BAB 7 : Angin yang Berbisik

47 7 0
                                    

Nuqman keluar dari surau tanpa tahu ke mana arah hendak dituju. Untuk meninggalkan hospital, tak sekali! Walau disuruh ibu, Nuqman tak mampu untuk taat.

Angin malam berhembus kuat. Beberapa orang petugas hospital berbual-bual di luar bahagian kecemasan. Tiba-tiba sebuah kereta bergerak laju masuk ke perkarangan dan berhenti agak mendadak. Seorang wanita keluar memangku anak kecilnya yang sedang meraung kuat, berlari mendapatkan petugas di situ.

Tiba-tiba Nuqman nampak darah menitis. Serentak itu, lantai yang dipijak bergegar kuat. Namun dia tak peduli, terus berlari mendapatkan wanita tadi yang rebah bersama anaknya. Tak sempat dia tiba untuk membantu, lantai pecah dan merekah dengan begitu cepat. Bunyi dentuman begitu kuat kedengaran. Suara pekikan dan takbir bergema di sana sini.

Nuqman sempat mendongak. Bangunan itu sedang retak dan ada yang berjatuhan kesan goncangan kuat! Bangunan hospital itu akan runtuh. Dia teringatkan Puteri Zulaikha!

Ika! Ya Allah! Ika! Dia memekik namun suaranya terkunci. Tangisan anak kecil itu kembali nyaring. Nuqman menerpa mahu melindungi tapi waktu itu juga sebahagian runtuhan bangunan menghempap wanita dan anak kecil tadi. Dia sendiri rebah tertiarap.

Namun tangan kecil yang terhulur berlumuran darah di celah bongkahan itu jelas kelihatan. Nuqman kelam-kabut mahu membantu tapi tubuhnya tak bergerak. Dia panik. Baru dia sedar tubuhnya juga dihempap runtuhan. Dia memekik meminta tolong agar anak kecil itu dapat diselamatkan.

"Kenapa dengan dia?"

"Bangun, encik! Bangun!"

Namun lelaki di hadapan mereka sedang tertiarap di lantai, berpeluh-peluh seperti dia sedang menahan sakit yang amat sangat hingga tegang urat sarafnya.

Jarang berjumpa dengan kes begitu, doktor segera dipanggil. Akhirnya, ubat penenang disuntik bagi meredakan ketegangan emosi dan fizikal untuk membantu tubuhnya pulih supaya rawatan susulan dapat diberikan.

Tanpa dijangka, Nuqman terlena keletihan di katil di zon merah tanpa pengetahuan sesiapapun. Untuk malam yang singkat itu, dia berehat sebentar dari dugaan hidup.

Sementara itu, di sebuah rumah agam, angin malam yang menerobos masuk melalui tingkap yang terbuka sedang membisikkan namanya di telinga seorang gadis yang juga diulit lena. Namun, nama itu tetap membuatkan dia mengukir senyum meskipun di luar sedarnya.

"Nuqman!"

....BERSAMBUNG

Note: Please vote and comment to keep me going. luv ya!

SIHIR CINTAWhere stories live. Discover now