah.

Dia meneropong ke arah itu. Saat susuk tubuh tiga orang lelaki bersama seorang pemandu bot menerpa indera penglihatan, Jabir tidak terus menentukan sama ada mereka perisik musuh yang hendak menceroboh negara mereka, atau nelayan yang sedang menangkap ikan.

Setelah diperhatikan betul-betul meskipun dalam gelap, mata helangnya ternampak dua daripada empat orang yang berada di dalam bot itu menggalas senjata.

"Musuh, tuan," ujar Jabir. Firaz terus menghalakan senjatanya ke arah tersebut. Dia memejamkan mata sebelah kiri untuk menyasarkan bot itu.

Firaz menyasarkan tangan si pemandu bot. Dia berniat untuk mencederakan pemandu tersebut supaya yang lain panik.

Picu ditarik lalu dia melepaskan tembakan ke arah itu.

Pemandu bot itu kelihatan hilang kawalan. Lantas dua orang lelaki yang mengacukan senjata mereka sambil mencari arah tembakan yang dilepaskan oleh Firaz. Mereka menyuluh lampu ke setiap tempat.

Firaz memfokuskan perhatian kepada salah seorang daripada mereka. Picu ditarik lalu dia menyasarkan tembakan tepat mengenai bahu lelaki yang bertopeng biru.

Lelaki yang menggalas Colt M-16 itu melepaskan tembakan ke arah Firaz, tetapi ia tidak mengena. Pemandu bot itu dipaksa untuk memandu ke pesisir pantai untuk mencari di mana arah tembakan.

Dari situ, Firaz menukar posisinya lalu mengarahkan Jabir, Saeed dan Uwais untuk mengambil tempat masing-masing supaya dapat mengepung musuh. Azhari dan Faqih pula diarahkan untuk membantu membalas serangan mereka.

Jam menunjukkan lagi tujuh minit untuk masuk pukul dua belas malam. Firaz meneruskan serangan dengan menyasarkan bahagian kepala lelaki yang bertopeng biru. Dia juga ternampak seorang lelaki yang berpakaian seperti orang biasa terjengah-jengah dari dalam bot.

Dari situ dia dapat menyimpulkan bahawa lelaki itulah perisik yang dihantar oleh Kerajaan Jentayu Emas, manakala dua lelaki yang memikul senjata itu pula merupakan pegawai tentera yang ditugaskan untuk melindungi perisik itu.

Setelah memastikan titik sasarannya berada tepat pada kepala si pegawai musuh, Firaz melepaskan tembakan setelah membaca basmalah. Peluru berkaliber 14.5 milimeter itu menembusi tengkorak lelaki tersebut tanpa belas kasihan.

Pemandu bot yang melihat keadaan itu terus diserang rasa takut. Dia ingin berlari menyelamatkan diri, namun pegawai tentera yang satu lagi tidak membenarkan, malah mengugut bunuh jika dia melanggar arahan.

Kini, giliran Jabir pula mengambil posisi sebagai penembak tepat. Dia menyasarkan dada pegawai tentera yang sedang menembak ke arah Saeed.

Dengan lafaz takbir yang dibisik secara perlahan di bibir, Jabir menarik picu dan tembakan dilepaskan ke arah tersebut. Pegawai yang disasarkan itu langsung rebah tidak bernyawa.

"Azhari, Faqih, Uwais... tahan kedua mereka." Arahan daripada ketua mereka disambut baik.

Ketiga pegawai itu berjalan dengan berhati-hati ke arah bot musuh sambil mengacukan senjata sebagai tanda persediaan. Dalam masa yang sama, Jabir dan Saeed turut bersedia mengacukan senjata atas tujuan keselamatan.

"Kami menyerah! Tolong... tolong jangan apa-apakan kami!" pinta perisik itu. Wajahnya pucat lesi kerana terlalu takut.

"Melutut dan letakkan senjata sekiranya ada!" tegas Azhari.

Kedua lelaki itu melutut dan merayu agar tidak dibunuh. Uwais dan Faqih berlari dan terus menggari tangan mereka.

Kesudahannya, mereka ditawan oleh Firaz dan ahli kumpulannya serta diikat di dalam sebuah khemah kecil pada malam itu sebelum mereka dibawa pulang ke Markas Operasi Bersepadu Angkatan Tentera Gapura Ilmi untuk penyiasatan lanjut.

'Alhamdulillah, misi dah berjaya.' Firaz bermonolog sendiri di dalam hati sambil tersenyum melihat ke luar but trak yang dinaiki semasa dalam perjalanan pulang.





— — —

Nama senapang penembak tepat yang Firaz, Jabir dan Irsyad guna itu saya cipta sendiri ya. Tak ada dekat dalam list senapang pun huhuhu.

Yang ada cuma Ghoul atau Al-Ghoul, senapang penembak tepat Briged Al-Qassam.

LASYKAR ILMI: FIRAZ UTHMAN 2 [SU]Where stories live. Discover now